" Sampai bila kau nak lari. Penatlah aku nak menjawab mak dengan bapak aku. Hari-hari call tanya bila nak balik..."rungut Qaseh. Safiah beriak selamba. Bukan sekali dua topik ini timbul tapi berkali-kali.
" Sampai aku rasa dah penat nak lari... Sampai aku rasa aku dah boleh maafkan Tan Sri Maaruf tu..."jawapan yang sama diberikan oleh Safiah setiap kali persoalan itu timbul. Qaseh menggelengkan kepala tak puas hati.
Sudah setahun lebih Qaseh hidup berasingan dengan ibu bapanya. Gara-gara mengikut Safiah yang mahu keluar dari Villa Cahaya. Selepas kematian ibunya Safiah enggan lagi tinggal di Villa Cahaya walaupun dilarang oleh Tan Sri Maaruf. Dia sendiri kurang faham apa sebenarnya masalah Safiah dengan Tan Sri Maaruf.
Qaseh mengikut Safiah kerana risau akan sahabatnya. Dari kecil mereka bersama tak pernah berpisah. Ibu Safiah dan ibu bapanya merupakan pekerja di Villa Cahaya. Mereka membesar bersama di asrama pekerja Villa Cahaya. Tan Sri Maaruf dan Puan Sri Syakira mengaaggap mereka seperti anak sendiri.
" Boleh tak kau jangan tanya lagi pasal benda ni. Aku bosan tau tak. Aku nak tenangkan fikiran pun susah..." Safiah mengambil minuman yang dipesannya. Dia faham akan kerisauan sahabatnya namun hatinya juga perlu dia jaga.
" Nanti aku call Mak Nab... Aku janji..." Safiah memberi jaminan. Dia membesar depan mata Mak Nab dah tentu Mak Nab risau jika dia diam membisu. Tambahan pula pesanan aka wasiat ibunya agar Mak Nab dan Pak Akob sentiasa meniaga dirinya.
" Jangan lupa call Pak Akob sekali. Anak sendiri dia tak tanya khabar kau jugak yang dia risaukan.." Qaseh sinis. Safiah senyum. Kelakar pulak rasanya bila Qaseh memanggil nama bapa sendiri sebagai Pak Akob.
" Pak Akob sayang aku lebih kot... Kau tu nakal sangat sebab tu dia kurang sayang... Tak macam aku ni baik je... Spesis anak mithalilah katakan...."
Pantas sahaja tangan Qaseh memukul bahu Safiah. Suka sangat bergurau di saat macam ni. Dia tahu sayang ibu bapanya terhadap dia dan Safiah sama sahaja. Safiah saja kadang-kadang suka menyakitkan hatinya.
" Jom tengok wayang... Aku belanja... Tapi kita minum dulu kat taman sana sambil cuci mata..." Safiah menunjuk ke arah taman.
Hari minggu nan indah. Hari dia merehatkan minda dari kerja yang menimbun di pejabat. Berjalan-jalan di KLCC sambil minum ice chocolate kegemarannya. Rutin mingguannya jika ada masa lapang.
Qaseh mencebik. Cuci matalah sangat. Bukan dia tak tau yang Safiah suka-suka nak skodeng mamat hensem dan sado. Boleh pula bagi markah kehenseman dan kesadoan setiap lelaki yang mereka jumpa.
Bukk!!
Safiah terasa bahunya dilanggar seseorang. Dia menoleh. Seorang perempuan yang entah dari mana datangnya berlari dan melanggarnya. Nasib baik minumannya tak tumpah.
" Hoi pompuan.."
Bukk!!
Sekali lagi dia dilanggar seseorang. Kali ini seorang lelaki pula. Imbangan badanya jadi stabil. Hampir sahaja dia jatuh menyembah bumi. Terasa ada tangan memaut pinggangnya dari jatuh. Safiah terkesima melihat sepasang Mata biru yang memandangnya. Sempat dia berpaut pada lengan berotot lelaki itu.
" Auww... Sejuknya.." Safiah tak sedar air minumannya sudah habis tumpah. Kasut kanvas berjenama pallas yang di pakainya basah lencun. Terasa sejuk kakinya.
" Maaf ye..." Hanya kata maaf sahaja terlontar. Lelaki itu terus berlari Laju mengejar entah siapa." Hensem jugak mamat tu. Kalau aku bagi markah lapan bintang."
Qaseh memandang Safiah yang sedari tadi pegun. Memang kalau lihat mamat hensem selalu saja Safiah terkesima sekejap. Konon je perangai macam tomboy.
" Muka memang stok menantu idaman Malaya tapi perangai tu kureng sikit... Maaf je. Gantilah air aku balik." Safiah mengomel sendiri. Mengutip cawan kertas yang sudah kosong. Lebur duit dia hari ni.
" Entah-entah pompuan tadi awek dia. Tu yang sibuk main lari-lari kat KLCC ni. Macam drama Hindustan pulak... " Qaseh membuat andaian sendiri.
Safiah jungkit bahu. Mungkin juga. Perempuan zaman sekarang manja sangat. Sikit-sikit nak merajuk. Merajuk main lari-lari langgar orang. Pergilah lari-lari masuk marathon ke. Baru thrill.
" Nasib baik mamat tu hensem tahap sepuluh bintang. Kalau tak memang aku kejar mamat dgn minah tu. Aku ketuk kepala diorang..." Safiah geram.
" Dah agak dah... Patutlah ko baik semacam je... Dah pandai gatal." Qaseh sengih. Dia kenal sangat Safiah aka Safi tu. Pantangnya kalau ada sesiapa yang menyakitkan hati dia. Pasti sebijik penumbuk akan singgah.
" Kaki aku dah beku weh... Jom balik. Kansel tengok wayang hari ni..."
Safiah berjalan tanpa menoleh ke belakang meninggalkan Qaseh yang terpinga-pinga. Gilalah Safiah ni. Baru dia berangan-angan nak tengok muka hensem Adi Putra.
YOU ARE READING
KU INGIN CINTAMU
RomanceSafiah keluar dari rumah untuk lari dari masalah. Dia mahukan ketenangan. namun pertemuan dengan Arman menimbulkan cemburu Liyana hingga di fintah dan diaibkan. sekali lagi safiah lari.... kehilangan Safiah membuatkan Arman sedar yang dia inginkan c...