KU INGIN CINTAMU 6

426 16 0
                                    

"Papa dengan mama berkahwin atas aturan keluarga. Masa tu umur kami baru masuk dua puluh empat tahun. Alhamdulillah papa jatuh cinta pandang pertama kat mama masa nikah. Itulah kali pertama kami bertemu. Memang masa tu papa mabuk cinta dengan mama..." Tan Sri Maaruf menggenggam tangan isterinya. Mahu sokonganl untuk terus bercerita.

"Ditakdirkan Allah mama bunting pelamin. Mama kena alahan teruk sangat. Mama tak boleh bau badan papa kamu. Mama muntah bila papa dekat. Atas nasihat arwah atuk mama balik rumah family mama." Puan Sri Syakila menyambung cerita suaminya. Memang perit membuka pekung suami sendiri.

"Papa muda lagi masa tu. Baru kenal apa erti nafsu. Sebulan kahwin dah kena tinggal. Mak cik Tiara baru je datang dari kampung kerja kat Villa kita. Dek kerana desakan nafsu papa hampir memperkosa dia. Mujur atuk kamu datang halang ayah. Atuk kamu aturkan pernikahan kami berdua." Tan Sri Maaruf meneruskan ceritanya dengan penuh kepayahan. Sebelum menutup mata dia harus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Sudah lama Safiah hidup sebagai anak yatim.

"Papa hidup kembali lepas menikah. Kami gembira dan bahagia. Sampai papa terlupa mama kamu. Papa jatuh cinta dengan Mak Cik Tiara. Selepas kamu lahir mama kamu balik ke pangkuan papa. Mak Cik Tiara balik ke asal balik jadi orang gaji. Tapi papa tak pernah ceraikan dia. Kami jumpa secara sembunyi."

"Bila makcik Tiara kamu mengandung, Arwah atuk hantar dia duduk kat rumah PD. Setahun lepas tu baru dia balik Villa. Safiah pun dah lepas pantang. Mama tak syak apa-apa langsung. Waktu tu mama memang sangka Mak Cik Tiara kamu dah kahwin. Dia cerita dengan mama suami dia tinggalkan dia."

Syafiq mendengar dengan teliti cerita mama dan papanya. Dia tak mahu tertinggal satu pun fakta penting mengenai Safiah. Memang banyak persoalan yang berlegar di kepalanya sekarang. Sedikit demi sedikit semua persoalan sudah terjawab.

"Ayah nak terus terang dengan mama dan bagi Mak Cik Tiara kamu status yang sepatutnya tapi dia tak mahu. Papa nak Safiah dapat keluarga sempurna. Mak Cik Tiara ugut kalau ayah bagitau siapa-siapa pasal kami dia akan bawak Safiah lari. Papa tak nak berpisah dengan anak perempuan papa jadi papa setuju untuk rahsiakan semua ni. Mak Cik Tiara bagitau Safiah ayah dia meninggal sebelum dia lahir"

Terpancar kekesalan di wajah Tan Sri Maaruf. Anak perempuan depan mata tapi dia tak dapat membelai anaknya. Dek kerana rahsia anaknya terpaksa hidup sebagai anak yatim. Memang dia kesal kerana mengikut kata Tiara. Sekarang Safiah begitu membencinya.

"Mama syak Safiah ada pertalian dengan ayah masa Safiah membesar. Dia mirip sangat dengan arwah kakak papa kamu. Mama tanya Mak Cik Tiara dan dia mengaku. Mama nak dia dapat hak dia sebagai isteri tapi dia tolak. Dia tak nak ganggu rumahtangga mama dan papa. Papa tak pernah tau mama jumpa Mak Cik Tiara. Lepas daripada tu mama tak pernah tanya bila papa balik lambat dari office. Mama tau dia dengan Mak Cik Tiara kamu."

Tan Sri Maaruf pandang isterinya. Patutlah tiba-tiba isterinya berhenti bertanya kenapa dia selalu pulang lewat. Rupanya rahsia dia berkahwin dengan Tiara telah terbongkar. Memang ada kalanya dia dan Tiara bertemu secara diam-diam di luar selepas kelas mengaji. Dan adakalanya menyelinap masuk ke rumah orang gaji di waktu malam.

"Jadi Safiah baru tahu yang papa ni ayah dia lepas pemindahan sum-sum tulang dulu. Sebab tu tiba-tiba dia berubah. Benci pada papa, benci pada mama. Syafiq pun dia bench jugak."

Tan Sri Maaruf angguk. Memang kebenaran itu pahit. Lebih pahit dari hempedu. Amarah Safiah bukan setakat pada keluarganya tapi pada ibu kandungnya sendiri. Airmata yang sekian lama di tahan mengalir juga.

"Papa bersalah sangat kat dia Fiq. Kalau dapat papa nak jumpa dia sebelum tutup mata. Papa nak mintak maaf kat dia. Tolong cari dia"

Syafiq termenung. Bagaimana hendak mencari Safiah kalau tuan punya badan tak mahu ditemui. Safiah lari membawa Qaseh sekali. Cinta hatinya juga telah hilang dari pandangan. Manalah dia tak kesepian. Dua orang gadis yang selama ini menceriakan hidupnya menghilang serentak.

"Papa jangan risau. InsyaAllah Syafiq akan cari adik perempuan Syafiq. " azam Syafiq. Namun dia buntu. Bagaimana hendak mencari Safiah. Dia langsung tiada petunjuk pasal Safiah melainkan pertemuan mereka pagi tadi. Mungkin dia harus mengupah penyiasat persendirian untuk mancari Safiah atau Qaseh.


KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now