51

468 17 1
                                    

"THANK you uncle sebab belikan i patung shark ni. Comel!"

"You nak apa? You cakap je apa yang you nak. Uncle akan belikan." Niel menayangkan senyuman bangga.

"Asalkan abang you yang kaya, banyak duit sampai tujuh keturunan tak habis tu bagi duit...." Sambung Niel dengan nada perlahan. Dia tersengih memandang Tia yang berkelip-kelip memandangnya.

"Habis uncle tak kaya? Ke uncle menumpang harta abang i je?" Bidas Tia dengan riak wajah polos. Pakai sport car, takkan tak ada duit kut?

Niel genggam tangannya kuat. Gigi diketap kuat.

'Pedas siot ayat pedas budak ni. Eii aku campak juga shark ni karang.'

Tahan Niel.. Tahan!

"Apa yang tahan?" Soal Tia apabila melihat Niel berceloteh sendiri.

"Tak ada apalah. You nak tahu tak yang sebenarnya abang you tu yang menumpang harta uncle. Uncle cuma malas nak bising-bising maklumlah uncle kan baik orangnya." Kata Niel sambil senyum senget. Kelentong sikit je, lagipun tuan badan tak ada kan?

"Talk shit about me and i'll break your jaw."

Satu suara tiba-tiba memberi amaran.

Niel yang baru saja ingin mengusap kepala Tia terkedu. Mengigil rasa tubuh apabila mendengar suara garau yang amat dikenalinya.

"T....Theo?" Terkedu Niel sebaik sahaja melihat Theo dan Hazel yang berdiri memandangnya tajam.

"Abang!"

Bertambah bulat mata Niel apabila Tia tiba-tiba berlari memeluk kaki Theo. Matanya memandang mata amber dua beradik itu bersilih ganti.

"Abang okey?" Tanya Tia risau apabila melihat kemeja putih di bahagian bahu milik Theo berwarna merah.

"Abang okey, luka sikit je." Senyuman lebar terlakar di bibir Theo sebaik saja mendengar suara adik perempuannya itu. Dia berlutut sebelum pipi Tia dicium sekilas.

"Shark? Seriously Tia?" Theo alihkan pandangannya ke arah patung shark yang dipeluk erat oleh Tia. Terpegun dia dibuatnya. Lain macam betul. Kanak-kanak perempuan seusia Tia yang lain selalunya gemar bermain anak patung atau mainan budak perempuan namun Tia pula sebaliknya.

"Nanti abang belikan anak patung macam ni untuk Tia. Patung haiwan apa lagi ya yang comel? How about that pink animal?"

"Piglet?" Hazel yang berdiri di samping Theo menahan tawa apabila melihat wajah terkedu Tia.

"Abang samakan Tia babi?" Wajah tampan milik Theo dipandang tajam.

"What the h.... Humph, humph!" Belum sempat Tia mengeluarkan kata caciannya, mulutnya ditekup terlebih dahulu oleh Theo.

"Abang nak bincang sesuatu dengan Uncle Niel. Tia duduk dengan aunty okey? Jangan nakal-nakal." Theo melambai pada adiknya yang sedang menghentakkan kaki tanda marah. Wajah kanak-kanak kecil itu jelas tidak puas hati.

"I hate you abang, i hate you!"

Hazel melepaskan ketawanya melihat Tia memberontak. Theo sekadar tersenyum mengejek dari kejauhan.

Manakala Niel sudah menelan air liur apabila Theo bertindak menarik kasar lengannya masuk ke dalam bilik kerja milik lelaki itu.

'Ya Allah... Tolong selamatkan aku.'






"AUNTY minta maaf sebab terlanggar Tia tadi." Lembut saja Hazel meminta maaf.

"No, it's not your fault. Tia yang salah sebab jalan tak pandang depan," balas Tia membuatkan Hazel tersenyum nipis.

"What's your name?" Tanya Tia perlahan. Wajah cantik milik Hazel dipandang lama dengan mata yang bersinar.

"Hazel." Hazel tersenyum kecil. Mata hazelnya memandang lama ke arah anak mata amber Tia sebelum dia berlutut untuk menyamakan ketinggian mereka.

"Kenapa Tia?" Tanya Hazel hairan apabila Tia hanya diam menatapnya.

"You have such a pair of beautiful eyes," ujar Tia, dapat dia melihat sepasang anak mata berwarna hazel yang bersinar cerah apabila Hazel mendekatkan jarak diantara mereka.

"Mata Tia pun cantik," puji Hazel kembali.

"Aunty nak jadi kakak ipar Tia tak?" Tiba-tiba saja Tia mengajukan soalan tersebut.

Serentak, Hazel melepaskan tawanya apabila mendengar soalan kanak-kanak perempuan itu

"I'm serious. Aunty boleh kahwin dengan abang Tia." Dengan yakin, Tia berkata.

"Kenapa nak aunty jadi kakak ipar Tia pula?"

"Sebab aunty cantik, baik. Aunty baik dengan Tia dan Tia yakin yang abang mesti sayangkan aunty. Kalau tak abang takkan selamatkan aunty dari dilanggar tadi." Teringat sewaktu dia dan Niel sedang berjalan masuk ke dalam bangunan besar ini, dia melihat bagaimana Theo menyelamatkan Hazel dari dilanggar di jalan raya seberang sana.

"Tapi sayang, i am both the beauty that creates and the beast that destroys." Tenang Hazel membalas, dia mengaku yang dia sendiri bukanlah gadis yang sempurna. Dia ada kekurangan, iaitu sukar untuk mengawal emosi.

"Really? For your information, my brother are both handsome and the beast too! I swear!" Jawab Tia sambil mengangkat tangannya tanda bersumpah. Bibir Tia asyik tersengih dari tadi. Dia betul-betul menyukai gadis di hadapannya itu.

Hazel ketawa kecil lalu mencubit pipi Tia yang kemerahan. Comel.

"Let's get home," sampuk suara garau itu. Mereka menoleh ke belakang dan melihat Theo serta Niel yang baru saja keluar dari bilik kerja itu.

"Uncle are you okay?" Tanya Tia polos apabila melihat hujung bibir milik Niel mempunyai darah yang mengalir sedikit. Entah apalah yang dibuat di dalam bilik itu.

"Uncle okay, tadi uncle main dengan abang you tadi. Itu yang jatuh tu." Balas Niel sambil menggosok lehernya perlahan. Dia perlu menahan diri kerana ada Hazel. Hilanglah macho nanti!

"Ala kenapa tak ajak Tia? Tia nak main juga!" Wajah Tia berubah cemberut.

"Ni permainan untuk orang dewasa je. Nanti dah besar main dengan abang you okay?"

'lahanat punya jantan, habis buruk muka aku' bisik Niel di dalam hati. Dia memandang ke arah Theo yang hanya menunjukkan riak wajah tidak bersalah. Padahal masuk sahaja ke dalam bilik tadi, lelaki itu terlebih dahulu melepaskan satu tumbukan padu ke wajahnya sebelum membincangkan hal kerja.

"Uncle balik dulu nanti ada masa kita jumpa lagi." Pipi gebu milik Tia dicium sekilas.

"Bye Hazel." Niel mengenyitkan mata kanannya sebelum beredar masuk ke dalam lif.

"Awak nak balik dah ke?" Soal Hazel apabila melihat Theo sudahpun memimpin tangan Tia ingin menuju ke lif.

"Hmh." Balas Theo singkat.

"Awak drive?"

"Hmh."

Hazel menghela nafas sebelum mengikut jejak langkah lelaki itu. Mana mungkin dia membiarkan Theo memandu dengan keadaan yang tercedera macam itu. Bahaya.

"Saya drive." Gumam Hazel perlahan lalu dia masuk ke dalam lif.

"Yay aunty ikut!" Tia bersorak gembira, tautan tangan dengan Theo juga sudah terlepas sebaik saja dia berlari masuk ke dalam lif.

"No-" belum sempat Theo menghabiskan kata-kata, Hazel terlebih dahulu memintas.

"Don't make me think twice."

Akhirnya lelaki itu hanya pasrah. Dia masuk ke dalam lif tanpa berkata apa-apa. Dalam tak sedar, bibir Theo mula melakar senyum.

Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now