Semua duk excited minta May keluarkan hadiah dia . Ada set pensil warna yang kata May ,
"Aku baru nak beli Mal , thanks ah weh" .
Ada buku nota hardcover dan sebiji mug warna coklat melambangkan tahi .
Tu dia hadiahnya .May mewarna . Tu cara dia lepaskan stres yang menurut Iqlimah , hanya menambahkan stres sebenarnya . May ada set 12 batang pensil warna jadi Mal berjasa beli set 24 batang pensil warna tu .
Bak kata aku pada May ..
"Lepas ni mewarna ingatlah Mal tu"Sampai turn May , hadiah diberikan pada si Ayqah . May bagi gelang silver yang jenis halus tu dengan loket kucing . Gelang tu jenis kena lilit dua kali sebab ia agak panjang . Lawalah . Sesuai dengan jiwa remaja . HAHAHA .
Lagipun Ayqah memang gila kucing cumanya dia ada asma . Tu dia tak bela kucing . 2 batang pensil tekan , satu tu teddy bear dan yang lagi satu ada muka LuHan .
Hadiah Ayqah diberikan pada Eyman . Bantal empuk bercetak muka Si Patrick yang dungu melambangkan kedunguan Ayqah yang MAHA DAHSYAT GILA GILA DAHSYAT PUNYA DAHSYAT .
Hari ni Iqlimah tak dapat hadir . Menyedihkan sebab kami dah plan semuanya sama sama . Dia ada urusan keluarga . Hadiah dia Ayqah yang bawakan dan asalnya Ayqah yang mula dulu tukaran hadiah ni .
Aku mengaku aku dah lupa . Tapi jalan cerita tak berubah pun lahai . LEK AH KAN . HA . LEK AH .
Iqlimah dan Ayrah saling bertukar sama dengan Yana dan Syar . Iqlimah dapat D.I.Y dari Ayrah . Lukisan potret tanpa wajah yang Ayrah lukis atas kadbod hitam dan tempat simpan paperclip yang Ayrah buat dari kertas yang telah dia printkan gambar kami semua .
Potret tu sangatlah terkenal kerana saiznya yang besar malahan dapat sambutan yang hangat . Nak kata lawa lah ni . Tulah dia . Lawa .
Sebagai tukaran , Ayrah dapat anak patung Shin Chan berpipi tembam .Habis tukaran hadiah kami sambung makan sekejap .
Ada bihun Singapura Mak Yana , Macaroni N' Cheese Lia dan Eyman , Cheesekut May , Roti Sardin Nay , Kek , Spaghetti dan karipap Ayrah .Ada jajan Mal , puding Ayqah , Dadih . Haih dadih . Iyalah dadih cekelat . Ada air Pepsi Syar . Semua sambung makan sambil berborak sekejap .
May PUJI aku . WUUU ! Dia kagum aku tak makan banyak hari ni . Yayalia pun sama , tak makan banyak . Selalu tu kami lah dua bersaudara .
Tengah tengah makan tu May sebut pasal nak suruh Mal pakai tudung . Ini memang perancangan dari awal . Ikutkan rasa hati ni , nak bawak lipstick sekali . Nasiblah kami masih berhati perut .
Tudung Dila yang kami dapat dari dalam beg Lia , Lia sarungkan pada Mal . Tudung bawal kuning terang tu sebenarnya Lia nak pulangkan pada Dila . Kebetulan May nampak masa nak ambil hadiah Lia dalam beg .
"Mal . Sinilah tangkap gambar"
"Malu lah sia . Aku taknak lah"
"HAHAHAHHAHAHA"
"LAWA MAL LAWA"
"Lawak juga . Hahhahahaha"
YOU ARE READING
Our Sweet 16 & Our Swag 17
Teen FictionKisah kami . Kami yang bersebelas , megharungi segala liku hidup bergelar pelajar . Kami yang berjanji untuk bersama selamanya . Ini kisah kami yang belajar membesar BERSAMA . ~ Based On True Story ~ ~ Bukan Nama Sebenar ~