"ITU sahaja untuk harini." Ujar Theo sebelum hologram yang terpapar di atas meja panjang itu dipadam.
Nickolai turut mengemas barang-barangnya, sesekali mengerling ke arah sahabatnya itu. Lelaki itu tampak lain dari biasa. Seperti ada perkara yang hendak dikatakan.
"Kau ada apa-apa nak cakap ke?" Soal Nicko sembari melihat Theo yang sedang bersandar di kerusi tanpa mengeluarkan suara.
Theo tidak menjawab, malah bibirnya naik mengukir senyum.
"Are you okay, Theo?" Soal Mika hairan. Belum pernah lagi dia melihat lelaki itu ketawa di dalam bilik mesyuarat Black Shadow ini.
"Ini mesti dah kena sampuk dengan hantu ni," sampuk Niel selamba sebelum dia melingkarkan tangan di lengan milik Arzhel. Wajah dingin itu dipandang tanpa rasa sebersalah.
"Kalau nak masuk hospital bahagia boleh. Banyak slot, tambah-tambah lagi untuk orang macam kau." Kata Arzhel. Tiada lagi panggilan 'tuan' kepada Theo memandangkan hanya ada ahli Black Shadow sahaja di sini. Panggilan 'tuan' hanya digunakan ketika berada di pejabat.
"Ehem!" Theo berdehem sebelum memandang ke arah empat sahabatnya itu.
"Aku ada benda nak cakap."
Serentak, semua mata beralih pada lelaki itu. Suasana bilik mesyuarat Black Shadow serta-merta menjadi sunyi.
"What is it?" Mika membalas.
"Kenapa ni? Kalau masalah duit aku undur diri awal-awal. Aku miskin, tak ada duit untuk sedekahkan kepada sesiapa." Seloroh Niel sebelum menerima jelingan tajam dari Theo.
"Tak luak pun kalau kau bersedekah." Sampuk Arzhel pula.
"Kalau macamtu, kau sedekah dekat aku jela. Besar pahala kalau kongsi rezeki dengan kawan sendiri kan?"
"Aku nak kahwin."
Sepi.
Semua menoleh ke arah Theo. Tidak menjangka bahawa lelaki itu akan membuat pengumuman mengejut itu. Nickolai yang sedang bersandar itu kini duduk tegak. Mata Arzhel sudah terbuntang luas manakala Niel memandang Theo tanpa berkelip.
"Kah.... Kahwin?" Niel bersuara perlahan.
"Dengan Hazel ke?" Tanya Nickolai.
"Hmh."
Wajah Nickolai dan Mika serta-merta berubah. Senyuman mula terukir di bibir mereka.
"Tahniah..." Mika tersenyum kecil.
Namun di sudut lain, Niel masih menunjukkan riak wajah tidak percaya. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Theo sebelum menekapkan tangan di dahi lelaki itu.
"Ka... Kau demam ke bro?"
Theo menjeling tajam. Pandangannya berubah dingin, jauh berbeza dari tadi.
"Jangan buat aku hilang sabar." Suara Theo bergetar penuh amaran.
Niel menjeling sekilas sebelum melepaskan tangannya. Sentuh sikit pun tak boleh. Kedekut.
Theo mengambil nafas sejenak. Terus dia mencapai sebuah fail berwarna hitam di atas meja. Dia menyerahkan fail itu kepada Arzhel.
"Fail ni, serahkan kepada Misha. Dia perlukan dokumen ni untuk pembentangan esok."
Arzhel terus mengambil fail tersebut tanpa banyak soal.
"Aku nak ikut." Niel bersuara sambil memandang ke arah Arzhel dengan mata bersinar.
"Tak payah." Sampuk Theo. Habis menganggu ketenteraman staff di syarikat miliknya nanti.
"Tapi aku nak jumpa Misha..." Rayu Niel. Ditunjukkan wajah sebak ke arah Arzel. Hanya itu saja cara untuk meluluhkan hati Arzhel.
"Biarkan jelah. Pandai-pandai aku handle dia nanti." Balas Arzhel. Tak sampai hati pula meninggalkan Niel. Lagipun Niel sahaja sahabat yang sekepala dengannya.
"Yes!" Niel bersorak gembira.
"Jom."
Tanpa berlengah, Niel mengikuti langkah Arzhel dari belakang. Tak putus-putus dia mengukir senyum manis. Tak sabar ingin berjumpa Misha.
Theo hanya menghantar pandangan kosong ke arah mereka. Dia berdiri seketika, memerhatikan pintu yang tertutup rapat sebelum mengeluh.
"HUAAA Misha reject aku!!" Niel merengus kesal ketika mereka keluar dari Saphire Airline Company itu.
Arzhel buat muka menyampah. Terhibur dia menyaksikan bagaimana Misha menolak lamaran Niel di dalam tadi. Dia menyandarkan tubuh di keretanya. Dia datang ke sini kerana mahu menyerahkan dokumen kepada Misha selaku pembantu peribadi Theo. Terhegeh-hegeh Niel mahu ikut kerana mahu berjumpa dengan pujaan hati, mahu tak mahu terpaksa juga Arzhel membawa. Karang merajuk pula.
"Berani kau gelakkan aku tadi ya? Sanggup kau hasut Misha jangan keluar lunch dengan aku. Bukannya nak tolong!" Bisik Niel keras. Dia tak mahu sesiapa mendengar perbualan mereka. Merah padam wajahnya menahan marah dengan sikap Arzhel.
Mahu saja dia humban lelaki itu masuk ke dalam parit.Mereka saling berbalas pandangan.
"Apa kata kau pergi cari perempuan lain. Aku rasa Misha tu sesuai untuk aku. Baik, sopan santun dan yang paling penting, dia bertudung."
Mahu menggelegak darah Niel setelah mendengar bicara rakannya itu. Bak kata pepatah, jangan kejutkan harimau yang sedang tidur. Sejak awal pertemuan dia dan Misha, Niel sudah memutuskan bahawa Misha miliknya. Hanya miliknya. Tiada sesiapa yang boleh memiliki Misha.
"Over my dead body man!" Keras Niel berkata. Tangan dikepal kuat. Mahu saja dia menumbuk wajah tampan itu sekarang.
Arzhel buat muka tidak bersalah. Langsung tidak tergugat. Senyum sinis ditunjukkan seolah mahu mencabar Niel lagi.
Dan ketika Niel mahu meneruskan kata-kata, mata terpandang ke arah satu figura iaitu Aiman. Yang kini sudah menjadi musuh ketatnya sejak Misha diambil menjadi pekerja Theo. Berani sungguh Aiman mengorat pujaan hatinya!
"Aiman," panggil Niel dengan renungan tajam.
"Ya, Tuan Neville." Sahut Aiman. Dia menunduk hormat ke arah rakan atasannya itu.
"Stay away from my wife."
Aiman menjongket kening. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Sejak bila pula Tuan Neville ada isteri?
"Maksud aku..... My future wife." Niel berdehem, membetulkan ayatnya yang boleh mencetuskan kesalahfahaman.
'Tapi akan jadi isteri aku jugak. Menyelam sambil minum air. Apa salahnya kan?' getus Niel perlahan.
"Jauhkan diri daripada Misha. Aku tak suka kau rapat dengan dia. Balik sekali apatah lagi. Sekali lagi aku nampak kau berbual mesra dengan Misha, aku tak teragak-agak untuk potong lidah kau. Kau tahu kan aku ada kuasa untuk musnahkan kau." Setiap kata-kata penuh dengan ugutan. Dia tidak bermain dengan kata-katanya.
"Tapi.... Misha tu kawan saya dari kampung tuan. Lagipun saya dah ada tunang."
Mata Niel dikecilkan memandang ke arah Aiman. Yelah tu. Ingat dia percaya ke?
"Kau jangan nak tipu aku. "
"Kalau tuan tak percaya, tuan boleh tanya Tuan Ammar. Dia kenal tunang saya. "
Niel terdiam.
"Kali ni aku lepaskan kau. Tapi ingat! Jangan sesekali rapat dengan Misha. Tak kesahlah sama ada dia tu kawan masa kecil kau ke, nenek kau ke aku tak suka. Aku. Tak. Suka."
Dan setelah itu, Niel membawa langkah pergi kembali semula ke arah Arzhel yang sedang memerhati dari jauh.
Aiman mengerut kening sambil memandang ke arah Niel. Dia menarik senyuman sinis. Baru saja dia ingin menyambung langkahnya kembali, tiba-tiba dihalang oleh seseorang.
Misha menghalang jalan Aiman. Wajah yang dingin ditayang tanpa senyuman. Sudah lama dia menjadi pemerhati melihat Aiman dan Niel yang terlihat berbicara serius.
"Dia dah gilakan kau Misha."
"Biarkan dia. Saya tak suka lelaki macam dia."
"Lagipun saya dah ada Dani." Tambah Misha lagi.

YOU ARE READING
Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]
ActionKind of..stranger to lover? Lover to..