KU INGIN CINTAMU 14

394 16 0
                                    

"Kau kenal tak siapa lelaki tu." Arman menunjuk ke arah seorang lelaki di gelanggang sebelah. Lelaki itu kelihatan segak dengan sut pejabat. Datang ke gelanggang futsal pakai baju pejabat. Nak menunjuk ke. Arman ingat lagi lelaki itu adalah orang yang menganggu Safiah. Mujur juga Safiah sudah di kerah untuk membeli minuman. Kalau tak pasti jadi mangsa lagi. 

"Kalau tak silaP tu anak Tan Sri Maaruf...hhmm... nama dia Syafiq kalau tak salahlah. Kenapa?" Tanya Rashdan. Pelik pula kenapa Arman bertanya. Arman kenal ke dengan Syafiq.

"Adalah." jawab Arman ringkas. Dia lihat Safiah berjalan lenggang lenggung kangkung sambil memabwa bungkusan minuman. Arman perasan Syafiq memandang Safiah. Arman risau kalau-kalau Syafiq menganggu Safiah lagi. Dengan pantas Arman mendapatkan Safiah.

"Kesian sayang abang ni susah-susah je. Kan abang dah cakap abang boleh beli sendiri." Arman mula memainkan peranan sebagai suami prihatin. Safiah terpinga-pinga dan tak faham kenapa Arman berubah sikap. Bukan tadi Arman sendiri yang berlagak hitler mengarahkan dia membeli minuman.

"Tangan sayang sakit bawak palstik ni. Meh sini abang bawak." Dengan selamba Arman mengambil bungkusan plastik di tangan Safiah. Dia sengaja merapatkan dirinya ke badan Safiah. Untuk tambah menyakitkan hati Syafiq, Arman memeluk erat bahu Safiah. Syafiq yang melihat sudah tak senang duduk.

"Ni apa hal..." Safiah gagal menghabiskan ayatnya bila Arman menutup mulutnya. Angin yang tadi bertiup sepoi-sepoi bahasa mula bertukar kencang. Bila Arman berani memeluk bahunya puting beliung mula muncul.

"Awak kena diam. Tu peminat kipas susah mati awak tengah tengok kita." bisik Arman sambil tersenyum mesra.

Safiah terpandangkan Syafiq yang sudah bercekak pinggang. Dia takut sabar Syafiq menghilang. Safiah mula mengikut rentak Arman. Kalau dia buat hal kat situ Arman bakal malu dan Syafiq pun bakal malu jugak. Rahsia yang dia simpan pun bakal terdedah jugak. Biarlah Syafiq marah. Pandailah dia menjelaskan nanti. 

"Lepaslah. Tengok Encik Rashdan pun dah bulat mata." Safiah melepaskan pelukan Arman. Kalaulah Liyana the Diva nampak memang matilah dia. Dia duduk. Arman juga duduk disebelahnya. Belum habis lagi lakonan suami penyanyang Arman.

"Kenapa ni?"tanya Rashdan. Pelik melihat perubahan sikap Arman. Bukan ke Safiah tu cuma driver mamanya. Kenapa mesti nak peluk-peluk dan pegang-pegang. Kalau Liayana tahu memang mengamuk minah tu nanti.

"Lelaki tu stalker dia... aku tolong cover je."jawab Arman. Safiah sudah masam muka. Stalker konon. Dia abang sayalah...  jerit Safiah dalam hati. Kalau Syafiq tahu yang sebenarnya Arman hanya berlakon memang kena belasah lah jawabnya.

"Saya nak pergi toilet..." Safiah bangun. Arman turut bangun.

"Saya temankan."

"No Thank you. Encik Arman duduk sini diam-diam. Pasal dia tu taulah saya macam mana nak handle. Risaukan diri sendiri dulu. Macam mana kalau benda ni Cik Liyana tahu. Saya tak nak terlibat lagi dalam hal kisah cinta Encik Arman tau. Kang dalam takut-takut saya bertukar jadi makhluk warna hijau. Dua-dua saya pijak." Safiah memberi amaran. Geram dengan Arman. Dia tak suka terlibat dalam masalah cinta sesiapa. Cukuplah masalah dia yang sedia ada.

"Safi... aku rindu." Syafiq yang menunggu di hadapan tandas terus menarik Safiah ke dalam pelukannya. Safiah sudah mengagak perkara ini. Dia diam sahaja. Tanpa sedar dia membalas pelukan Syafiq. Dia pun rindukan Syafiq. Air matanya menitis perlahan.

"Baliklah. Kau ada keluarga bukan anak yatim. Kau ada ayah... ada aku... ada mama. Kami semua keluarga kau. Aku abang kandung kau." Syafiq meleraikan pelukannya. Dia megesat air mata Safiah dengan jari. Safiah dilihat agak lembut penerimaannya berbanding pertemuan mereka sebelum ini. 

"Aku belum sedia lagi Fiq. Nanti bila aku dah sedia aku balik."

"Happy Birthday..." Syafiq menghulurkan sekeping kad kredit.

Safiah terharu dengan ucapan selamat hari lahir dari Syafiq. Memang Syafiq tak pernah lupa akan tarikh hari lahirnya. Tapi dia pelik kenapa Syafiq menghulurkan kad kredit.

"Beli sendiri hadiah yang kau nak. Aku tak tau yang kita akan jumpa kat sini. Kalau tak aku bawak hadiah sebesar alam untuk kau." 

"Aku beli BMW boleh tak?"

Barulah Safiah faham. Dia mengambil kad kredit dari tangan Syafiq dan menyimpannya ke dalam bag. Memang kebiasaan dari kecil lagi Syafiq membelikannya hadiah yang mahal-mahal bila hari lahirnya. Tapi biasanya memang Tan Sri Maaruf akan memberi kad kredit kepada Syafiq untuk membeli hadiah.

"Kau balik rumah dulu nanti aku beli apa je yang kau nak."

"Nantilah..."

"Bila kau kahwin? Kau kahwin kat Siam ke?"Tanya Syafiq.

"Aku...."

"Ehemm... saudara. Penat abang tunggu sayang tadi. Ingatkan kenapa lambat sangat. Polis Traffic buat road block rupanya." Arman berdiri sambil merenung tajam ke arah Syafiq. Entah kenapa hatinya memberontak melihat tangan Syafiq memegang tangan Safiah. Safiah pula boleh pulak membiarkan sahaja.

"Tolong lepaskan tangan isteri saya." Arman menarik tangan Safiah perlahan. Syafiq melepaskan pegangannya. Dia tak pasti samaada betul atau tak lelaki itu suami Safiah adiknya. Safiah juga tak pernah menafikan. Jadi dia menganggap mungkin benar lelaki itu adik iparnya.

"Sayang tak baik tau jumpa lelaki lain tanpa izin suami." Arman mengepit tangan kiri Safiah lalu menarik Safiah meninggalkan Syafiq. Safiah menoleh ke arah Syafiq yang kelihatan tak puas hati. Dia merasa bersalah. Besok lusa pasti dia akan cari Syafiq untuk menjelaskan hal sebenarnya.

KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now