KU INGIN CINTAMU 24

514 17 2
                                    

"Tadi suami adik datang pejabat abang." Syafiq buka mulut semasa duduk berehat selepas makan malam. Sudah enam bulan Safiah berpindah masuk ke villa namun tak pernah sekalipun dia mahu bercerita tentang 'suami'. Syafiq malas bertanya namun bila terjumpa Arman tadi dia patut tahu semuanya.

"Bila masa pulak orang kahwin dengan dia." Safiah menafikan. Dia sedar sudah terlalu lama dia membiarkan perkara ini bermain di fikiran Syafiq. Dia sepatutnya menerangkan semua ini dari awal lagi.

"Bukan sekali tapi tiga kali tau dia mengaku suami... Tiga kali ke? Abang pun lupa. Takkan tak ada apa-apa kalau sampai tiga kali. Silap-silap dia dah jatuh cinta dengan adik. "

Safiah malas nak melayan syafiq.  Masuk bilik layan cerita korea lagi bagus. Fikir pasal Arman buat dia benci dan geram. Safiah belum boleh melupakan kata-kata Arman enam bulan lalu. Dia bangun meninggalkan Syafiq.

"Kalau dia jadi suami betul adik pun ok jugak kan. Adik pun ada hati kat dia.  Betul tak?"

Langkah Safiah terhenti. Bila masa pulak dia ada hati kat hantu tu. Syafiq mengekek ketawa. Dia tahu isi hati Safiah. Safiah ambil bantal kecil dan baling ke arah Syafiq. Susah payah dia pujuk hati lupakan Arman. Sekarang dia dah teringat kat mamat tu.

"Marah tandanya suka.  Betullah adik suka kat dia..."

Safiah tutup telinga dengan tangan. Tak nak dengar usikan Syafiq lagi. Qaseh yang baru muncul dari dapur dia tak perdulikan. Suami isteri tu kalau menyakat memang nombor satu. Qaseh pelik tengok Safiah. Apa lagi tingkah Syafiq kali ni.

"Bie usik dia lagi."

"Dia bukan Safi yang bie kenal sebelum ni. Bie nak dia gembira dan ceria macam dulu."

Qaseh duduk di sebelah suaminya.  Dia pun perasan Safiah agak pendiam sejak mereka pulang ke sini. Mungkin Safiah masih lagi belum dapat melupakan Arman.

"Sayang rasa dia serius ke dengan Arman tu?"

Qaseh diam. Safiah tak pernah ada hubungan dengan Arman. Tapi Qaseh tahu Safiah memang ada hati pada Arman.  Mamat bintang-bintang kata Safiah.

"Mamat tu dah bertunang. Kalau Safi suka pun mesti dia pendam." Qaseh mengeluh. Safiah agak tertutup bila membicarakan soal hati.

"Sayang kata tunang Arman tu Liyana tapi Liyana kan dah nikah dengan orang lain. Ini peluang Safi nak kejar cinta dia."

"Tapi bie kita tak tau apa yang terjadi malam tu. Ada apa-apa ke antara mereka agaknya."

Di dalam bilik Safiah cuba untuk lelapkan mata.  Tapi bayangan Arman siang tadi buat otaknya berfikir. Arman nampak segak dengan pakaian pejabat.

Arman rindukan dia. Malah Arman mengenalnya. Dia tergamam bila melihat Arman tadi.  Rasa resah gelisah selama  enam bulan sudah lenyap. Apakah betul hatinya sudah terpaut pada Arman.

Tapi dia masih terluka  dengan kata-kata Arman dulu. Dia tak layak jadi isteri Arman. Dan Arman menuduh dia gilakan harta. Sedangkan dia sendiri banyak harta selaku  anak Tan Sri Maaruf.

Kenapa rasa rindu, suka dan benci semuanya bercampur. Dia rindukan Arman tapi dia juga benci Arman.  Kan bagus kalau dia boleh membenci je.  Tak perlulah hati dia sakit seperti sekarang.

"Aku benci Arman! Aku benci Arman!" Safiah ajar hatinya untuk bencikan Arman.

"Aku rindukan dia... " bisik Safiah perlahan.

Bencinya dia pada rasa hatinya sendiri. Bencinya dia pada Arman. Kenapa Arman buat dia macam ni.

"Arghh! " Safiah tumbuk bantal  sekuat hatinya.

KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now