KU INGIN CINTAMU 23

550 25 6
                                    

Enam bulan sudah berlalu sejak insiden Arman 'tertangkap berdua' dengan Safiah. Liyana sudah sah jadi isteri kerabat Brunei. Ikatan pertunangan yang mereka bina musnah sebelum menjejak ke jinjang pelamin. Entah kenapa bagi Arman dia tak ralat jika Liyana berkahwin dengan sesiapapun. Dia lebih memikirkan di mana hendak mencari Safiah.

'Bumm'

Dek kerana asyik memikirkan Safiah Arman tak perasan lampu hijau bertukar merah. Keretanya telah melanggar sebuah kereta lain di hadapan. Arman keluar dari kereta. Dia tak risaukan keretanya. Dia lebih risaukan kereta yang dia langgar. Kalau setakat kemik sahaja tak jadi masalah. Risau terjadi apa-apa pada pemandu kereta tersebut.

"Mata saudara letak kat lutut ke sampai tak nampak lampu hijau tu dah tukar merah. atau saudara lupa nak pakai cermin mata pagi ni." Lantang sahaja suara halus itu memarahi Arman. Arman yang sedang melihat kerosakan menoleh.

Matanya kurang kenal gadis bertudung merah jambu di hadapan matanya. Namun suara halus dan garang gadis itu seakan penawar di telinganya. Gadis itu terus senyap bila melihat Arman. Mulutnya yang becok seakan mahu berkata-kata sesuatu tapi tak terkeluar.

"Safiah." Arman bersuara. Dia yakin sangat gadis itu Safiah.

"Nama saya Nur Najah... saya tak kenal siapa Safiah." Gadis itu bertukar rentak.

"Saya yakin awak Safiah... cantik jugak awak ni pakai tudung." atas keyakinan yang tinggi menggunung Arman cuba menyentuh bahu gadis itu.

"Maaf encik... Salah orang ni. Nama saya Nur Najah." sekali lagi gadis itu menafikan. Arman memerhatikan wajah gadis itu dengan teliti. Dia tak perduli kereta lain sedang memnunyikan hon. Gadis di hadapannya lebih penting.

Mata gadis itu persis Safiah. Suara gadis itu pun persis Safiah. Dia yakin gadis yang berdiri di hadapannya adalah Safiah. Namuh Safiah ini berbeza dengan Safiah yang dia kenal dulu. Safiah di hadapannya lebih feminin dan bertudung. Safiah yang dia kenal ala-ala tomboi.

"Safiah saya rindukan awak," ujar Arman.

"Saya bukan Safiah... Nama saya Nur Najah. Memandangkan kereta saya hanya kemik sedikit rasanya saya tak ada urusan dengan encik. Bukan saya tak mampu nak repair sendiri." Gadis itu bersuara agak sombong dan berlalu dari situ. Arman hanya mampu memandang BMW merah gadis itu meluncur pergi. Sempat lagi dia menghafal nombor plate kereta tersebut. Dia harus cari Safiah.

*****

"Papa nak Arman kendalikan projek usahasama dengan syarikat Cahaya Syakira milik Tan Sri Maarof. Anak Tan Sri Maarof sendiri akan mengetuai projek ni."

Arahan papanya tak boleh di sanggah lagi. Dia belum bersedia sepunuhnya untuk mengambil alih jawatan papanya. Dia mahu mencari Safiah. Dia rindu Safiah. Wajah gadis pagi tadi masih terbayang di matanya. Hatinya yakin sangat yang gadis itu memang Safiah. Tapi kenapa gadis itu mengaku namanya Nur Najah.

Arman membelok masuk ke dalam kawasan bangunan Cahaya Shakiara. Hari ini mesyuarat antara dia dan juga Syafiq anak Tan Sri Maarof. Arman mencari petak parking. selepas berpusing selama lima minit dia berjumpa petak kosong. Dia kerling jam di tangan. Ada sepuluh minit lagi sebelum mesyuarat bermula.

Arman tergesa-gesa berjalan menuju pintu masuk. Namun matanya menangkap BMW Merah yang di parkir di kawasan VVIP di depan pintu masuk. Dia kenal kereta itu. Kereta yang dia langgar pagi tadi. Arman senyum. Memang jodoh mereka berdua agaknya. Cik Nur Najah dia bekerja di situ. Tapi kenapa kereta di petak VVIP. Apa kena mengena Cik Nur Najah dengan Syafiq.

Senyum Arman mati sebaik sahaja ternampak seorang lelaki dan Nur Najah berpelukan. Selepas berpelukan Nur Najah bersalaman dan mencium tangan lelaki itu. Baru Arman perasan lelaki itu adalah Syafiq. Mungkinkah Syafiq dan Safiah ada hubungan. Safiah tak akan bersentuhan dengan semudah itu. Mungkinkah Safiah sudah jadi milik Syafiq.

Nur Najah berlalu melepasi Arman. Arman hanya mampu memandang gadis itu berlalu. Safiah dah ada orang lain yang sanggup melindunginya. Tak seperti dia yang dengan mudahnya membuat tuduhan palsu terhadap Safiah. Dia sudah terlambat untuk memiliki Safiah.

"Arman Dato' Zahari..."

Arman menoleh. Dia tak perasan bila Syafiq berdiri di belakangnya. Mereka bersalaman.

"Kita tak pernah jumpa ke?"

"Tak penah." Jawab Arman. Baguslah kalau Syafiq tak kenal dia. Tak usahlah di ungkit sejarah lama. Safiah berhak bahagia dengan orang yang lebih menghargai dia.

Hati Arman berlagu sedih namun dia tetap ukirkan senyuman. Papa dah pesan urusan kerja jangan di campur aduk dengan urusan peribadi. Untuk setahun ini dia harus tahan rasa cemburu bila bekerja dengan lelaki yang memiliki Safiah. Dia berharap agar sepanjang bekerja di sini dia tak perlu jumpa Safiah atau Nur Najah. Kisah mereka berdua sudah tamat.

KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now