KU INGIN CINTAMU 22

473 17 0
                                    

Safiah berdiri di muka pintu. Melihat susuk tubuh yang terbaring di atas katil dia dihujani rasa bersalah. Air mata menitis perlahan. Kenapa dia ego sangat enggan memaafkan ayahnya sendiri. Tan Sri Maaruf yang dulu segak dan berkarisma sudah berubah. Kurus dan cengkung kerana penyakitnya.

"Safi...jom." Syafiq menarik tangan Safiah. Dia faham kalau Safiah terkejut.

"Safiah... Ya Allah. Ibu rindukan Safi. Kenapa Safi lari..." Puan Sri Syakilla memeluk Safiah diiringi linangan air mata. Safiah terkaku. Dia rindukan ibunya.

"Ibu..." Safiah tatap wajah Puan Sri Syakilla. Dia membalas pelukan Puan Sri Syakilla. Rupanya selama ini hanya dia seorang tak tahu status dia sebagai anak Tan Sri Maaruf. Patutlah sejak kecil lagi dia di ajar untuk panggil ibu.

"Jangan lari lagi... kami semua keluarga Safia. Ibu sayang Safi..."

Safiah angguk. Dia tak akan lari ke mana-mana lagi. Dia penat untuk terus lari. Walau sejauh mana dia lari darah dalam tubuhnya tetap sama. Dia tetap anak perempuan Tan Sri Maaruf. Dia ada pertalian dengan tokoh korporat terkenal itu. Dan juga salah seorang waris Tan Sri Maaruf.

"Kita tengok ayah. Ayah dah rindukan Safiah sangat-sangat tu." Puan Sri Syakilla mengiringi Safiah untuk mendekat ke katil. Tan Sri Maaruf sudah lama terjaga. Dia teruja untuk berjumpa anak perempuannya.

"Ayah... Safi mintak maaf. Safi mintak ampun sebab lawan cakap ayah." Safiah mengucup tangan ayahnya. Sesuatu yang dia teringin nak buat sejak kecil. Safiah begitu hiba. akhirnya Allah mengurniakan seorang ayah untuk dia tapi dia malah lari dan enggan menerima hakikat.

"Ayah yang patut minta maaf kat Safi. Ayah dah nafikan hak Safi sejak kecil lagi. Tapi ayah terpaksa sebab ayah tak nak anak ayah jauh dari ayah." Tan Sri Maaruf gagahkan diri untuk mengangkat tangannya. Dia mengusap ubun-ubun kepala Safiah.

"Safi dah maafkan semua kesalahan ayah dan juga kesalahan mak. Safi faham kalau mak sayang ayah. Mak tak nak ayah berdepan dengan skandal. Semuanya sudah tertulis. Safi yang tak dapat terima hakikat."

"Ayah pun maafkan Safi. Sekarang Safi jangan pergi mana-mana. Jangan tinggalkan ayah lagi..." Rayu Tan Sri Maaruf. 

"Safi janji ayah. Safi akan terus di sini. Safi tak akan lari dari keluarga Safi lagi." Safiah terasa lega. semua beban masalah dia sudah hilang. Dia berasa tenang. 

"Alhamdulillah lepas ni ayah boleh pergi dengan tenang. Tapi sebelum tu ayah nak tengok anak ayah naik pelamin..."

Pelamin? Safi angkat muka. Takkan dia kot. Calon pun tak ada lagi. Dia pandang ayahnya. Takkan baru kembali nak kena kahwin paksa kot. Tan Sri Maaruf senyum. Dia tahu kalau Safiah masih solo.

"Bukan Safi... Syafiq tu. Kesian dia tak tentu arah Safi bawak lari buah hati dia. Safi tak perasan ke Syafiq dah susut badan dia." Puan Sri Syakilla perasan perubahan Safiah sebaik sahaja soal pelamin timbul.

Qaseh yang berdiri di sebelah Syafiq tunduk malu. Rupanya selama ini dia tak bertepuk sebelah tangan. Dia yang salah sangka perhubungan antara Safiah dengan Syafiq. Rupa-rupanya Safiah dan Syafiq adik beradik. 

"Qaseh pun jangan cuba nak lari lagi. Kali ni abang akan rantai kaki Qasen biar tak dapat lari...." usik Syafiq. Dia gembira hari ini. Safiah dan ayah sudah berbaik. Qaseh pula bakal jadi isterinya yang sah. Kedua-dua perempuan yang penting dalam hidupnya telah kembali. 



"Anggap je Arman tak ada jodoh dengan Liyana. Papa nak Arman cari Safiah dan nikah dengan dia." Dato' Zahari duduk di sebelah Arman. Sudah seminggu Arman duduk termenung. Liyana telah memutuskan pertunangan mereka.

"Arman tak faham kenapa langsung tak ada rasa sedih putus tunang dengan Liyana. Arman rindukan Safiah. Arman salah sebab kata macam-macam kat dia. Arman sedar kami berdua di perangkap." kenyataan mengejutkan dari Arman.

"Sampai sekarang kita tak tau siapa punya angkara semua ni. Mungkin orang yang kita kenal tapi bukan Safiah. Dia pun terkejut sangat malam tu."

Arman rasa menyesal kerana bersungguh-sungguh menuduh Safiah. Dia terlalu terkejut malam tu. Dia terbaring tanpa seurat benang di sebelah perempuan yang jugak tanpa seurat benang. Dia pun tak pasti sama ada dia dengan Safiah sudah terlanjur atau tidak. 

"Man dah cari Safiah tapi dia tak ada. Dia pun dah pindah rumah. Man cuba telefon dan whatapps dia tapi tak berjawab." Setiap hari dia menghantar pesanan whatapps kepada Safiah tapi tak ada tanda-tanda di baca. 

"Kami tak kisah siapa pun pilihan Arman. Safiah pun baik budaknya walaupun nakal sedikit."

Arman senyum. Safiah nakal sedikit ke. Tak siapa tahu dia setiap hari bergaduh dengan Safiah. Gadis comel yang ganas dan mengaku gangster.  siapa sangka tiap-tiap hari bergaduh boleh timbul rasa sayang. Rasa ingin melindungi sampai sanggup mengaku jadi suami. 

"Man janji akan cari dia..."

KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now