KU INGIN CINTAMU 2

691 14 0
                                    

" Ni kenapa ni. Aku belanja makan pun nak monyok jugak. Tak nak makan aku habiskan."
Safiah geram. Makanannya sudah lama habis. Qaseh tunduk membisu. Entah kenapa selera makannya terbantut hari ini. Rasa rindu pada ibu dah ayahnya tak terbendung.

" Hari ni kan birthday mak aku... Aku rindu dia..." Airmatanya gugur setitik demi setitik. 

" Kalau rindu baliklah jumpa dia. Kenapa lepak sini lagi." Safiah tenang. Dalam hati tuhan saja yang tahu rindunya dia pada ibu angkatnya itu.

Kalau tak kerana marah dan ego memang dia mahu balik dan membelikan hadiah yang mahal buat ibu angkatnya. Jadilah dia anak angkat derhaka yang lupa ada ibu angkatnya. Ini semua gara-gara Tan Sri Maarof yang sangat di bencinya.

" Qaseh...aku tak pernah mintak kau putuskan hubungan kau dengan mak bapak kau. Dah setahun kau ikut aku dah tentu diorang rindu. Kau baliklah tapi jangan bukak mulut pasal aku. Aku tau Tan Sri Maaruf mesti tanya macam-macam nanti. Tolong jangan bagitau apa-apa pasal aku..." Rayu Safiah. Qaseh tak tau hal sebenar. Tak wajar dia membebankan Qaseh dengan masalahnya.

" Itulah masalahnya kenapa aku tak nak balik. Kau tau kan Tan Sri Maaruf baik sangat dah macam bapak aku sendiri. Aku takut aku terlepas cakap. Tapi aku rindu mak aku..." Qaseh menyeka air matanya.

" Hari ni kan hari khamis. Biasanya Mak Nab kan pergi ngaji kat rumah Datin Aina. Kita jumpa Mak Nab dengan Pak Akob lepas habis ngaji. Kita bawak hadiah sekali..." Idea bernas dari Safiah membuatkan Qaseh tersenyum. Kenapalah dia tak terfikir akan rancangan ni sejak setahun dulu. Tak adalah dia rindu dendam pada keluarganya.

" Dah Jangan nangis. Habiskan makanan tu. Kalau tak nak biar aku makan bagi pihak kau..." Safiah sengeh. Dia membetulkan topinya yang sedikit senget. Topi berwarna merah tak pernah tanggal dari kepalanya.

" Makan,makan,makan... Kalau bab makan no 1. Tapi badan tak naik jugak. Cikeding jugak.... " Qaseh mula menyuap makanannya. Kalau dibiarkan lama lagi pasti licin dikerjakan Safiah. 

" Mamat hensem sepuluh bintang. Kat kedai depan sana. Dia ni betul-betul hensem. Lebih hensem dari Adi Putra jejaka idaman hati kau tu..." Safiah menopang safi sambil matanya tak lepas memandang ke depan. 

Qaseh menoleh. Betul kata Safiah mamat tu memang hensem tapi bukan citarasa dia. Dia tak suka mamat cantik berkulit putih dah cerah macam perempuan. Dia suka lelaki melayu seli berkulit sawo matang macam Adi Putra. Lainlah dengan Safiah memang peminat tegar bintang Hong Kong dan yang terbaru bintang K-Pop. 

" Tak payah tenung lebih-lebih. Aku punya tu. Kau dah ada Adi Putra. Jangan kacau line aku..." Safiah menarik muka Qaseh memandangnya. Tak mahu Qaseh terus melihat mamat hensem sepuluh bintangnya. Takut nanti wajah Adi Putra hilang di mata. Dia pulak gigit jari.

" Hish... Kau ni. Aku tak minat la lelaki cantik macam dia. Aku suka lelaki maskulin.." Qaseh menepis tangan Safiah. Memang gila kawannya sekarang. Asyik dengan mamat sepuluh bintangnya. 

" Aku rasa macam nak ngorat je mamat ni. Muka hensem nampak bersih berseri-seri. Mesti lelaki baik-baik. Spesis lelaki rare di Malaysia.." Mata Safiah masih lagi melekat pada mamat sepuluh bintangnya. Lelaki itu memang segak walaupun hanya memakai t-shirt dan seluar jeans. Lelaki itu sedang membeli akhbar di kedai runcit bertentangan dengan restoren tempat mereka makan.

" Nampak je lelaki hensem terus jadi spesis rare. Lelaki baik-baik. Kita bukannya kenal dia pun. Ntah-ntah orang jahat ke..." Tempelak Qaseh. Safiah masam. Tak baik betul Qaseh ni.

" Jom kita balik. Aku nak cari hadiah tuk mak aku. Malam ni jadi kan nak terjah Mak Nab dengan Pak Akob" Qaseh meninggalkan Safiah yang masih lagi melayan matanya yang gatal dan merenyam.

" Tunggulah kejap... Nak cuci mata pun tak boleh..." Entah apa yang Safiah omelkan. Dia menuju ke kaunter untuk membayar harga makanan.

" Lelaki baik-baik kau cakap. Tengok tu makwe dia pakai pun tak cukup kain. Dah macam orang zaman batu. Tutup tang tu je... Tapi macam kenal pulak budak perempuan tu. Celebriti ke..." Qaseh berdiri di hadapan kedai makan sambil matanya memerhatikan spesis lelaki rare pujaan Safiah. Cuba mencari balik memori lama berkenaan wanita di sebelah mamat sepuluh bintang pujaan Safiah.

" Entah-entah adik dia kot. Janganlah cepat buat kesimpulan..." Bela Safiah. Tak mungkinlah pakwe hensem sepuluh bintangnya macam tu.

" Kalau ya pun adik takkan dia nak biar adiknya macam tu. Jadilah dia seorang khalifah yang gagal. Gagal membimbing adik sendiri ke jalan Allah...."

" Nak jadi ustazah pulak..." Sindir Safiah. Sakit juga hatinya melihat gelagat sepasang makhluk yang sedang asyik masyhuk bercinta. Mamat hensem sepuluh bintangnya sedang berdiri di hadapan kedai kek. Sedang meninjau contoh kek yang dipamerkan di cermin depan.

" Dah tengok-tengok tak nak beli pulak..."

" Sudahlah...biarkan diorang. Ustazah pun hilang pahala kalau duk kutuk-kutuk orang...." Safiah segera menarik tangan Qaseh. Banyak pulak dosa Safiah nanti. Taulah bukan pujaan hati dia tapi janganlah kutuk banyak sangat. Sakit hati. Sepuluh bintang boleh turun jadi 3 bintang. Ini semua Qaseh punya pasal.

KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now