Enam

195 16 11
                                    

"Senyuman saya ni mahal" Puan Zainun membalas .

"Haa . Dengar tu ? " May memandang aku .

Eleh . Kau kata centu pasal kau pun sama . Dasar riak muka air batu .

"Cikgu suka masak kan ?" Ayrah yang duduk selang 1 meja dengan aku sedikit menjerit .

Puan Zainun mengangguk .

"Cikgu lebih kepada apa ? Kulinari ataupun bakeri" aku yang duduk dekat dengan cikgu mula membuka cerita .

Disebabkan majoriti kelas aku , pelajarnya semua perempuan maka cikgu sangatlah suka cakap pasal masakan . Bilangan pelajar perempuan dengan pelajar lelaki sangatlah ketara perbezaannya . Pelajar perempuan berjumlah 26 orang manakala pelajar lelaki hanyalah 7 orang .
Bak kata semua cikgu yang masuk kelas kami ...
LELAKI MAKIN PUPUS .

"Saya dua dua saya suka"
"Cikgu tahu buat kek ?"
"Tahu . Saya siap jual lagi"
"Iya ? Kitorang nak order boleh ke ?"
"Boleh . Tak ada masalah lah"
"Tak menyusahkan cikgu ke ?"
"Kek , apalah sangat . Saya dah biasa dah . Nak bila ?"
"Nak esok boleh ?"
"Boleh . Nak kek apa ? "

Dan kami mula berbincang sesama sendiri .

"Tiramisu nak ?"
"Okay lah"
"Red Velvet pun sedap"
"Aku tak pernah makan Red Velvet"
"Alah . Tiramisu lah"
"Aku tak kesah"
"Tiramisu ada cheese kan ?"
"Cream cheese aja"
"Okaylah tuh"

"Tiramisu , cikgu"
"Tiramisu ada dua , ada kek ada dessert"
"Dessert dia pakai biskut lady's finger kan ?"Ayrah bersuara .

"Iya . Dia rumit sikit"
"Cikgu ... cikgu"
"Dessert dia pun sedap"
"Harga dia ?"
"Cikgu ... cikgu"
"Kira mahal sikit sebab bahan dia mahal"
"Cikgu ... cikgu"

"Kau nak apa Ayrah ?" Hampir serentak aku , Nay , May , Ayrah , Iqlimah dan Syar menegur Ayrah .

Yana hanya ketawa .

"Taklah ... aku nak tanya tapi korang asyik bercerita . Buat tak tahu aja dekat aku . Aku ni dahlah selalu kena palau lepastu ......"

"Mula dah ..."
"Keluar dah ...."
"Aura mak cik dia ni kan ..."
"Aku dah agak dah "
"Tahu sangat dah apa dia nak cakap"
"Ayrah .... Ayrah"

Dan kami terus menyambung perbincangan dengan Puan Zainun tentang urusan perniagaan yang tadinya tertangguh kerana seorang mak cik .

Our Sweet 16 & Our Swag 17Where stories live. Discover now