Sembilan

179 14 5
                                    

Kotak kek yang telah pun kosong , alas bulat keranjang timah kek serta sudu plastik yang telah kami gunakan aku dan Yana kumpulkan di dalam beg plastik .
Yang lain mana ? Semua pergi tandas . Cuci tangan katanya . Eleh macam aku tak tahu . Betulkan tudung lah tu .

Aku nampak kelibat Ayqah yang datang dari mana entah .

"Weh . Pergi buang" aku mengarah Ayqah .
Ayqah pantas menggeleng .
"Kenapa aku pulak ?"
"Kenapa bukan kau pulak ?"
"Iyalah . Kejap . Nanti aku buang" Ayqah mengeluh .

Haha ... Akhirnya dikau tewas berguguran kepada daku wahai Ayqah .
_____________
Akhirnya semua ahli EXOSPIRIT berkumpul selepas menghabiskan masa hampir 15 minit MENCUCI TANGAN .

"Seronok kan dapat buat makan makan macam ni"
"Tulah . Minggu depan kita buat lagi nak ?"
"Ehh bolehh"
"Kalau nak buat lagi . Aku tak kira , aku nak bawak juga phone"
"Aku pun"
"Nanti kita bawak phone pastu kita buat video sorang sorang . Kira ala ala Luahan Hati Bersepuluh"
"Woah . Bestnya"
"Mesti gempak nanti"
"Tulah kan ?"

"Guys" Aliellia bersuara .

"Yow"
"Ya saya"
"Yoohoo ~"
"Kenapa sih"
"Mende ?"
"Apa weh"
"Kenapakah ?"
"Iya Aiellia" ujar Yana sopan .
"Apa Yayalia ?"

"Kita kena bincang pasal perancangan EXOSPIRIT kita"

"A'ah lah"
"Betul tu"
"Jom . Jom"
"Mari . Aku semangat ni"

"Fira dah buat 21 dah list benda yang kita nak buat . Aku nak bincang yang nombor 7 ni haa"
"Yang mana ?"
"Nombor 7 apa dia ?"

Buku biru yang tadinya Aliellia teliti diberikan kepada ahli yang lain .

"Belajar koreografi EXO dan INFINITE"

"Woah . Daebak"
"Gilalah"
"Yang ni sumpah gempak"
"Bravo ! Bravo !"

"Jadi sekarang kita kena bincang tempat , waktu dan tarikhnya wahai semua"

"Masalahnya tak semua dapat keluar"
"Tu dia . Kita kalau nak buat apa apa pun waktu sekolah aja"
"Ketepikan semua tu dulu . Kita anggap yang semua boleh keluar"
"Baiklah"
"Okay . Then sekarang ?"
"Kita kumpul duit"
"Pulak dah ?"
"Aku tak nampak pun mana kaitannya"
"Nak menari guna duit ke ?"
"Ya Ayqah . Semua benda pakai duit sekarang"
"Entah . Kau pi tandas pun kena bayar kan ?"

Ayqah hanya ketawa kecil seraya mengangguk faham .

"Dengan duit yang kita kumpul ...
Kita boleh sewa studio"

"Studio ?"
"Aku salah dengar ke ?"
"Maksud kau studio ? S.T.U.D.I.O ?" Syar nampak terkejut .

Dan Aliellia membalas dengan anggukan yang penuh yakin .

Our Sweet 16 & Our Swag 17Where stories live. Discover now