48

421 14 0
                                    


SELESAI bersalaman dengan Puan Hidayah, Hazel mengorak langkah keluar dari rumah.

Hazel mengeluarkan telefon pintar dari dalam beg. Aplikasi WhatsApp ditekan lalu dicari nombor Uzair, yang merupakan pemandu peribadinya.

"Jom, saya hantar awak," belum sempat Hazel mencari nombor Uzair, Theo terlebih dahulu memintas. Entah sejak bila, lelaki itu berada di belakangnya.

"Tak payah. Saya balik dengan driver saya," laju dia menggeleng. Tak mahu dia naik dengan lelaki itu.

"Mana driver awak? Saya tak nampak pun"

"Nak call lah ni. Jangan sibuk boleh tak?" Hazel mengundur dua langkah, menjarakkan diri dari Theo.

Nombor Uzair didail. Telefon ditekap ditelinga.

......

......

......

"Uzair, mana awak ni.." gumam Hazel sendiri. Mana pergi pula pemandu peribadinya itu. Bukankah tadi sudah dipesan agar sentiasa bersedia jikalau dia menelefon.

Namun hampa. Masih tidak dijawab.

"Kenapa? Tak angkat ke?" Soal Theo dengan nada yang mengejek. Dia menyilangkan tangan di dada sambil melihat Hazel yang sedang gelisah.

"Sudahlah. Pekerja awak dah lupakan awak kut. Naik ajelah dengan saya. Takkan nak balik jalan kaki?"

Pintu kereta berjenama Audi itu dibuka, mempersilakan gadis itu untuk masuk.

"Saya boleh naik grab." Baru sahaja dia ingin menekan aplikasi grab, tiba-tiba ada tangan yang terlebih dahulu merampas telefonnya dengan laju.

Hazel melihat ke arah Theo yang sedang menunjukkan riak wajah tidak bersalah.

"Theo, bagi balik telefon saya!" Tangan dihulurkan kepada lelaki itu untuk meminta telefonnya kembali.

"Masuk." Dengan selamba, Theo hanya masuk ke dalam kenderaan, membiarkan gadis itu melepaskan geram seorang diri.

Sekonyong-konyong Hazel berjalan menuju ke tempat pemandu kereta tersebut. Tingkap kereta diketuk berkali-kali.

"Bagi telefon saya. Tolonglah, saya tak ada masa untuk main-main sekarang." Kata Hazel. Sedaya upaya dia menahan sabar apabila Theo hanya menurunkan tingkap yang hanya boleh lihat matanya saja.

"Saya tak ajak awak main pun."

"Apa masalah awak sebenarnya?"

"Kenapa nak marah-marah ni? Sekarang ni, awak masuk dan saya hantar awak balik. Senang kan?" Kata Theo tenang.

"Saya tak nak."

"Then saya terpaksalah bawa balik telefon awak ni. Saya tak boleh hulur dekat tingkap. Tak muat."

"Tingkap ni boleh buka luas lagi kan? Apa pula tak muat?!" Balas Hazel dengan nada yang tinggi.

Ya Allah, berilah kesabaran kepadaku untuk menghadapi hamba mu yang cetek akal ini.

"Malas." Jawab Theo tanpa rasa sebersalah.

Hazel merengus kesal sebelum dia memboloskan diri menuju ke tempat penumpang. Pintu kereta dihempas sekuatnya tanda protes. Nak sangat aku naik kan? Rasalah!

"Apa?" Tajam dia menjeling ke arah Theo. Nak marah? Marahlah! Ingat aku takut?

"Tak ada apa-apa."

"Bagi balik." Hazel hulurkan tangan, minta kembali telefon yang berada di genggaman Theo.

"Nantilah saya bagi. Saya taknak awak lari dari saya lagi." Kata Theo, telefon pintar milik gadis itu disimpan rapat.

"Aku bakar juga kereta dia ni nanti." Gumam gadis itu perlahan. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Malas mahu bertekak lagi, nanti ada saja jawapan yang keluar dari Theo.

"Did you like someone?" Soal Theo seraya memecahkan suasana hening diantara mereka. Berdebar-debar Theo menunggu jawapan dari Hazel.

"No." Balas Hazel singkat, terus Theo menarik nafas lega.

"Why?"

"Because i refuse to make myself vulnerable again."

"Because of me right?"

Hazel mendiamkan diri.

"Saya minta maa-"

"Benda dah lepas" kata Hazel lagi. Betul, dah tak ada guna untuk mengingati kisah lalu lagi. Cukuplah dengan beban yang perlu dia pikul sekarang. Dia penat.

"Tapi saya serius dengan apa yang saya cakap malam tu. I swear i love you more than anything."

"My walls are up, and no one can break through."

"Kenapa awak cakap macamtu?"

"Saya dah penat letakkan kepercayaan kepada manusia. I gave my trust, and it ended up breaking me. " Balas Hazel sambil merenung ke luar tingkap.

"Then give me the chance to prove that you can believe in people again."

"Just forget about the past. Saya dah tak nak fikir pasal benda tu, It's time for me to concentrate on my own well being."

"Please Hazel, saya merayu. Tolong beri saya satu peluang untuk betulkan semuanya. Missing you is driving me crazy."

"Saya pernah menangis tengah malam sebab terlalu rindukan awak. Dulu, setiap hari saya tunggu kalau-kalau awak muncul depan saya. Cakap dekat saya yang apa yang awak lontarkan kepada saya dulu ialah gurauan semata-mata. Saya pernah jadi seseorang yang paling cemburu bila tengok awak bergelak ketawa dengan perempuan lain selain saya. But the longer I realize that our paths aren't meant to cross like that." Kata Hazel dengan mata yang memandang tepat ke jalan raya.

"I'm sorry..." Bisik Theo perlahan. Sudahnya mereka hanya diam sepanjang perjalanan.

USAI menunaikan solat Isya', Hazel terus bergolek-golek di atas katil. Hanya inilah masanya untuk berehat. Kalau tidak, ada sahaja kerja yang perlu dia lakukan. Esok, dia perlu berjumpa dengan seseorang untuk berbincang tentang hal pekerjaan.

TING!

Hazel mengeluh. Tangannya pantas mengambil telefon pintar di sebelahnya. Membuntang matanya apabila melihat pesanan mesej yang di dalam aplikasi Whatsappnya itu.

-Assalamualaikum stellina.
-Unknown

Hazel mengerut kening. Lihat saja pesanan mesej itu terus dia sudah dapat agak siapa.

Tapi, macam mana dia boleh dapat nombor aku?

-Awak ingat tak yang awak ada janji dengan saya tadi?

-Awak kena tepati janji.

Macamana awak boleh dapat- nombor- saya?

"Entah."

Hazel ternganga.

-It's okay.

-See you soon...

- Bella.

Hazel terus memegang dada. Berdebar-debar.

Allah. Hazel terus meletakkan telefon pintarnya di tepi. Matanya dipejam rapat.

Apa dah jadi dengan kau ni?

Kenapa susah sangat untuk lupakan dia?

Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now