73

175 13 1
                                    

FLASHBACK

"KAU dah hidup terlalu lama dalam kepalsuan. Dah tiba masa untuk kau tahu perkara yang sebenar." Ujar De Salvadore dalam bahasa Inggeris.

"Kau dan abang kau, Hunter Ezra De Salvadore. Adalah darah daging keluarga ni. Pewaris aku."

Hazel tergamam. Mendengar sebaris nama yang paling dia kenal. Hunter. Lelaki yang selalu mengekorinya kemana-kemana.

Hunter ialah abangnya.

"Pe... Pewaris?" Hazel kelihatan teragak-agak. Tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh lelaki tua itu.

Lelaki tua itu mengangguk. Sebelum dia mengeluarkan telefon pintarnya. Skrin itu diskrol oleh jarinya yang kasar dan bila jumpa apa yang dicari. Terus ditunjukkan pada Hazel.

Gambar gah keluarga De Salvadore. Dan disitu terlihat susuk seorang lelaki yang pernah dilihat sebelum ini. Lelaki ini pernah dilihat di dalam dokumen dirinya dahulu. Pasangan suami isteri yang sedang mengendong anak kecil.

"Ethan De Luca ayah kau dan anak lelaki aku. Dia yang sepatutnya menggantikan aku sebagai ketua keluarga ni. Tapi dia memilih untuk lari bersama isteri dia, Haura. Mereka cuba lupakan siapa diri mereka sebenar. Anak aku lepaskan tanggungjawab yang sepatutnya dia pikul." Mata De Salvadore semakin mengecil. Menyebut sebaris nama wanita yang paling dia benci. Wanita itu merampas anaknya sendiri.

Setiap kata dari lelaki tua itu buatkan dia mengigil. Seperti pedang tajam yang menikam dada. Bibir diketap kuat.

"Ka... Kalau mereka ibu dan ayah aku, dimana mereka sekarang?"

De Salvadore menundukkan kepala sedikit. Ekspresi sedih ditayang.

"Mati. Mereka dibunuh dengan musuh. Itu adalah bayaran kerana cuba melarikan diri."

Kata-kata itu seperti menghantamya berat. Tergamam. Dia cuba mencerna kenyataan itu.

"Ta.. Tak mungkin."

"Kau nak tahu apa lebih mengejutkan?"

Hazel mengangkat wajahnya yang basah.

"Suami kau tahu semuanya. Dia tahu siapa kau yang sebenar. Dia tahu siapa ibu bapa kau dan dia tahu keluarga ini. Tapi dia memilih untuk rahsiakan semua dari kau."

Hazel menggeleng dengan air mata yang masih berlinangan. Terkedu.

"Tak mungkin. Dia takkan sembunyikan benda ni dari aku! Dia suami yang baik. Dia dah janji untuk takkan berahsia."

De Salvadore malah senyum sinis.

"Kau terlalu percayakan dia. Kau belum kenal siapa dia yang sebenar. Dia bukan lelaki baik yang kau sangka. Suatu hari nanti, dia akan buang kau bila tak diperlukan lagi."

"Dia tak-"

"Percaya atau tak terpulang pada kau.
Apa yang penting sekarang ni kau kembali pada aku. Tinggalkan suami kau. Tinggalkan hidup kau yang sia-sia itu. Keluarga ini perlukan pewaris."

Lihat pada reaksi cucunya, De Salvadore menyeringai kecil. Wajah yang cerah tadi terus berubah gelap. Ekspresi asalnya sebagai lelaki kejam.

"Kalau kau tak patuh, aku tak teragak-agak untuk musnahkan segala-galanya yang kau sayang. Theo, anak dalam perut kau
semua boleh hilang dalam sekelip mata. Kau fikir aku main-main?" De Salvadore mengugut. Dia bukanlah seorang yang punyai sifat belas kasihan. Apa yang dia mahu, pasti akan dapat. Meskipun melalui cara yang kejam.

Hazel merenung datuknya dengan air mata yang menitis di pipi.

"Kau kejam..."

(End flashback)






Stellina: The Hidden Truth [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now