Lapan Belas

97 10 0
                                    

Sedang aku duduk bersandar dekat tiang pondok , May menepuk tangan aku .

"Amende ?"
"Tengok tu"
"Sakai dowh" aku ketawa .
"Guys . Usha sana jap"

Dan mereka semua turut sama ketawa . Yayalia dah terguling guling ketawa sambil tekan perut . Ayqah pun dah tersedak sedak dah . Cuba teka kenapa ?

Ini semua kerana Nurul Iqlimah . Ada ke dia pergi siram semua pokok bunga . Lepas tu siap gantung plastik tu dekat ranting pokok , buat lubang kecil . Dia buat plastik berisi air tu jadi paip . Lepas tu dia cuci tangan dekat situ .

Sumpah aku cakap . Ini memang kreatif .

"Kau ni kenapa sebenarnya ?"
"Alah . Menyenangkan korang juga nak cuci tangan"
"Iyalah . Iya Iqlimah . Betul tu"
"Aku nak try ah"
"Aku pun"

Syar dan Nay bangkit . Mereka berdiri dan mencuci tangan dengan air yang mengalir dari lubang kecil yang dibuat Iqlimah tadi .

"Sejuk lah"
"Best jugak ni"
"Pandai kau Iqlimah"

Kami hanya menggeleng . Iqlimah ni lain macam betul .

"Okay dah . Aku nak record video Eyman pulak ni"
"Eyman . Get ready"
"Aku nak record sekali taw"
"Iya Mak Cik Ayrah"
------
"1 .. 2.. 3.. ACTION"
"Okay Eyman . Eyman , say something"
"Say something ... I'm givin' up on you ..."
"Menyanyi pulak"
"Entah . Fira ni memang"
"Aku record maah"
"Tatau lah nak cakap apa"

"Sebagai ahli baru ... sebagai ahli baru" May bersuara .
"Sebagai ahli baru yang menyertai EXOSPIRIT pada tanggal dot ... dot ... dot .."
"2015 lah" ujar Nay .
Aku menghalakan handphone ke arah Nay .
"Cakap lah 2015 , nanti tak tahu bila kang"

"Hari ni berapa hari bulan sebenarnya ?"
"Ermm ..."
"Hari ni 21 , Fira"
"Someone ambil buku nota biru aku . Dalam tu ada list activity kita . Try check hari ini punya date"
"Kan dah kata 21 Ogos , Fira"
"Okay okay"
"Eyman , ucapan anda ?"

"Eyman rasa cam happy korang terima Eyman ..."
"Sebab Eyman tak ramai sangat kawan ..."

Eyman ketawa . Tangan kanan dia angkat , cuba menghadang kamera phone aku dari terus merakam . Eyman ni ... Haha .

"Eyman tak ramai kawan . Macam terharu sangat bila korang 9 orang semua terima Eyman"

May mendepakan tangan dari tepi . Badan Eyman didakap erat .

"Eyman ... Eyman nak pindah nanti ..."

Tulah . Tahun depan Eyman pindah Kedah . EXOSPIRIT akan kurang seorang ahli . Tapi walau apa pun , kitorang akan tetap keep in touch dengan Eyman .

WhatsApp ada . Kalau Eyman tak ada data , maksudnya tak ambil Pas Internet , kitorang boleh call . Takpun buat rombongan ...

"Hampa semua ...Wahai rakyat Kedah , Kami mai dari Key El ni .."

Itu pasti . Jarak bukanlah masalah dalam persahabatan .

Tiba tiba ...
"Burppp ..." aku sendawa lagi .
"Angin perut dia lagi"
"Fira sakai kuat sendawa"
"Spoil lagi dowh"
"HAHAHAHAH"

"Excuse me ... " aku dengar suara Ayrah .
"Mende kau ?"
"Your phone , can you please move aside .."

Aku beralih ke tepi .

"Speaking engko''
"Alah , lantak ler"
"Mak cik zaman la ni maju bebeno ler"

"Eyman , Cakaplah lagi"
"Nak cakap apa lagi ?"
"Ucapan terakhir .. To Your Future ..."
"Ayrah dan future bagai tahi dengan mangkuk tandas"
"Tahi ? Hahahha . Sopan gila"
"Ayrah nak semua orang merancang masa depan macam dia"
"HAHAAHAHHAHA"

Kami ketawa . Bahagia sangat . Dapat makan makan macam ni . Rakam semua moment indah kami .
Nanti dah besar , tengok balik mesti akan rindu saat ni .
Saat remaja , zaman kami menggila .
Zaman buat-dulu-nanti-baru-fikir .
Sungguh aku kata , inilah fasa terindah dalan hidup aku . Dalam hidup kami semua , EXOSPIRIT .

"Silakan Eyman . Kata akhir ..."
"Eyman cuma nak bahagia aja . Tu aja"
"Aminn"
"Amin semuaaa"
"Aminnnn"

"Ala kau Eyman ..."
"Kau ingat kau aja nak bahagia ?"
"Aku pun nak bahagialah"

"HAHAHAHAHHAHA"
Kami ketawa lagi . Untuk yang kesekian kali .

Our Sweet 16 & Our Swag 17Where stories live. Discover now