21 Ogos - Jumaat
"Hari ini kita makan makan lagi ...."
"Bahagianya hidup"
"Makin gemuk aku engko"
"Aku pun ..."
"Kalau kita sepuluh orang tinggal satu rumah , habislah"
"Kalau betul , tiap hari mesti salah seorang kena masak . Kita ikut urutan"
"Gilalah . Nak masak untuk 10 orang"
"Tak gilanya lah ..."
"Entah . Ini kira MEMANG GILA"Kami ketawa riang sambil berjalan menuju ke port tidak rasmi kami .
Pondok dekat dekat surau , belakang Bilik Kaunseling .Makanan yang dibawa kami susunkan .
Spiral Carbonara Puan Liza .
Meatball Eyman .
Kek Pisang Iqlimah .
Kek Batik Mak Cik Ayrah .
Kek Coklat Yana .
Lasagna Nay Kambing .
Kuew Tiao Handmade Ayqah .
Fish Ball , Fish Cake , Tofu Pak dan lain lain yang daku goreng di pagi hari .Kami susunkan dengan penuh semangat .
Semangat bilalah nak makan ...Syar bawa dua botol air gas .
Pepsi dengan F&N Oren .
Siap beli ais dekat kantin engko .
Beli RM 1.00 . Punyalah satu beg plastik besar kitorang dapat .Yayalia bawak gula gula hantu satu beg plastik .
Dengan biskut Teddy satu beg plastik besar .
Gila engko . HAHAHA .Kami buat bulatan keliling makanan .
Semua tadah tangan , nak baca doa makan .
Tiba tiba ...."Eh , tak nak search google ke ?
"Buat apa ? Aku nak makan ni . Cepatlah . Lapar"
"Cari lah Doa Selamat ke ?"
"Kau Ayrah ... Doa makan tak cukup ke ?"
"Bukanlah . Kita mohon lah keselamatan kita ...."
"Allahumma Bariklana ...."Ayrah hanya buat muka sebelum turur membaca Doa Makan .
"Amin ...."
"Ya Allah , Kau kurniakanlah keselamatan kepada kami ...."Kami bersembilan yang dah ready nak agihkan pinggan kertas menadah tangan kembali .
"Peliharalah persahabatan , ukhuwah kami ..."
"Ayrah ..."
"Tempatkanlah kami di kalangan ....."
"Aminnnnn"
"Orang yang beriman ...""Ayrah . Nantilah . Aku dah lapar niiii"
"Aminnn"
"Akhirnya ..."
------
Pinggan kertas , cawan kertas dan garfu kami agihkan sama rata .Ayrah tak bawak sudu .
Tak ada katanya .
Haha . Garfu pun jadi lah ."Aku nak Spiral May"
"Weh , bak sini Lasagna tu"
"Bagi lah aku air weh . Nak tercekik aku ni haa"
"Sabar . Sabar"
"Nak ais tak ?"
"Ais mana ais ?"
"Bapak sedap Lasagna Nay "
"Kuew Tiao ni pun sedap"
"Kau masak sendiri kan Ayqah ?"
"Dah boleh kahwin dah ni"
"Spiral Mama May serius menjilat jari aku cakap"
"Hoi . Hoi"
"Apa ?"
"Aku nak Meatball tu . Bak lah"
"Kejap . Aku nak tambah lagi .
Meatball Eyman sumpah sedap"
"Dia buat 2 kali engko"
"Iya ?"
"Kau tak tengok WhatsApp group semalam apa ?"
"Apa ? Apa ?""Iqlimah ni memanglah ..."
"Kau terangkan .."
"Aku nak makan"
"Lantak kau lah wei"Dan kami hanya sambung makan sambil ketawa riang .
Ketawakan ke'blur'an Iqlimah sekali mungkin ?
YOU ARE READING
Our Sweet 16 & Our Swag 17
Teen FictionKisah kami . Kami yang bersebelas , megharungi segala liku hidup bergelar pelajar . Kami yang berjanji untuk bersama selamanya . Ini kisah kami yang belajar membesar BERSAMA . ~ Based On True Story ~ ~ Bukan Nama Sebenar ~