KU INGIN CINTAMU 19

423 14 2
                                    

"Hari ni saya tak masuk pejabat. Lupa nak beritahu kamu semalam. Tiap-tiap tahun tarikh ni saya dengan Dato balik kampung nak melawat kubur arwah mak saya. Mak Pah keluar pergi pasar. Arman pun keluar tadi tapi tak tau ke mana."

"Bila Datin balik sini."

"Petang ni jugak saya balik. Besok kena masuk kerja. Kamu boleh baliklah."

Sebaik sahaja dia sampai  Dato' dan Datin sedang siap-siap nak keluar.  Safiah tak tahu nak buat apa. Nak balik rumah pun bosan saluran Astro dah kena potong. Nak keluar pergi mana-mana bosan pulak rasanya sorang-sorang.

"Saya lepak sinilah Datin. Nak tengok TV. Astro rumah saya dah kena potong."

"Suka hati kamulah. Kunci pagar dengan gate semua. Mak Pah dengan Arman ada kunci sendiri nanti. Jaga rumah ni baik-baik."

"Okey Datin. Jangan risau saya akan jaga baik-baik."

Safiah menjerit keseronokan. Akhirnya dia berseorangan di rumah besar itu.  Dia boleh menikmati siaran Astro dari TV 80 inci di bilik rehat. Satu benda yang teringin dia lakukan sejak dulu lagi. Dia merebahkan badan di atas sofa. Sofa empuk buatan Itali tempat lepak Arman. Hari ini sofa itu milik dia.  Safiah mengambil remote dan menekan butang on. Memang best jadi anak orang kaya ni. Tengok TV pun ada bilik special. Ini yang membuatkan dia tambah semangat nak jadi anak orang kaya. 

Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari dapur. Mungkin Mak Pah dah balik. Boleh dia bodek Mak Pah masak asam pedas. Safiah bangun dan menuju ke dapur. Di biarkan televisyen terpasang. Orang kaya tak pernah risau pasal bil. 

"Mak Pah... ooh Mak Pah." Safiah menjeritkan nama Mak Pah. Namun tiada jawapan. Kucing barangkali. Tapi tak ada kucing dalam rumah ni. Mungkin Mak Pah balik sekejap lepas tu keluar balik.

"Ada air sirap. Mesti Mak Pah dah balik. Entah-entah Mak Pah kat belakang sana. Macam tau-tau je aku haus." Safiah menuangkan air ke dalam mug. Dia membawa air ke bilik rehat untuk diminum sambil menonton TV. 

Safiah meneguk air sirap sedikit demi sedikit. Kenapa dia rasa pelik pulak air sirap tu. Mungkin resepi rahsia Mak Pah. Safiah terus meneguk sehingga habis. Sambil matanya ralit menonton televisyen. Tapi entah kenapa matanya semakin memberat. Cerita Criminal Minds kegemarannya terlayar di TV tak mampu membuatkan matanya terus segar. Derek Morgan yang berkulit hitam juga sudah jadi putih. Puas Safiah melawan tapi gagal. Akhirnya dia tertidur.


"Mak Pah! Safiah! Mana pulak semua orang ni. Mama kata Safiah dengan Mak Pah ada." Arman meninjau dapur. Tak ada bayangan Mak Pah atau Safiah. Dia mencari di luar pun tak ada.

"Dah lah Liyana nak datang sini. Tak ada orang pulak kat rumah. Ajak jumpa kat luar tak mahu. Wartawan kejarlah apalah..." Arman mengomel sendiri. Dia melihat air sirap terhidang di meja. Mesti Safiah yang buat. Kan makcik tu hantu air sirap. Arman menuangkan air sirap ke dalam gelas yang tersedia.  Menjerit-jerit memanggil nama Safiah dan Mak Pah dia terasa kering tekak. 

"Pelik pulak air sirap ni. Apalah yang makcik tu letak agaknya." Arman minum air sirap dengan sekali teguk saja. Haus sangat agaknya. 

Arman menuju ke bilik rehat. Tengah hari macam ni memang seronok kalau dapat tidur. Tambahan pula dia berseorangan. Boleh tidur sampai petang. Arman merebahkan badan ke atas sofa kegemarannya. Dia mengambil remote Astro. Tiba-tiba dia ternampak beg sandang yang selalu Safiah bawa di celah-celah sofa. Arman mengambil beg Safiah. Tapi dia pelik kenapa tak terlihat Safiah di mana-mana. puas dipanggil pun tak menyahut. Setahu dia Safiah tak pernah berenggang dengan beg itu.

"Mengantuknya." Arman menguap lebar. Dia meletakkan beg Safiah di tepi. Dia perlukan tidur sekarang. lupakan Safiah seketika. Bila dia bangun nanti barulah dia akan cari Safiah dan Mak Pah. Akhirnya dia terlelap.


"Kenapa gelap rumah kita ni bang. Arman keluar tak balik-balik ke? Mak Pah pun tak da ke?" Datin Khyra risau melihat banglo mereka gelap gelita. Lampu luar pun tak terpasang. Bisanya kalau tak ada orang pun kat rumah lampu luar akan dipastikan terpasang.

Datin Khyra tak menunggu untuk kereta di parking. Datin Khyra terus melompat keluar sebaik sahaja kereta masuk ke kawasan rumah. Entah kenapa hatinya di sapa risau. Mungkin ada apa-apa terjadi sehinggakan lampu luar tak terpasang. Datin Khyra terus masuk ke dalam rumah. Dia terkejut kerana pintu tak berkunci. Datin Khyra segera menhidupkan semua lampu. Datin Khyra melihat tak ada tanda-tanda pecah rumah.

"Ada apa-apa yang hilang ke?" Tanya Dato Zahari. 

"Tak ada pulak bang." Datin Khyra geleng kepala.

"Mana pulak Arman ni pergi. Tak pernah pulak dia pergi mana-mana tak bagitau kita. Rumah pun dia tinggal macam tu je." Dato Zahari membebel. 

Datin Khyra tak sedap hati melihat pintu bilik tamu yang terbuka luas. Tak pernah pula dia membiarkan pintu bilik tamu terbuka. Datin Khyra terus menuju ke bilik tamu. Dia menghidupkan suis lampu. Datin Khyra terperanjat melihat apa yang ada di dalam bilik.

"Ya Allah..."


KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now