Dua Puluh Tiga

94 9 0
                                    

Kami semua sambung melepak tepi tangga .

Nampak dah kelibat abang Nay .
Kami bangun . Nampak Alon bergegas masuk ke kawasan sekolah .

"Weh"
"Mende ?"
"Ambilkan gambar aku kejap"
"Dekat mana ?"
"Sinilah . Dengan kawan kawan aku sekali"
"Iyalah . Kejap"

Sumpah aku kata . Abang Nay macam marah . Ke dia memang marah ?

"Pahal lah muka abang dia centu ?"
"Abang dia memang centu lah"
"Maksud kau dia memang serius macam singa ?"
"Entahlah . Dulu bila kitorang jumpa dia mesti bahan dia 'muka sepesen' tapi dia buat tak tahu aja"
"Sadis . Aku rasa anak anak mak Nay semuanya tak berperasaan . Macam Nay , heartless"
"Tulah pasal"

Nay memang heartless . Sama macam May . Aku menangis bagai nak gila layan Windstruck sampai esoknya aku kena bahan sebab mata aku sembap gila pastu macam tak ada kelopak mata . Iyalah . Mata dah sepet . Adakah kau expect ia akan makin cantik lepas kau menangis sampai hingus meleleh tak henti ?

Tapi bila Nay yang layan cerita tu ...
"Aku tertidur masa tengok . Bosan sangatlah"
"Aku ngantuk tengok"
"Aku bangun pun sebab perempuan tu menjerit"

Aku punyalah sakit hati sampai rasa macam nak cekik Nay tu hidup hidup . Tu baru satu . Kalau aku buka cerita lagi pasal heartless dia nanti kau yang baca ni pula akan rasa macam nak cekik dia . Sumpah aku kata .

"Weh . Malu lah . Abang dia kot"
"Kau nak malu apa ?"
"Weh . Aku malu"
"Eihhh . Aku tak nak pose"
"Aku baru nak buat pose menggila tadi"
"Kacaulah"

Aku dah tahu dah . Kawan kawan aku akan jadi 'gadis melayu terakhir lepas ni' .

Abang Nay berjalan ke arah kami . Dia tangkap 2 kali . Aku rasa aku aja yang kemain lagi . Siap angkat tangan . Siap menjerit . Yang lain kemain lagi sopannya . Aku pasrah aja . Iqlimah lagilah semua dia tutup muka aja .
Haih . Wahai lelaki , anda kena tahu betapa seorang perempuan akan berubah menjadi lain di depan anda .

"Bye Nay"
"Bye"

Kami lambai Nay bersama .
Yana dan Ayrah mula minta diri nak ke stesen bas . May pula diambil oleh Puan Liza . Yayalia dan Eyman pula sama - naik bas . Iqlimah , mak dia ambil , sama dengan Ayrah . Aku pula ... Menunggu ketibaan ayahanda tersayang .

Puan Liza sampai dengan Perodua Myvinya . May minta diri dan berjalan ke arah Mamanya . Aku jerit .
"May . Bagitau mak kau , Spiral Carbonara memang superb"
"Cakap ah sendiri ni ..." May buka pintu kereta dan masih berdiri .
Aku lompat dari anak tangga keempat .
"Mama May . Spiral Carbonara tu memang sedap gila . Saya tahu mesti acik yang buat kan ? May tu pemalas . Tahu sangat"

Puan Liza ketawa . Haha . May pemalas . Aku sepatutnya panggil Mama May 'aunty' tapi tak tahu lah , selamba badak aku panggil 'acik' . Tak pun 'Mama May' . Orang lain semua panggil 'aunty' . Tak apalah . May mana ada abang . Tak lah jatuh saham aku kalau nak dibuat menantu . Ahaks *ketawa gedik .

Akhirnya masing masing dah beransur pulang . Tinggal aku dan Ayqah . Ayqah main phone aku , sibuk duk tengok handphone aku . Nak tengok video tadi katanya . Lepas tu ketawa menggila seorang diri .
Aku abaikan aja . Sibuk duk usha kereta yang lalu lalang .

Bahagia betul hari ni .
Harapnya lah memori ni akan kekal dekat ingatan sampai bila bila .
Tamatlah jamuan makan kami setakat ini .

Our Sweet 16 & Our Swag 17Where stories live. Discover now