65

208 14 1
                                    



"SIAPA yang bagi arahan untuk korang handle kes yang berlaku dekat bank dua hari lepas?" Soal Theo dingin. Baru semalam dia menerima berita tentang Nicko dan Niel serta beberapa anak buahnya yang lain memecah masuk ke dalam bank yang sudah dikepung oleh perompak. Mujur saja identiti mereka yang menyelamatkan orang awam itu tidak dikenal pasti. Kalau tidak, berkemungkinan penyamaran mereka akan terbongkar.

"Err...." Niel menunduk sambil bermain dengan jari-jemarinya sendiri. Dia memang gerun dengan Theo yang versi ini. Takut untuk melawan.

"Jawab soalan aku Niel." Suara Theo bergetar penuh amaran. Rahang diketap kuat. Urat-urat mula menimbul kerana menahan amarah.

"Kau tahu kan. Tindakan melulu kau ni boleh bocorkan rahsia kita. Engkau buat keputusan sesuka hati kau. Kita beruntung sebab kali ni ada agensi lain yang lindungi kita supaya tak diketahui oleh pihak berkuasa."

"Aku.... Selamatkan orang je. Salah ke? Lagipun takkan nak biarkan orang awam jadi tebusan mereka?"

Tak lama selepas itu, Mika maju ke hadapan. Dia memandang ke arah Niel, Nickolai dan Theo bersilih-ganti. Nafas ditarik lalu melepaskan keluhan.

"Aku minta maaf sebab tak beritahu hal ni pasal kau. Cuma aku rasa apa yang Niel cakap tu betul. Kalau biarkan pihak berkuasa yang handle kes tu, aku rasa ramai lagi orang awam yang akan terkorban." Mika bersuara. Tidak berniat untuk mengiyakan tindakan yang mereka lakukan tapi ada betulnya juga. Kalau biarkan pihak berkuasa yang buat kerja, tak mustahil akan berlaku pertumpahan darah di situ.

"Niel. Apa sebenarnya yang jadi?" Tanya Mika. Dia ingin lelaki itu mengatakan hal yang sebenar. Mesti ada sebab mengapa Niel sanggup bertindak melulu seperti ini. Meskipun orang lain menganggap Niel tidak matang, lelaki itu masih boleh berfikir apa boleh dibuat atau tidak. Niel sejenis yang mengikut arahan. Dia tidak akan membantah melainkan ada sesuatu yang menghalang dirinya.

"Misha salah seorang tebusan dekat situ. Aku taknak apa-apa jadi dekat dia. Jadi aku mintalah anak-anak buah kita ikut aku selamatkan dia." Niel berkata jujur. Sebelum kejadian tadi, dia ada pergi ke tempat kerja gadis itu. Ingin mengajak Misha untuk makan tengahari. Tapi malangnya, gadis itu menolak kerana mahu berjumpa dengan Ammara. Sahabatnya yang baru saja pulang ke Malaysia.

Pada awalnya Niel mengalah. Membiarkan gadis itu bersama dengan rakannya. Tapi firasat hati berkata lain. Perasaannya kuat mengatakan bahwa akan ada sesuatu yang bakal terjadi pada gadis itu. Akhirnya dia meminta pertolongan Nickolai menggodam telefon Misha untuk mengetahui lokasi mereka berdua. Sudahnya mereka menemui rakaman cctv menunjukkan Misha dan Ammara menjadi tebusan oleh para perompak di sebuah bank di sebuah mall yang terkenal.

"Termasuk Nicko?"

"Habistu kau nak aku biarkan dia buat kerja sendiri?" Bidas Nickolai. Lagi teruk jika Niel turun padang sendiri. Bukan dia tak kenal dengan sikap lelaki itu. Niel gemar membuat keputusan mengikut emosi.

Theo melepaskan keluhan berat.

"Kalini aku lepaskan korang berdua. Cuma lepas ni tolong. Apa-apa beritahu aku dulu. Jangan buat keputusan sendiri. Kita tak tahu ada orang lain yang memerhati."

"Tindakan yang korang berdua buat berisiko. Sepatutnya korang perlu berbincang dengan Theo dulu untuk handle kes tu. Musuh kita ada dekat mana-mana dan tak mustahil diorang akan dapat kesan kita." Kata Mika pula.

"Jangan risau. Aku dah godam cctv dekat dalam tu. Tiada bukti tentang kewujudan kita. Dan macam yang kau dengar tadi, ada agensi lain yang berurusan dengan pihak berkuasa." Jawab Nickolai. Segala kerja yang dibuat semalam sudah dibersihkan. Nickolai tidak meninggalkan sebarang bukti yang mencurigakan.

Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now