"Eleh kau Ayqah . Aku cium kau kang baru kau tau" Aliellia memberikan renungan tajan menggodanya .
Ayqah pantas menggeleng dan mula menggoyangkan bahu dan kepalanya berulang kali . Macam orang yang nervous sampai menggeletar gamaknya dia ni .
"Eeee ... Apa kau buat tu Ayqah ?" Iqlimah yang dari tadi diam bersuara .
Dan kami pun ketawa . Bukan kerana ayat balasan Iqlimah mahupun reaksi mukanya . Tapi kerana moments Dungu Kuasa Tiga ini .
Nurul Iqlimah Bt. Azmi . Ahli kedua Dungu Kuasa Tiga . Kenaifan , kesucian dan ke'blur'an yang diadun menjadi satu menyebabkan terhasillah pemikiran ala Iqlimah .
Blurnya Ya Ampun . Terlampau . Ada sekali ni ....Kami diterangkan cara bermain terompah gergasi silang di mana pemain kedua dan keempat perlu berhadapan dengan pemain pertama dan pemain ketiga . Selepas taklimat ...
"Apa dia ? Aku tak fahamlah"
Dan Si Ayqah dengan penuh hormatnya ..."Taklah . Dia macam ni ....."
"Haa ? Apa ? Tak faham" Iqlimah menggeleng lagi .Aku mula melepaskan keluhan berat . Sabarlah hati .
Dan Si Ayqah sekali lagi menerangkan .
"Haa ? Aku tak fahamlah" Iqlimah mula menggosok matanya yang terlindung di balik kaca mata dengan power 400+ .
Dan aku yang dah memang rasa nak pelangkung aja Si Iqlimah ni mula rasa kagum apabila Ayqah sekali lagi mula menerangkan .
Dan akhirnya .... "Oh . Macam tu je ke ? Ala . Senang je . Aku faham , aku faham"
Sumpah aku rasa nak pengsan terus masa tu .
____________________
"Pabila Dungu Kuasa Tiga saling bersuara" aku mengeluh .
"Berbalik pada topik asal . Nak buat makan makan kan ?" May bertanya .
Kami semua mengangguk . Hampir serentak .
"Kita kumpul duit nak ?" Yana memberi cadangan .
"Okay jeh"
"Kita order kek"
"Nak bawak air ke ?"
"Mana nak order kek ?"
"Kenapa mesti kek ?"
"Siapa nak tolong beli ?"
"Aku nak Tiramisu"
"Aku tak suka cheese lah"
"Aku tak kata Cheese Cake lah bodoh"
"Tiramisu letak cheese lah"
"Iya ke ? Tak tau pun"
"Weh May . Nak buku Addmath"
"Tanya Syar"
"Orang tengah cerita benda lainlah"
"Tau . Tapi aku nak buku"
"Blahlah kau"
"Pandan Cake pun best"
"Woah . Nak ! Nak !"
"Pandan ada cheese tak ?"
"MANA ADA LAH"Dan meja yang tadinya tak berapa nak bising mula gegak gempita . Inilah yang jadi apabila kami berkumpul bersama . Itu pun ada ahli yang tak ada .
YOU ARE READING
Our Sweet 16 & Our Swag 17
Teen FictionKisah kami . Kami yang bersebelas , megharungi segala liku hidup bergelar pelajar . Kami yang berjanji untuk bersama selamanya . Ini kisah kami yang belajar membesar BERSAMA . ~ Based On True Story ~ ~ Bukan Nama Sebenar ~