" Udah ler tu . Kata nak but video , meh sini sorang sorang aku record" aku mengawangkan ngawangkan handphone di tangan .
"Jom lah"
"Siapa nak mula dulu ?"
"Yayalia lah . Dia yang paling tua bangka dalam ni"
"Disebabkan aku yang paling tua , aku buat keputusan ... yang paling muda mula dulu"
"Pahal lak ? Diskriminasi usia ke menda ni ?"Mereka ketawa melihat reaksi aku . Eleh . Maklumlah , aku yang paling muda kan . Semuanya dah tua bangka . Kelebihan lahir hujung tahun iaitu tepat pukul 10.00 pagi pada 30 Disember 1999 .
Akulah tu . Haha ."Maknae Line ajalah mula dulu"
"Okay . Ayqah kau lah"
"Pahal aku ?"
"Kau dalam Maknae Line kan ?"
"Syarfina lah ..."
"Alah , kau lah dulu"
"Yalah yalah"Ayrah bangkit . Dengan handphone di tangan .
"Okay . Buat ucapan untuk your future ya"
"Future husband ke apa ?"
"Bukanlah . Future !"
"Lantak kau lah"Aku pun turut mengesot ke hadapan sedikit . Cuba mendekati Ayqah yang tengah sibuk betulkan tudung . Heleh kau . Video aja pun . Hahaha .
"Okay . Start"
Ayqah terus menoleh . Tangan dilambai lambaikan . Apa kau fikir kau artis ? Haih minah ni .
"Hye to my future" dia sengih .
Aku dapat rasakan ketawa yang cuba ditahan daripada tadi bakal meletus .
"Mesti sekarang kau dah kerja kan ?" Dia buat muka sambil mengangguk ngangguk .
"Hahahahahahaha"
"Apa kejadahnya ?"
"Dia merepek apa dowh ?"
"What the ..."Kami semua ketawa . Ayrah dan aku yang tengah merakam turut sama gelak bagai nak gila sampaikan handphone yang tengah merakam bergegar gegar engko .
"Kau dah kahwin ke sekarang ?"
"Eiuw ... Hahahahaha"
"Kau bahagia tak dengan hidup kau ?"
"Kau dengan orang yang kau suka ke ?"
Apa kebende la minah ni . Aku pelik lah . Dia bagi ucapan ni dekat siapa sebenarnya ? Haih . Dungu Kuasa Tiga betul ."Aku ada kawan yang gila gila .."
"Aku hope ..."
"Aku harap ajalah" aku yang tengah merakam memotong .
"Tak ada . Eh , tak jadi macam dulu"
"Diorang kawan baik aku tapi diorang pergi . Jahat tak ?" Ayqah buat muka naif yang comel .Aku tunduk lalu mencapai cawan kertas bekas air Pepsi aku tadi . Cawan kertas kosong itu aku baling ke arah muka Ayrah . Secara spontan .
"Bajet comel betul" aku ketawa .Ayqah dan yang lain gelak . Kerjanya gelak aja .
"Okay itu aja . Aku harap kau hidup bahagia . Okay , bye"
Ayqah segera menutup mukanya dengan tapak tangan . Walaupun dia tak adalah putih sangat tapi dapat aku rasakan yang pipi dia tu dah membahang macam kena jemur dekat tengah panas .
Kami semua ketawakan reaksi dia tu ."Okay . Lepas ni May pulak ?"
"Ehh . Kata Maknae Line aja dulu"
"Lantaklah . Aku record maah"
"Eleh kau"Aku angkat kedua dua belah kening sebelum mencapai biskut Teddy Bear Yayalia dan mengunyah penuh nikmat .
YOU ARE READING
Our Sweet 16 & Our Swag 17
Teen FictionKisah kami . Kami yang bersebelas , megharungi segala liku hidup bergelar pelajar . Kami yang berjanji untuk bersama selamanya . Ini kisah kami yang belajar membesar BERSAMA . ~ Based On True Story ~ ~ Bukan Nama Sebenar ~