Tiga Puluh Satu

85 9 0
                                    

"Dah . Semua duduk"
"Yana bawak sandwich"
"Nay pun bawak Apollo"
"Ayqah bawak gula gula"
"Blahlah . Makanan aku tertinggal"
"Tu lah kau . Hahhahaha"

Bekal aku goreng pagi pagi buta tu tertinggal . Bayangkan ? Aku kemain goreng hotdog 10 , fishball 10 , kentang lah bagai . Teringat Tahi , aku tambah 1 . LEPAS TU TERTINGGAL .
Aku patah balik nak ambil , adik aku dah blah pi sekolah . Dia pegang kunci . Kunci aku pegang asyik hilang .
AKU REDHA .

Kek kami bawak keluar . Aku menjadi tukang potong dan aku rasa tak ada siapa yang boleh lawan cara aku potong kek sampaikan Nay tegur ...

"Syafira mesti tak reti potong kek"
"Tu lah pasal . Hancur kek tu dia buat"

NAMPAK ? Aku tahu . Aku tahu .
Aku memang berbakat . Dah , diam .

Kami makan sama sama . Mal ?
Dia pi solat Zohor .
______________

Mal datang . Dia duk tepi tiang . Nampak sangat terpinggirnya .

"Mal . Tu makanan kau"
"Halal ke ni ?"
"Tak . Tak halal"
"Fira . Janganlah centu"
"Lahai . Acah aja . Ish . Semua backup dia . Bencinya"

Semua ahli makan sambil bergelak ketawa . Cuma suram tu ada datang bertandang . Kekok juga an first time Mal join . Tapi aku cuba juga menghidupkan suasana tu dan ia HIDUP .

Mal seorang lelaki , jadi dia agak tak selesa . Bukan tak selesa dengan kami tapi dengan mata orang lain yang memandang . Cikgu tu adalah juga an , dah nama sekolah .

Tu lah mentaliti masyarakat kita . Asal ada lelaki , dating . Lahai . Tak tengok kamus ? Tak pernah jumpa istilah kawan ? Persetankan . Janji kau tahu apa kau buat . Sudah .

Tiba masanya kami main game kegemaran aku dan semua iaitu Truth Or Dare . Botol Sea Master yang masih belum bersentuh tu aku gapai .

"Jangan pakai botol ada air . Nanti minum pening"
"Selama ni aku minum tak rasa apa pun"
"Entah"

Tapi akhirnya aku ambil botol lain . Dengarlah nasihat kawan an .

Kami berkumpul . Buat bulatan . Mal masih nun di hujung di sebelah tiang tapi dia tetap kena main .

Botol aku pusing ...
Berpusing ia berpusing dan berhenti ...
Aku tengok siapakah yang ditujunya . Dan manusia bertuah itu adalah ......

Tidak lain tidak bukan ...
Mayliessarah Binti Azrol .

"Mayy"
"Bangun . Menari Lion Heart dekat tengah ni"
"Janganlah weh"
"Tu maruah tu"
"Lahai . Dah tu ?"
"Tangkap gambar buruk"
"Buruk cemana ?"
"Nampak lubang hidung ke ?"
"Tak boleh . Lubang hidung aku besar"
"Siot ah"
"Dah tu ?"
"May"
"Apa ?"
"Pergi sana . Kata dekat budak tu an , 'Dik , kau hensem ah' "
"Budak tu eh ? Okay setel"

May bangun dan kami memerhati . Ada sekumpulan budak lelaki sesi petang dekat tangga . Lepas Solat Zohor .

"Dik ...." May merapati .

Our Sweet 16 & Our Swag 17Where stories live. Discover now