Dua Belas

117 11 6
                                    

Sedang kami ketawa dan bergembira , aku ternampak kelibat Ustaz Abdul Aziz .

"Weh . Ustaz lah"
"A'ah . Panggil lah ustaz . Ajak join sekali"
"Tu lah . Jom panggil ustaz"
"Ustaz ! Ustaz ! Ustaz Aziz"

Ustaz Abdul Aziz menoleh seraya tersenyum ke arah kami bersepuluh .
Kami mengisyaratkan dengan tangan , meminta ustaz datang ke arah kami .

Ustaz Abdul Aziz . Guru Pendidikan Islam kami yang juga mengajar aku sejak tahun lepas . Dulu aku tak suka ustaz .
Yayalia pun sama . Dan beberapa orang murid lagi . Sebabnya ramai kata ustaz tu gatal lah bagai . Aku pun rasa macam tu sebabnya ustaz suka melayan murid perempuan lepas tu kadang kalau bercakap jaraknya agak dekat .

Tapi aku salah . Yayalia salah . Semua orang yang fikir ustaz gatal salah . Ustaz Aziz bila dah kenal rapat , kita akan faham cara dia . Dia memang jenis suka bercerita , rajin melayan karenah murid perempuan . Kadang tu ada aja yang minta duit dekat ustaz . Ustaz kadang bagi , kadang tidak . Hahaha .

Dia baik dengan murid perempuan sebab bagi dia kami ni macam anak dia . Ustaz selalu bercerita pasal banyak benda dekat kami . Pengalaman hidup dia yang hampir 50 tahun . Anak anak ustaz semuanya dah besar panjang . Aku tak kenal tapi aku tahu .

Rasa serba salah sebab pernah berfikiran negatif dekat ustaz . Aku ada minta maaf masa Hari Guru tapi tu lah ... Aku tak sebut salah aku apa . GILA KAU AKU NAK CAKAP ! Tapi itu semua dulu . Haraplah ustaz dah lama maafkan aku dan yang lain lain semua tu .

"Buat apa ni ?"
"Makan makan ustaz"
"Lah . Iya ?"
"Yayalia , bagi ustaz air"
"Weh . Bak sini cawan"
"Nah , ambil ni"
"Ustaz tak nak join makan sekali ke ?"
"Eh . Takdo aih . Saya dah kenyang dah ni"
"Ala , sikit aja ustaz"
"Eh . Terima Kasihlah . Tapi betul ni ustaz dah kenyang"
"Tak apalah kalau macam tu"
"Ustaz . Nah , minum air"
"Jangan susah susah . Kamu makan ajalah"
"Ala . Takat air aja ustaz"
"Terima Kasihlah . Ni tak boleh minum selalu ni . Kencing manis nanti"

Kami ketawa .

"Sekali sekala ustaz"
"Iyalah" Ustaz sengih .
"Ustaz . Ustaz nak pi Haji kan ?"
"Iyalah . Bulan Ogos ni"
"Nanti kan kalau ustaz pergi sana ..."
"Ustaz doakan saya taw"
"Haa . Itulah aku nak cakap tadi"
"Ustaz doalah , minta saya jumpa jodoh yang baik"
"Sakailah Syaf ni ..."
"Apa ? Itu perlu okay ?"
"Mintalah benda lain dulu . Bongok lah"
"Saya pun ustaz"
"Ni lagi seekor ni ..."
"Kan aku dah cakap ... itu perlu"

So , itu sahaja untuk hari ini .
Terima Kasih kepada yang membaca , vote dan komen .
Aku minta maaf untuk update yang sedikit dan tak tentu . Maklumlah . Nama pun masih bersekolah . Harapnya tak adalah yang bosan , menyampah atau segala apa rasa yang negatif di dalam hati . Teruskan membaca semua . Sekian ~

Our Sweet 16 & Our Swag 17Where stories live. Discover now