KU INGIN CINTAMU 11

415 14 0
                                    

       "Kita nak ke mana ni Encik Arman?" Tanya Safiah. Terasa debaran di dadanya. Arman Shauqi yang hensem dan ada banyak bintang tu duduk di sebelahnya. Tipulah kalau dia tak suka. Rasa nak lompat bintang beratus kali.

        "Saya nak mintak maaf pasal insiden pagi tadi."

          Lain yang di tanya lain pula Jawapan yang Arman berikan. Safiah diam. Sudah dua orang manusia meminta maaf kepadanya pagi ini bagi pihak orang lain. Tuan empunya badan memang tak kan pernahlah nak minta maaf. Sombong angkuh berlagak. Safiah kutuk dalam hati. Liyana tak kenal lagi siapa Safiah. Jangan nak cari pasal dengan Safiah ni.

        "Saya tak ambil hati pun. Cuma saya risau Encik Arman salah faham kat saya nanti. Saya tak ada niat lain kerja dengan Datin Khyra. Tak terniat pun nak jadi menantu Datin aka isteri Encik Arman." Seperti biasa Safiah bermanis mulut. Kalau ikutkan hati dia jangan harap manusia macam Liyana tu dia nak maafkan.

           "Hahahaha.... Awak jangan risaulah Awak tu bukan taste saya. Liyana je yang cemburu tak tentu pasal." Arman ketawa. Dia jeling Safiah sudah mula memasamkan muka. Kecewa jugak. 

           Tapi Safiah sedar diri yang dia memang tak layak nak bergandingan dengan mamat berbintang-bintang macam Arman. Kalau nak dikira diri sendiri punya bintang mungkin tak sampai separuh pun. Dah lah rupa pun tak ada. Harta tu memang taklah. Tapi harta Tan Sri Maaruf banyak tak terkata kira harta dia jugak kan. Tak guna punya Safiah nak mengaku ayah tak mahu harta pulak di sibukkan. Safiah menepis jauh-jauh rasa kecewanya.

            "Saya suka perempuan yang pemalu, lemah lembut, dan manis bertudung. Dulu Liyana ada semua tu tapi sekarang dia dah lain. Saya harap hati saya boleh bertahan dengan cinta saya sendiri. Saya takut kalau saya berubah hati dan mungkir janji pada orang yang saya sayang." 

            Arman menyambung bicaranya. Memang dia kecewa dengan perubahan Liyana. Tapi dia masih bertahan atas nama cinta. Dia sayang dan cintakan Liyana yang dulu. Liyana yang  sekarang hanya menyakitkan hati sahaja. Tak berapa lama dia di Malaysia sudah banyak keburukan mengenai Liyana yang dia bongkarkan. Pedih hatinya melihat Liyana berubah perlahan-lahan. 

           "Saya nak pergi tengok wayang. KLCC..."

             Safiah menghalakan kereta mengikut arahan Arman. 

             "Temankan saya tengok wayang."

               Safiah buntang mata. Gila ke apa mamat sepuluh bintang ni. Baru pagi tadi bergaduh dengan Cik Liyana the Diva. Takkan sekarang nak buat hal pulak. Dah lah muka tak seberapa nak cantik ni. Kang terus jadi ugly duckling lepas kena simbah asid dengan Liyana the Diva.

                "No thanks. Saya lebih rela berdiri kat luar ni dua jam daripada masuk dalam temankan Encik Arman tengok wayang. Tak seronoklah nak gaduh dengan tunang Encik Arman tu."

                 Arman ketawa. Takut juga Safiah dengan Liyana. Ingatkan berani sangat. 

                 "Tak apalah kalau itu yang awak nak. Awak tunggu kat sini jap saya nak pergi toilet." Arman meninggalkan Safiah di hadapan TGV. Hari biasa memang tak ramai orang. 

                  "Safi... siapa tu. Kenapa dah kahwin tak bagitau orang."

                  "Syafiq..."Safiah terkejut melihat lelaki yang bediri di sebelahnya.

                   "Aku rindu sangat kat kau Safi" Syafiq memeluk erat Safiah.

                   "Syafiq... Tak elok kau peluk aku macam ni"

                    "Tak ada dosanya seorang abang peluk adiknya sendiri. Seorang abang yang sangat rindukan adiknya."

                      Safiah tak tertahan lalu mengalirkan air matanya. Syafiq sudah tahu hal sebenar ini bermakna Tan Sri Maaruf sudah membuka aibnya sendiri. Tak lama lagi pasti lebih ramai yang akan tahu. Qaseh juga patut tahu. Syafiq melepaskan pelukannya. Safiah kelihatan agak kurus. Mungkin sebab masalah yang menimpanya. Bukan salah Safiah kalau dia marah kepada semua orang.

                      "Kau jahat Safi. Kau bawak lari Qaseh sekali. Kau tau tak hidup aku kosong sebab kehilangan kedua-dua perempuan yang aku sayang."

                       Safiah tunduk. Dia rasa bersalah. 

                      "Ikut aku balik. Kita hidup macam dulu. Aku , kau dan Qaseh. Kita dah jadi adik beradik so Qaseh tak boleh nak cemburukan aku dengan kau lagi."

                      "Aku tak boleh nak balik. Aku sakit hati, aku marah..." Safiah berkata tanpa berselindung. Dia pasti yang Syafiq tahu keseluruhan cerita. 

                      "Ayah sakit tenat. Tolong maafkan ayah. Ayah tak boleh nak tutup mata selagi kau tak ucapkan kata maaf kat telinga dia. Tolonglah Safi, sebagai manusia aku harap ada belas kat hati kau untuk maafkan dia" rayu Syafiq. Dia berharap sangat Safiah akan sudi memaafkan kesalahan ayahnya. Dia faham sakit yang Safiah tanggung tapi dia terpaksa desak Safiah demi ayahnya yang nazak.

                     "Aku belum sedia nak balik."

                     "Safi... please." Syafiq menarik lengan Safiah. Dia harus membawa Safiah pulang walau dengan apa cara sekalipun.

                    "Saudara. Tolong lepaskan tangan isteri saya. Dan jangan ganggu dia lagi." Arman hadir di tengah-tengan Safia dan Syafiq.

KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now