"Eiii . Aku gelilah nak kena cium dengan si Syar ni"
"Ala come on Nay !"Syar merapati tapi Nay asyik tolak . Sampaikan Syar pegang haa muka dia . Dia taknak juga . Kami dah macam ni kes penderaan seksual ke paksaan apa ni .
"Kau ajalah Syaf"
"Haa . Kau cadang en ?"
"Takyah aku ah . Muka aku berjerawat sia"
"Macam banyak gila"
"Taknak ah"
"Ala . Cepat ajalah"
"Okay . Bak sini Syar"Syar cium pipi aku . Aku dah tutup muka lepas tu ketawa .
Mal pulak ambik gambar . Haih . Huduhnya si jerawat ni ketawa kena kiss .
_____________Giliran Ayqah .
Aku dah rangka macam macam dalam kepala otak dah .
Ayqah ada crush dekat Mah Yong Hoe . Budak ni kira macam Top Student ah . Bio dia A+ . Tak silap aku exam dia pertengahan tahun tu result dia A+ , A- , B . Tu aja .
C , D tak ada .Aku tahu pun dek kerana muka dia terpampang . Pelajar Cemerlang biasalah . Dan aku pernah bertegur sapa dengan Yong Hoe ni . Siap bagitau dia , Ayqah minat dia .
Tapi tulah . Dia macam tak tahu nak buat apa dan aku pun berhenti menegur dia . Kerana tiap kali aku tegur dia kau akan perasan budak budak cina class dia semua lain macam en . Lahai . Jealous atau menyampah ? Aku tak kesah .
"Luahkan perasaan kau dekat Mah tapi pandang Mal"
"Hahhahahhahaha . Jangan jatuh cinta dekat Mal pulak"
"Cinta beralih arah"
"Lah . Taknak lah . Aku tak tahu nak cakap apa"
"Cakap ajalah apa apa . Macam aku dah lama suka kau . Aku nak kau tahu jeh . Takpeh kau tak suka aku"
"Eh . Macam dia pulak nak luah perasaan"
"Aku bagi contoh ngek"
"Alah . Aku tak tahulah . Aku pun minat dia centu centu jeh"
"Konon centu centu . Dia byebye kau hari tu kemain lagi kau"Hari tu kami ada daftar masuk koir . Mah pulak memang ahli koir sekolah . Kami ni saja masuk . Nak tengok crush sebenarnya . Dan gabungan Nay dan Syar si mata keranjang pun nak usha Leng Zhaii . May dan Eyman memang nak libatkan diri .
Aku nak usha si Frinnly .
Haih . Tu ultimate crush tu .Tapi akhirnya aku , Nay , Syar dan May tarik diri . Ayqah dan Eyman go on . HA ! IQLIMAH JUGA . Aku lupa dia . Maka masa pertandingan , Ayqah kemain happy kerana Mah menyatakan
"Your voice is so beautiful" .Dan mereka ada selfie bersama dan apa yang menggembirakan si Ayqah apabila masa dia balik tu Mah melambaikan tangan . Dia masa tu dalam kereta tak silap aku . Mak dia siap puji , katanya "Hensem lah juga ya" .
YOU ARE READING
Our Sweet 16 & Our Swag 17
Teen FictionKisah kami . Kami yang bersebelas , megharungi segala liku hidup bergelar pelajar . Kami yang berjanji untuk bersama selamanya . Ini kisah kami yang belajar membesar BERSAMA . ~ Based On True Story ~ ~ Bukan Nama Sebenar ~