Guys . Maafkan aku kalau part korang tak banyak . Aku cuba sebaik mungkin . Dan kepada 'Syar' dan 'Ayrah' yang paling ambil perhatian tentang penampilan korang dalam setiap bab , aku rasa aku akan buat sepuluh bab tanpa korang lepas ni :P
"Cakap satu satu ler . Sorang cakap pasal kek , sorang cakap pasal buku . Apa kebendanya ?"
Ayrah bersuara . Mengeluarkan aura mak ciknya ."Ala kau Mak Cik Ayrah . Senyap ler" Nay ketawa mengekek .
Nur Nay Izzah Bt. Rahim . Satu satunya anak perempuan kepada pasangan Puan Zurina , seorang guru Matematik dan Encik Rahim , pegawai polis . Kami gelar dia Kambing , sebab dia ada crush dekat Lee Jin Peng yang dia sendiri gelar kambing . Aku tak tahu apa motifnya . Dia kurus yang sangatlah kurus . Berat 40 kg dengan tinggi 156cm . Cita cita dia , nak jadi penternak kambing . Iya , semuanya kerana Peng Peng . Maksud aku , Jin Peng .
"Nay ni memang nak kena dengan aku lah" Ayrah berdiri , sambil menyingsing lengan baju . Ala ala nak ajak bergusti .
Dan Nay hanyalah ketawa sambil menjawab "Tak apa . Kambing aku kan ada"
______________Masa Sejarah . Puan Nor Idayu sedang menjelaskan kembali konsep Reformation apabila aku mula merasakan mataku ini makin lama makin kuyu .
"Syaf" Syar menegur sambil tersengih .
Dan aku hanyalah mengangguk sebelum kembali tersengguk sengguk .Aku menjeling Nay yang nampaknya sedang sibuk melipat sesuatu .
"Kau buat apa ?"
"Buat sampan"
"Nak buat juga"Maka , tangan aku pun turut sama melipat dan rasa mengantuk tadi tiba tiba hilang . Ke laut agaknya . Yalah , sebab aku dah buat sampan kan ?
Okay . Aku merepek .
"Buat 10 nak ?" aku cuit bahu Nay .
"Boleh . EXOSPIRIT kan 10 orang"
____________10 kapal mini berwarna warni telah siap akhirnya .
"Apa benda tu weh ?"
"Lawanya . Nak hias"
"Macam tak ada kerja minah berdua ni"
"Bapaklah rajinnya korang"Dan mereka yang menegur mula mengambil kapal masing masing untuk dihias .
"Nay . Aku hias kau punya"
"Buatlah . Aku tak kesah"Tangan aku ligat menulis .
'Pelayaran Cinta Menuju Bahagia NAY & KAMBING '
HAHA . Mesti Nay suka punya .
____________Kapal kapal yang dah dihias dengan penuh perasaan aku kumpulkan . Ada macam macam versi .
'Bakal Pengantin : Kyungsoo dan May'
'Woohyunira'
'Syaf <3 Xiumin'
'Yayalia dan Suami Tercinta , Hoya'
'Si Dungu Kuasa Tiga'
'Ayrah dan bakal jodohnya'
'Yana Yang Suci Murni'Dan kapal kapal lain yang aku malas dah nak sebut apakah yang ditulisnya . Kalau ikutkan , panjang berjela lagi sebenarnya .
Kapal kapal mini itu kami susun di tingkap kelas , betul betul belakang meja kami berlapan .
Berlapan ? Ini kerana dua lagi ahli menetap di tempat lain .
Itupun , kami dah ditegur kerana menggabungkan meja yang sepatutnya berempat menjadi berlapan .Haha . Lantak kamilah .
Aku keluarkan handphone yang aku berjaya seludup tanpa pengetahuan orang lain kecuali ahli rasmi EXOSPIRIT . Oh Ya . Adik aku tahu juga sebenarnya .
Aku ambil dua tiga keping gambar kapal kapal mini tadi .
'Buat kenangan'
Aku tersenyum sendiri.
YOU ARE READING
Our Sweet 16 & Our Swag 17
Ficțiune adolescențiKisah kami . Kami yang bersebelas , megharungi segala liku hidup bergelar pelajar . Kami yang berjanji untuk bersama selamanya . Ini kisah kami yang belajar membesar BERSAMA . ~ Based On True Story ~ ~ Bukan Nama Sebenar ~