Pagi itu dingin . Yalah , semalam hujan . Padang agak basah sedikit tapi tidak pula banyak lecaknya . Kami berkumpul di padang untuk matapelajaran pertama pagi itu , Pendidikan Jasmani .
"Buat dua bulatan . Macam biasa , panaskan badan"
Puan Mawarnie mengeluarkan arahan . Kami bergerak membentuk dua kumpulan . PJ kelas aku digabungkan dengan PJ kelas sebelah . Kiranya kami kelas Adil dan pelajar perempuan kelas Adab , PJ sekali lah .
Masa panaskan badan ada aja benda yang boleh diketawakan . Lawak sungguhlah . Padahal benda benda kecil . Contohnya macam mana blurnya Iqlimah . Bila disuruh tundukkkan badan biarkan jari tangan menyentuh hujung jari kaki dia masih lagi berdiri dan menoleh ke kiri ke kanan . Kami semua dah faham dah , mesti dia tak faham . In the end , dia dimarahi dan diketawakan .
Selepas pembahagian kumpulan kami mulalah nak excited . Hari ni kita main futsal .
Come on Yow ! Aku dan kebanyakan ahli EXOSPIRIT satu kumpulan .Pabila terdengar aja bunyi wisel aku yang tadinya sibuk menari sambil menyanyi bersama Nay , Iqlimah dan si Syar mula berlari ke arah bola .
Ku lihat bola itu sudah dikerumun ramai orang . Ni yang seronok ni , ada yang nak kena tolak dak ? Aku menoleh sebentar ke arah May , Nay , Syar , Yayalia , Iqlimah dan Ayqah yang kelihatannya mula struggle bukan main lagi untuk mendapatkan bola .
Yana hanya berdiri sambil ketawa di tepi . Kelihatan agak terkesima . Alahai , Yana ni comel betul !
Ayrah pula duk berdiri jaga gol nun jauh di sana .Aku baru nak tunjuk aksi Gadis Melayu Terakhir main futsal dengan penuh ayu pabila aku ternampak Syar yang kecil molek itu kehilangan sebelah kasut .
Kerana bola itu kasutnya tercabut dan tersadai . Aku hanya mampu ketawa sambil menggeleng dan meneruskan permainan ."Ya Allah Syar ! Orang main futsal bukan main cabut kasut"
"Bapak aktif kemainnya si Syar"
"Nampak pendek aja , alahai"Aku nampak ahli EXOSPIRIT yang lain masih lagi tersengih .
Pabila permainan bermula kembali , aku dan yang lain bersama sama berebut mendapatkan bola yang dimonopoli pihak lawan . Dan dengan beraninya aku lihat Iqlimah menyepak tinggi bola itu sehingga melambung tinggi .
Baru aku nak berikan pujian , aku nampak objek hitam turut sama 'terbang' . Dan ianya tidak lain tidak bukan kasut Iqlimah .
"Hahhahahahahahahahha"
"Kasut Iqlimah terbang"
"Ini betul futsal ni"Tapi Iqlimah kelihatannya tidak terganggu . Dia masih lagi tayang muka aku-tak-tahu-apa-apa .
"Weh . Ambil lah kasut kau"
"Iqlimah . Kasut kau tu haaa"
"Kau ni gila ke apa ?""Ehhh . Tu kasut aku ke ? Patutlah kasut aku hilang sebelah"
"Alahai . Dah tu kau ingat tadi tu apa ?"
"Tadi apanya ?"
"Kasut yang terbang tadi ?"
"Ehh . Ada kasut terbang ke ? Bila weh ?"
"Aku pasrah"Aku hanya mampu geleng kepala dan berlalu pergi . Iqlimah pula berlari anak mendapatkan kasutnya yang tersadai tanpa belas kasihan .
Haih . Nasib kau lah kasut .
YOU ARE READING
Our Sweet 16 & Our Swag 17
Novela JuvenilKisah kami . Kami yang bersebelas , megharungi segala liku hidup bergelar pelajar . Kami yang berjanji untuk bersama selamanya . Ini kisah kami yang belajar membesar BERSAMA . ~ Based On True Story ~ ~ Bukan Nama Sebenar ~