SEMINGGU berlalu sejak Hazel dibenarkan keluar dari hospital dan sejak itulah dia dan Theo menghabiskan masa di rumah. Masa-masa inilah mahu mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat. Masih dalam mood berbulan madu meskipun berada di dalam rumah. Lagipula, suaminya memang ada membuat perancangan untuk membawa dia berbulan madu setelah urusan yang lain diselesaikan.
Usai membersihkan diri, Hazel melangkah keluar dari bilik mandi. Dia melihat sekujur tubuh sedang duduk di hujung katil sedang bercakap dengan seseorang di telefon. Wajah Theo ketika itu agak serius. Mungkin perihal kerja.
Malas Hazel ingin mengambil tahu. Usai menukar pakaian tidur, dia berbaring di atas katil. Matapun sudah kuyu benar. Esok dia perlu menghadiri mesyuarat di perjabatnya besok. Setelah hampir dua bulan dia tidak masuk kerja, sudah pasti kerja disana bertimbun-timbun. Diapun sudah boleh berjalan dengan sempurna. Tak ada masalah.
Theo yang menyedari kehadiran isterinya lantas menamatkan panggilan. Berpaling menghadap tubuh ramping itu sambil mendekatkan tubuh.
Selimut tebal digunakan untuk menutupi separuh tubuh lalu berpaling ke arah Theo. Hairan kerana suaminya itu masih ralit memandang dirinya.
''Siapa yang telefon?'' Sekadar mahu bertanya seraya memecahkan keheningan suasana.
''Mika.''
''Kenapa? Apa dia nak?''Kedengaran pelik bila tiba-tiba saja Mika menelefon suaminya. Ada perkara pentingkah?
''Pasal ayah.''
Tak menyangka bahawa itu yang keluar. Theo masih berhubungan dengan mereka? Theo masih ada kaitan dengan kumpulan itu?
Perasaan resah menyelubungi diri. Sudah lupa dengan siapakah dia berkahwin. Theo Gabriel D'Avellino. Entah mengapa Hazel merasakan hidup mereka tak akan pernah tenang selagi Theo tak noktahkan semuanya. Theo masih bersembunyi di balik rahsia. Terkadang dia sendiri masih rasa sangsi kepada suaminya itu. Terasa diri ini kerdil kerana tidak menjadi sebahagian orang yang mengetahui masa silam Theo.
Diri ini masih berharap agar Theo bercerita. Masih ada harapankah. Atau lelaki itu masih memilih itu diam?
Theo hanya berdiam diri. Manakala Hazel masih tidak berkerdip memandang wajah itu. Kalau Theo tidak memilih untuk bercerita, tidak mengapa. Hazel tahu sukar untuk ungkapkan semuanya. Tapi sebagai seorang isteri, pasti dia kecewa.
''Ayah marahkan abang sebab abang memilih untuk berkahwin dengan Hazel berbanding pilihan dia sebelum ini. Diora.'' Kata-kata Theo buatkan dia tersentak. Setelah dua tahun lamanya dia tidak mendengar nama perempuan itu disebut. Tiba-tiba saja jantung berdegup pantas.
Rasa cemburu. Marah. Sedih sedang bercampur aduk saat ini. Teringat dimana mereka berdua perlu berpisah kerana hubungan mereka dahulu tidak direstui oleh ayah Theo. Dan memilih Ave sebagai peneman hidup Theo buat selama-lamanya.
''Jangan salah faham sayang. Dengar dulu penjelasan abang.'' Theo bersuara sebelum membelai wajah isterinya lembut. Dia tahu bagaimana perasaan jika sesuatu hubungan yang dijalin tidak direstui oleh orang tua.
''Abang nak kahwin dengan Diora ke? Nak jadikan Diora isteri kedua abang atau nak ceraikan Hazel?''
''Ya Allah, apa Hazel cakap ni? Abang baru je kahwin dengan Hazel. Hazel dah cakap pasal penceraian. Buat apa abang nak ada perempuan lain. Plus i'm a muslim now.''
Ya Allah... Dalam tak sedar, dia telah mengungkapkan perkataan yang dimurkai oleh Allah. Akibat terlalu hanyut di dalam lautan cemburu serta takut. Takut jika peristiwa lama itu berulang kembali. Hazel terpaksa menahan rasa melihat lelaki yang bertahta di hatinya bersama dengan wanita lain. Dia tak sanggup.
''I'm sorry.'' Ucap Hazel dengan nada perlahan.
''Sayang.... Takkan pernah sedetik pun dalam hati abang untuk gantikan Hazel dengan perempuan lain. My heart already belong to you stellina. Abang milik Hazel. Sampai ke syurga.''
Senyap.
''Come here.'' Theo menarik tubuh genit itu di dalam dakapan yang telah dicampurkan dengan rempah kasih sayangnya. Hazel tak menolak. Malah tangan dilingkarkan ke pinggannya. Memeluk tubuh sang suami dengan erat. Wajah disembamkan ke dada bidang lelaki itu yang tidak berbaju.
''Before you doubt, make sure you understand everything.''
Hazel mengangguk.
''Hazel takut hilang abang lagi. Dua tahun. Sekalipun Hazel tak pernah lupakan kenangan kita.''
Benar kata orang, kenangan tidak boleh dibeli.
''Kalau Hazel takut, abang sejuta kali takut.'' Penuh sayu nada Theo ketika ini. Terasa ubun-ubunnya dikucup lembut.
''Tapi macam mana. Macam mana ayah abang boleh tahu pasal kita? Dan kenapa ayah minta abang berkahwin dengan Diora?''
Diam.
''Nama dia Diora D' Giovanni. Macam kumpulan D' Avellino. D' Giovanni juga kumpulan yang besar dalam kumpulan mafia. Ketua mereka ialah adik kepada ayah abang.''
''Abang dengan Diora sepupu kan?''
Theo mengangguk.
''Dulu, hubungan antara dua kumpulan ini tak rapat. Ini disebabkan ayah abang sendiri memilih untuk tubuhkan organisasi sendiri. Ayah nak kaut harta dan kuasa tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa. Tapi bila umur abang dah menginjak usia 17 tahun, D' Giovanni adakan perjanjian. Abang perlu berkahwin dengan anak perempuan dia dan sebagai balasan, kumpulan itu akan bekerjasama dengan ayah abang dan akan membentuk sebuah empayar yang luas. Yang lebih berkuasa.''
''Macam mana dengan mereka lepas dapat tahu yang Hazel berkahwin dengan abang, apa reaksi diorang?''
Dapat dirasakan tubuh Theo sedikit mengeras. Mungkin tidak menyangka bahawa itu soalan yang meluncur keluar daripada dia. Padahal itu yang selalu ada di benak fikirannya selama ini. Mahu mengetahui reaksi mereka.
''Are you going to hate me after i'm telling the truth?'' Theo berbisik perlahan. Dapat dirasakan jantungnya berdegup laju tatkala Hazel menekapkan tangan diatasnya.
Hazel menelan air liur payah. Mampukah dia medengar?
Diam.
''It's okay. Perkara dah berlalu. Hazel dah redha dengan apa yang dah jadi.''
Selepas saja Hazel disahkan koma, abang terus minta Mika dan Arzhel siasat siapa dalang semua ni.''
''Ayah punca kemalangan sayang. Ayah upah orang supaya sakitkan Hazel sebab nak beri peringatan kepada abang. Dia nak abang kembali pada dia dan berkahwin dengan Diora. Kalau tak, dia akan terus sakitkan orang-orang yang abang sayang.''
Hazel mengambil nafas sejenak. Mencuba menghadam setiap kata-kata yang meluncur keluar dari Theo.
''I'm sorry stellina. Abang gagal lindungi Hazel lagi. Abang memang lelaki tak berguna kan? Biarkan Hazel menderita, menahan rasa sakit seorang diri.''
Theo membiarkan air mata mengalir. Entah mengapa dia sukar mengawal emosi setiap bersama dengan isterinya. Murah saja air matanya.
Serta merta Hazel menggeleng laju. Dia mengeeratkan lagi pelukan hangat itu. Tak mahu dilepaskan. Luluh hatinya apabila lelaki itu menangis sebegini. Hanya kerana dirinya.
''Jangan salahkan diri. Bukan salah abang. Semua yang jadi mesti ada hikmahnya. Kita hanya perlu berpegang pada ayat itu.''
''Abang kuat. Hazel kuat. Kita sama-sama kuat tempuh segala ujian bersama okay?''
Hazel memandang redup ke wajah suaminya yang memerah. Masih tidak berhenti menangis. Perlahan-lahan tanga dinaikkan ke wajah itu sebelum menyeka air mata yang masih tersisa.
''Abang don't cry. Kalau abang nangis lagi, Hazel halau abang tidur luar.''
Mereka tertawa kecil.

YOU ARE READING
Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]
AcciónKind of..stranger to lover? Lover to..