Satu

1.1K 24 9
                                    

Ini memang berdasarkan cerita sebenar antara aku dengan mereka yang aku panggil sahabat .

"Kau siap Addmath tak ?"
"Tak . Lantaklah . Aku malas nak membebankan kepala otak aku yang memang dah terbeban sejak dari mula ni"
"Aku lupa dowh nak buat . Aku tertidur semalam"
"Pergi tiru May . Dia tuh semua benda dia siap"

Nay bangun . Melangkah penuh semangat menuju meja May .
Aku keluarkan buku nota biru . Baik aku sambung menulis .
Addmath tuh , nanti nantilah aku buat . Senarai yang dah aku catat semalam aku renung lama

10 Benda Yang Aku Nak Buat Dengan EXOSPIRIT .
1. Lepak dekat pantai
2. Pergi K-Konsert
3. Berbasikal ke seluruh Semenanjung Malaysia
4.Buka kafe / restoran EXOSPIRIT untuk tempoh masa yang singkat
5.Travel sama sama

Dan nombor 6 , aku nak tengok sorang sorang kahwin .
Tangan bergerak mengikut arah mata pen biru . Menjadikan list aku genap 6 sekarang .

Dan yang ketujuh , aku nak tengok movie sedih sama sama . Motif : Siapa menangis dulu dan hingus siapa meleleh paling banyak .
Yang ni , aku rasa pemenangnya Aliellia . Dia tu sensitifnya Ya Ampun .

"Kau buat apa tuh ?" May ambil tempat di sebelahku .
"List benda yang aku nak buat bila dah kahwin nanti" Aku sengih .
"Kahwin nanti tak payah pikir apalah . Tau lah kau apa nak buat" Dia angkat kening .

Aku kenal reaksi tu . Reaksi bila otak dia memproses benda yang tak sepatutnya .

May dan ke'blue'an otak Maha Dahsyat dia tak dapat dipisahkan . Aku tahu itu .

"Bodoh lah kau" Aku bagi jelingan maut .
"Apa ? Kau yang fikir lain ." Dia jeling aku balik .
Ni lagi satu . May dan falsafah bodoh dia yang semua orang nak menang sebab tak ada siapa nak kalah .

Betullah . Aku memang dikelilingi orang gila .

"Syaf " Aku toleh . Terdengar namaku diseru dengan penuh kasih sayang .
"Iya Yana ?" Aku senyum semanis mungkin .
One thing for sure , Yana lah yang paling tak gila .

Nama penuh , Nurul Aliyana Bt. Syamsul . Orangnya putih , comel . Tak banyak cakap dan tak terlalu sikit juga . Dia lah yang paling baik dalam group aku . Orang kalau bercakap dengan dia  , aku - kau akan automatik jadi nama - Yana . Serius dia baik , lemah lembut . Nak buat menantu memang sesuai .

"Syaf dah siap Fizik ?"
"Belum Yana . Muka Syaf bukanlah muka orang yang siap homework"
Dia ketawa dengan jawapan aku . Aku sengih macam kerang wangi . Itulah FAKTA . Entah bilalah aku nak berubah . Aku tak pasti .

"Weh" suara Nay mencecah gegendang telinga .
Aku dan May yang dari tadi sibuk meneliti buku nota biruku menoleh .  

"Thanks buku kau . Ada dekat Syar . Dia pinjam" Nay menunjuk ke arah Syar yang sibuk menyalin nampaknya .

May angguk . Dah biasa sangat .
Aku sekadar melepaskan keluhan panjang .

Macam manalah May boleh rajin sangat agaknya

May . Nama penuh , Mayliessarah Bt. Azrol . Panjang kan ? Tulah pasal . Tak suka bising . Dia selalu marah bila meja kitorang bising . Biasalah , orang fokus time belajar . Biasanya , tak ada siapa layan dia walaupun dia marah suruh diam . Well , Haha . Paling pandai dalam group , Top 10 dalam kelas . Tak pernah missed . Pretty HOT . Lawalah jugak dia ni . Cheh , adakah aku memuji dia ? Oh mustahil .

Nay , May , Yana , Aliellia , Syar dan aku sendiri antara member EXOSPIRIT .
EXOSPIRIT - Gabungan nama k-boyband EXO dan fans boyband INFINITE , INSPIRIT .
Member rasmi , 10 orang .
Aktiviti group selalunya lepak dan jamuan makan .
Group paling bising dalam kelas kerana kebanyakan ahlinya kaki bercakap .
Ahlinya ramai tidak disukai budak budak kelas .
Selalu kena tegur dengan cikgu . Asyik pek-pak-pok-pek katanya .
Majoriti ahli ialah KPOPERS tegar setegar tegarnya .
Suka cakap benda mengarut .
Selalu buat lawak bodoh .
Dan yang paling penting ...
Selalu ada untuk satu sama lain .

Our Sweet 16 & Our Swag 17Where stories live. Discover now