" Kita pernah jumpa ke sebelum ni. Rasanya macam pernah nampak muka awak ni..." Arman memulakan bicara.
" KLCC... Encik Arman langgar saya. Habis tumpah air saya..." Safiah senyum. Sekali sekala dia menjeling cermin. Tak sangka mamat hensem sepuluh bintang ada didepan matanya. Mujur juga Arman memulakan bicara. Suasana agak kekok dirasakan selepas dia menghantar Datin Khyra ke pejabat.
" Owh yang tu awak ke... Maaflah. Nanti saya ganti air awak tu. Waktu tu Liyana merajuk jadi saya kejar dia tuk pujuk. Saya betul-betul mintak maaf..." Lembut saja suara yang keluar dari Arman.
Ibarat suara Edward semasa mula-mula bercakap dengan Bella. Lembut dan menusuk kalbu. Romantik dalam bahasa orang bercinta. Safiah dibuai perasaan. Siapa kata mamat sepuluh bintangnya hanya gah pada rupa. Setelah dia kenal Arman memang wajar sepuluh bintang malah bertambah bintang bila Arman menawarkan bantuan di dapur. Sekarang Arman akan temankan dia shopping barang dapur. Spesis super rare.
"Takpelah Encik Arman. Air aje pun tak payah nak ganti. Cik Liyana bukan sengaja nak langgar saya..." Safiah gigit bibir sendiri. Susahnya nak cakap lemah lembut. Kena jadi perempuan yang super berhemah di hadapan Encik Arman. Kalau tidak nanti jatuh sahamnya. Bukan nak ngorat pun cuma sekadar tak mahu memalukan diri dengan perangai gila-gilanya.
"Nanti ada masa kita pergi KLCC. saya nak jugak ganti air awak tu. Saya dah buat salah mestilah kena hukuman kan. Saya harap awak tak tolak..." Arman bertegas untuk menggantikan air Safiah yang tumpah. Safiah mengangguk setuju. Minum kopi dengan Encik Arman pasti membuatkan Qaseh cemburu.
" Dah lama ke bertunang dengan Cik Liyana. Kenapa dia tak beritahu status dia..." Tanya Safiah. Tak tahu pulak retis yang hot tu tunang anak boss dia. Patutlah macam kenal je perempuan yang dengan mamat sepuluh bintang tu. Sangat mengecewakan. Baru berangan-angan nak jadi awek kepada jejaka spesis super rare ni.
"Lama jugak dalam lima tahun. Kami bertunang sebelum saya ke luar Negara lagi. Ikut perancangan asal lepas setahun bertunang kami akan nikah. Dia akan ikut saya ke luar negara....tapi entahlah." Seakan ada sesuatu yang Arman sembunyikan. Tapi Safiah tak ambil pusing. Biarlah Arman dengan masalahnya tak perlu dia campur.
"Kita nak kemana ni... Nak beli barang kat mana..." Soal Arman. Dah lama dia di luar negara jadi kat mana letaknya pasar dia dah lupa.
"Kita pergi giant je dekat dengan rumah. Dah pukul sepuluh ni giant pun dah bukak. Saya kena siap masak sebelum pukul satu." Safiah meneruskan pemanduan. Sudahlah hati berbunga-bunga, senyuman pun jadi murah hari ini. Pertama kali dalam hidupnya dia rasa memandu sangat menyeronokkan.
Sampai di Giant Safiah segera parking kereta. Dia kerling jam di tangan jam 10:10 minit. Oleh kerana Lauk yg diminta oleh Dato Agak leceh untuk di masak maka dia kena masak seawal mungkin. Safiah terlihat sebuah BMW berwarna silver tak jauh dari pintu masuk. Dia kenal kereta itu. Safiah buat tak tahu. Dia terus menolak troli sepantas mungkin. Sampaikan Arman kehilangan dia buat seketika."Penat saya cari awak. Tiba-tiba je hilang tadi.
"Maaf ye. Saya sakit perut tadi sebab tu tiba-tiba pecut laju macam kereta lumba." Alasan yang paling bijak Safiah rasakan walaupun tak masuk akal. Dia segera masuk ke dalam ruangan ikan dan sayur.
Safiah berjalan terlalu laju hingga terlanggar bahu seseorang. Hampir dia terjatuh. Mujur juga insan yang dilanggarnya cepat menangkap tubuhnya. Safiah mendongak untuk mengucapkan terima kasih. Dia terkejut melihat insan yang berdiri di hadapannya.
"Safiah awak okey ke." Arman mendapatkan Safiah. Dia menarik Safiah dari pelukan pemuda yang baru dilanggarnya. Safiah dan pemuda itu sama-sama berdiam diri. Arman agak kekok berdiri di tengah-tengah.
"Terima kasih encik sebab tolong isteri saya." Arman menarik Safiah pergi. Entah apa yang terjadi Arman kurang pasti. Mungkin Safiah kenal pemuda itu. Kalau kenal kenapa mereka kelihatan agak janggal antara satu sama lain.
"Okey time to shopping. Encik Arman lepak sini kejap ye." Safiah seakan tersedar dari lamunan.
Sebenarnya dia agak terkejut mendengar Arman mengakui dia isterinya. Dia dalam kebingungan sekejap. Tapi sekarang dia di alam realiti. Dia meninggalkan Arman yang kebingungan seorang diri. Nak tak nak Arman terpaksa menunggu Safiah. Arman dapat rasakan yang Safiah mula berlainan sikap selepas berlanggar dengan pemuda tadi.
Selepas sentengah jam Safiah menolak troli keluar dari kawasan pasaraya. Musah sudah angan-angannya untuk beramah mesra dengan anak boss yang hensem no. Ini semua gara-gara lelaki tadi. Memang menyusahkan betul. Takkan lelaki tadi sudi mencemar duli menjejakkan kaku ke pasaraya macam ni. Entahlah macam-macam hal boleh berlaku dalam masa setahun ni.
Nampaknya sesi ramah mesra terpaksa dilakukan di dapur nanti. Safiah sengih.
YOU ARE READING
KU INGIN CINTAMU
RomanceSafiah keluar dari rumah untuk lari dari masalah. Dia mahukan ketenangan. namun pertemuan dengan Arman menimbulkan cemburu Liyana hingga di fintah dan diaibkan. sekali lagi safiah lari.... kehilangan Safiah membuatkan Arman sedar yang dia inginkan c...