Dua Puluh Sembilan

80 6 3
                                    

May dan Eyman serta Mal si Tahi itu akan pergi ke bilik guru untuk mengambil kek di dalam peti ais . Aku dan yang lain pula akan bawak Syar dan Ayqah ke port biasa kami .

Tapi aku kena hantar buku bersama Ayqah .

"Tak apalah . Biar aku aja hantarkan . Kau tunggu aja dekat port biasa dulu"

Ayqah mengangguk setuju . Aku hela nafas lega . Kalau dia berkeras nak hantar , sia sia aku maki satgi . Hhahahha .

Lepas aja hantar buku atas meja Puan Shameem , aku bergegas ke Bilik Guru 2 , nampak May dan Eyman . Mana Tahi ?

"Mal mana ?"
"Entah dia"
"Nanti timbullah tu"
"Yalah kan , tahi tenggelam timbul"
"Ni dah ready dah ?"
"Kejap . Nak lekat gambar Woohyun dengan Luhan"

May keluarkan gam dari beg dan melekatkan gambar Woohyun dan Luhan penuh teliti . Siap tampal gambar ! Kami bergegas keluar . Aku ada usha kek tadi . Sedap engko . Blackforest . Tapi tak pakai ceri merah , Si Syar tak suka . Lahai . Kalau bukan untuk dia lama dah aku suruh cikgu taruk aja ceri merah tu .

Tulisan bericing atas kek - Happy Sweet 16 Woohyunira & HanQah . Lawak juga tau sebab cikgu asyik ingat dia salah tulis tapi katanya "Saya ikut ajalah apa yang awak dah bagi saya tu" .
Haha .

"Kenapa nama pelik sangat ?" Dan May mula menjelaskan itu adalah shipname gabungan nama mereka dan idol yang dicintai .

Aku dah nampak kelibat Mal di hujung koridor . Tapi dia ditemani seseorang . Aku kenal mamat tu , Iqmal .

"Woi Tahi"
"Apa kau ?"

Cubaaan si tahi menendang kaki aku telah gagal . Acah lebih sia .

"Jom ah cepat"
"Tak . Ambillah kamera ni"
"Eh . Taknak join ?"

Mal diam . Kamera di tangan bertukar tempat ke Eyman . Eyman dan Mal pun kawan rapat . Walau Eyman tak sepro si Tahi tu tapi dia tahu asas photographer . Pernah belajar dulu katanya .

"Serius taknak join ?"
"Tak . Aku nak kena hantar Iqmal balik"
"Iqmal , sibuk ah kau"
"Asal aku lak ?"
"Blahlah"

Aku dah membising . Kacau line betul . Bukan selalu dia naik Rapid aja ke ? Lahai .

May dan Eyman tayang muka aku-pasrah .

"Dah tu ?"
"Apa dah tu ? Cepatlah"
"Aku nak hantar Iqmal balik ni"
"TAHU . CEPATLAH"

Mal mula mengatur langkah bersama Iqmal .
Kenapa kami panggil dia Tahi ?
Ia memang Tahi dan bukannya Taik .
Sebab dia memang Tahi .
___________

Aku , May dan Eyman borak kosong sementara menunggu Si Tahi . Lama benar . Dia bawak motor ke basikal ?
Aku dari tadi merungut dan sendawa kelaparan . Gas gastrik punya hal .

"Kalau aku mati dekat sini . CARI TAHI TU"

Kami mula membuat pelbagai perkara untuk menghalau kemarahan dan kesakit hatian yang datang bertandang .

May dan Eyman asyik kata
"Kesianlah dorang tunggu kita lama lama"

Mal ni sungguhlah . Memang TAHI .

Our Sweet 16 & Our Swag 17Where stories live. Discover now