KU INGIN CINTAMU 13

424 17 2
                                    

"Nak usik orang pun agak-agaklah."

Safiah merebahkan badannya di sofa. Entah kenapa dia terasa penat yang teramat sangat. Qaseh yang sedang sibuk membaca novel hanya memandang sekilas. Entah apa yang  Safiah bebelkan dia tak faham. Lagipun tumpuan dia sekarang pada novel di tangannya.

"Kenapa?"

"Mamat berpuluh bintang tu dah pandai usik orang. Penat aku nak melayan. Kalau tunang dia tahu mati aku. Dah lah pagi tadi aku gaduh dengan Liyana The Diva tu." sakit hati betul dengan Arman hari ini.

"Ada ke dia mengaku aku ni isteri dia depan Syafiq. Gilalah kalau Mak Nab tau mau tak dia ceramah aku tujuh hari tujuh malam tak habis. Kang ada pulak drama air mata Mak Nab yang cute tu."luah Safiah lagi. Satu hari yang sangat memeningkan kepala telah berlalu. Hari esok dia kena menghadap Arman lagi. 

"Kau jumpa Syafiq. Dia macam mana? Sihat ke dia?" Tanya Qaseh.  Teruja bila dengar nama Syafiq. 

"Anak orang kaya mestilah sihat walafiat." jawab Safiah.

"Kenapa kau rindukan dia ke?" tanya Safiah. Dia lihat riak muka Qaseh dah berubah. Dia tahu dalam diam-diam Qaseh menaruh hati pada Syafiq. Tapi Qaseh beranggapan dia dan Syafiq bercinta.

"Takkan aku nak rindukan pakwe orang. Aku tak setaraf pun dengan dia." ujar Qaseh perlahan. Dia sedar dia hanya anak orang gaji. Tak mungkin sepadan dengan anak tuan rumah. Tambahan pula keluarga Syafiq lebih sukakan Safiah. Bila Safiah dengan Syafiq bersama tak pernah di marah. Sampaikan boleh lepak sebilik.Tapi bila dia cuba mendekat pada Syafiq pasti kena marah.

"Kau suka Syafiq ke?" kening Safiah mula menari-nari. Entah bila masanya dia menyelinap dan baring di riba Qaseh. Qaseh senyap. Safiah kalau bab menyakat nombor satu.

"Kalau kau suka kat dia aku rela mengalah demi sahabat baik aku ni."Safiah mencubit pipi Qaseh. Qaseh tak tahu hal sebenar jadi bukan salah Qaseh kalau tersalah sangka. Qaseh menepis tangan Safiah. 

"Kalau kau mengalah pun takkan dia nak kat aku. Kau kan cinta hati dia..."

"Soal tu jangan risau. Aku tau dia mesti terima kau kalau aku suruh."

"Mengarutlah kau ni. Soal hati mana boleh paksa-paksa. Tapi kan aku rasa Arman tu mula minat kat kau. Sebab tu dia usik kau cukup-cukup hari ni."

Satu kenyataan yang memang salah dari Qaseh. Safiah berfikir sesuatu. Mungkin Arman tertekan dengan sikap Liyana pagi tadi sebab tu dia terkeluar dari landasan sikit. Tapi hal mengaku sebagai suami dia memang tak boleh diterima. Mana mungkin dia kahwin tanpa keizinan wali. Syafiq wali dia.  Risau pulak kalau Syafiq beranggapan buruk. Mesti Syafiq fikir dia khawin di Thailand. Serabut pulak kepalanya.

"Amboi senang lenang kau ye tidur berbantalkan peha aku yang comel ni. Sakitlah..." Qaseh menolak kepala Safiah. Pehanya sudah terasa kebas. Safiah tersengih sahaja.

"Sekali-sekala nak manja-manja pun tak boleh. Nanti bila kau dah kahwin dengan Syafiq dah tentu tak boleh manja-manja macam ni." Safiah bangun dan duduk di sebelah Qaseh. Entah kenapa tiba-tiba Qaseh bermuram. 

"Aku bertepuk sebelah tangan je takkan boleh nak kahwin dengan dia."

Safiah serba salah. Patut ke dia menceritakan hal yang sebenarnya mengenai hubungan dia dengan Syafiq. Dia dan Syafiq tak mungkin boleh bersama kerana mereka adik beradik. Hubungan yang haram untuk berkahwin. Kalau dia beritahu Qaseh yang Syafiq juga jatuh hati pada Qaseh nanti timbul persoalan lain pula. Dia pun sedar layanan Tan Sri Maaruf kepada dia dan Qaseh berbeza. Sebab itu sejak dulu Qaseh selalu mengusiknya calon menantu Tan Sri Maaruf. Nak bercerita hal sebenar dia belum bersedia. Dia takut Qaseh tak mahu berkawan dengan dia lagi.

"Aku akan pastikan tepukan kau bersambut nanti." Safiah akan menceritakan hal sebenarnya bila dia bersedia nanti. Sampai masanya dia terima kenyataan yang dia anak Tan Sri Maaruf sekaligus adik kepada Syafiq. Dia perlukan sedikit masa lagi untuk berterus terang. 

"Tolong jangan kecewakan Syafiq. Aku tahu Arman menepati semua ciri-ciri lelaki yang kau suka tapi aku tak nak tengok orang yang aku sayang terluka."Qaseh risau kalau Safiah melukakan hati Syafiq. Dia sayangkan Syafiq sejak tahu apa erti cinta dan kasih sayang antara insan berlainan jantina. Syafiq cinta pertamanya. Dia tak mahu lihat Syafiq sedih kehilangan Safiah.

"Kau sayang Syafiq sangat-sangat nih. Jangan risau kawan baikku tersayang. Dua-dua aku tak nak. Syafiq memang dah terkeluar dari list sejak awal-awal lagi. Arman aku terpaksa reject sebab dia dah ada Liyana. Tak naklah jadi orang ketiga. Lagipun aku malas nak bergaduh dengan Liyana the Diva tu."ujar Safiah.

Qaseh tak puas hati. Kenapa nama Syafiq terkeluar awal-awal lagi. Padahal kemesraan Syafiq dan Safiah memang jelas terbayang di matanya. 





KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now