Dua Puluh Lima

97 7 3
                                    

Perasaan bila kau dibasahi peluh selepas bersukan ...
Ni dah bakar lemak ni .
Kira exercise lah ni .
Lepas ni boleh lah aku melantak bagai nak gila . Dan aku sengih sendiri .

"Berpeluhnya kemain duhh"
"Tu lah pasal . Naik atas jom ?"
"Jomlah . Yang lain mana ni ?"
"Lepak atas lah tu"
"Kira kita ni ditinggalkan lah ? Ish . Next week PJ ?"
"PJ rasanya . Kita main basketball jom ?"
"Cun ! Nanti ajak dorang semua sekali"
"Eyman sayang aku mana ?"
"Dia dekat sana dengan tablemates dia tu"

Aku menoleh ke arah yang ditunjukkan Nay tadi . Ku lihat Eyman sedang berborak dengan Anisa .

Kami kan sepuluh orang . Memang kami semua rapat , ketawa bersama , semua pun sama sama bagai . Tapi akan ada certain people yang kau lagi rapat . Bukan macam kau ketepikan kawan kau , tak ! Cuma kadang kau banyak story dengan dia .

Tu aku dengan Eyman . Dekat sekolah tak nampak rapat tu tapi bila WhatsApp , kami banyak PM buat Luahan Hati tu macam hari hari lah . Dekat sekolah aku memang dengan budak bertujuh aja . Tak sangat dengan Eyman .
Eyman tu macam bintang dalam dunia lain aku , dunia EXOSPIRIT aku .

Yayalia dekat sekolah pun rapat dengan kami tapi tak terlalu . Kami faham . Dia ada kawan dia . Tablemates dia dan dia tak nak kawan dia terasa .

Kalau May pula aku tak tahu nak cakap cemana . Dia macam rapat dengan Nay . Tapi dekat makmal Kimia , kawan dengan Eyman . Selalu dengan kitorang aja . Dia pun ada kawan dia juga , Shahidah dan Syazrina . Dua tu kira bestie dia juga .

Kalau Nay , memang sahabat Syar , Yana dan Ayrah . Tu memang bestie dari dulu . Syar tu 'kentut pom pom' Nay. Jangan tanya aku pahal sakai sangat nama . Tanya depa .
Dan Nay pulak 'sweetie pom pom' Syar .
Yana dan Ayrah kira macam rapat juga tapi mereka layan aja kami semua .

Kalau Ayqah dan Iqlimah akan sentiasa berdua pabila kami malas nak melayan blur yang datang bertandang . Kalau tak dorang memang ikut kami kami aja .

Tapi bila ada aktiviti makan makan atau lepak sama sama kami akan tetap buat semua sama sama dan bukannya 'aku dia' 'kau aku' macam tu .

Sebab kami EXOSPIRIT .
WE ARE ONE - pinjam tagline EXO .

Aku dan Nay memanjat anak tangga dan mula nampak kelibat mereka mereka yang dah bersedia dengan beg masing masing .

"Cepat sikit oi"
"Sat laaahh"
"Yayalia mana ?"
"Sana . Tunggu Jing Eik"
"Serius dia tunggu ?"
"Iyalah . Jing Eik tengah dekat basketball court tu"
"Gilalah . Jom . Aku nak tengok"
"Aku pun"
"Alahh . Aku nak gak"
"Semua sekali ! JOM !"

Maaf sebab lama tak update . Aku buzy . Buzy patah hati .
Echewah . Hahahha . Esok kami buat makan makan lagi . Lama dah tangguh . Jerebu bagai . Dan ada member baru nanti ! Dia tu sakai dan tahi . Well , janji kamera dia tak sakai . Tahu kan siapa ?
Tunggu next update !

Our Sweet 16 & Our Swag 17Where stories live. Discover now