"Kamalawani"
"Tangkap gambar Mal weh"
"Bak ah phone dia"
"Lepas tangkap terus send dekat WhatsApp . Kalau tak nanti dia delete"
"Okaylah okay"Gambar Mal aku snap guna phone dia sendiri dan hantarkan pada WhatsApp Group . Lawaklah juga bila dia bertudung tapi aku nampak si Nay kemain bahagia sampai menangis ketawa . Teruskanlah Nay . Janji dikau bahagia .
Kami lepak dan sambung makan makan kejap sebelum May ajak main game yang dia dah arrange kan .
Motif game ni simple . Nak tahu adakah ahli ahli EXOSPIRIT ni satu kepala dan mempunyai pemikiran yang sama .
Game dia macam ni . Setiap ahli diberikan sehelai kertas kecil dan pada kertas tu kami dikehendaki tulis satu perkataan yang melambangkan EXOSPIRIT .
Kemudian , kumpulkan dan ala ala 'digaul' sekali lah . Haih . Anggaplah ini rempah .Habis 'digaul' tu , setiap ahli ambil sehelai dan huraikan perkataan yang dia dapat tu di muka belakang kertas .
"Semua siap dah ?"
"Dah . Aku tak tahu lah apa aku tulis"
"Entah . Aku pun merepek"
"Takpelah . Janji tulis"
"Okay . Setiap sorang kena huraikan"
"Mula dari siapa ni ?"
"Tak kira lah siapa"
"Aku lah"Macam macam perkataan ada . Ahli ahli EXOSPIRIT sangat KREATIF semuanya .
Ada 'sakai' yang Mal tulis hanya sebab dia tak tahu nak tulis apa dan dia tengah rasa sakai .
Nay yang otak kuning pula huraikan
"Semua 'sakai' sebab suka cakap pasal benda blue pastu mengarut ....."
Mal menidakkan huraian tu . Nay pula MALU dengan tahap keterlaluan otak dia berfikir .Ada perkataan selekeh , gila gila , makan makan , minat KPOP , pokok dan pelbagai lagi versi hasil pemikiran ahli EXOSPIRIT .
Yang paling mendapat sambutan hangat dan sorakan "wuuuu" adalah perkataan 'awan biru' yang Yayalia tulis .
Huraian dia aku yang buat dan ternyata pemikiran kami agak kontra .Huraian aku :
EXOSPIRIT macam awan biru . Tak kira macam mana sekalipun cuaca , panas terik sekalipun hujan lebat , kita tetap akan ada dan wujud untuk satu sama lain .
Huraian Yayalia :
Kadang bila kita berjalan , kita hanya pandang depan atau tunduk ke bawah . Kita terlupa yang dekat atas tu ada awan biru yang lindung kita dari atas .Semua macam "wuuuuu" .
Tersentuh hati dengan luahan ikhlas Yayalia .
_____________Lepas tu kami mula beransur kemas . Denda sebab Mal lambat dia perlu kemas segala surat khabar tu tapi tulah ...
Yana dan Ayqah baik hati turut sama mengemas .Kami lepak dekat pondok sekejap sebelum balik dan decide untuk teruskan plan kami untuk buat prank call pada gei gei Mal .
Gei gei di sini membawa maksud member rapat Mal .
Cara sebutan gei tu adalah dengan tebalkan 'i' .
Gei Gei . Tu dia .
YOU ARE READING
Our Sweet 16 & Our Swag 17
Novela JuvenilKisah kami . Kami yang bersebelas , megharungi segala liku hidup bergelar pelajar . Kami yang berjanji untuk bersama selamanya . Ini kisah kami yang belajar membesar BERSAMA . ~ Based On True Story ~ ~ Bukan Nama Sebenar ~