KU INGIN CINTAMU 18

415 14 0
                                    

"I datang sini semalam kenapa tapi you tak ada. Pergi mana?" Liyana dengan wajah mak singanya. Arman diam dan menundukkan muka. Manalah dia nak jangka Liyana akan cari dia semalam. Dah sebulan lebih Liyana tak menghubungi dia. Ingatkan Liyana sibuk.

"I ikut mama I pergi Seremban semalam. Kenapa you tak call dulu kalau nak datang." 

"I fikir nak surprisekan you sebab semalam anniversary pertunangan kita. Atau you dah terpikat pada perempuan lain."Lantas mata Liyana menjeling Safiah yang sedang tekun mengelap kereta. Entah kenapa rasa cemburunya memang tak boleh dikawal ketika ini. 

Telinga Safiah serta merta tegak bila mendengar namanya di sebut. Susah betul pasangan merpati dua sejoli ni. Kahwin ajelah kalau dah cemburu sangat. Buat apa bertunang lama sangat. Dia pula jadi mangsa. Mangsa Liyana yang cemburu buta dan juga mangsa Arman yang gila menyakat dia. Dia mendengar tiap patah kata yang dibicarakan Arman dan Liyana. Padan muka Arman kena marah.

"I tak ingat pasal anniversary kita. I bosan sangat kat rumah..." Arman memberi alasan membela diri. Boleh pula dia terlupa tarikh keramat itu. Memang mintak kena bebel lah ni.

"I belanja you hari ni. Apa pun you nak. I tak kisah sebagai tanda maaf I..."

"No. I tak nak keluar dengan you. Nanti kita kena gossip pulak." Liyana menolak cadangan Arman.

"Liya... kita dah bertunang nak gossip apa pulak. Bila you nak umumkan hal kita ni dan bila kita boleh kahwin?" soalan cepu mas dari Arman. 

"I belum bersedia lagi nak kahwin. Karier I tengah kat puncak ni rugi kalau I stop sekarang." alasan yang sama Liyana lemparkan setiap kali soal kahwin diajukan. Sampai Arman naik bosan. Dia tertanya-tanya sendiri apakan benar Liyana cintakan dia atau tidak. Setakat ini Liyana banyak melebihkan kariernya dari dia.

"Ikut suka hati youlah. Jangan sampai I pulak yang bosan nanti."

"You bosan dengan I sebab ada perempuan lain kan. Sebab driver tu." Liyana mula menyinga kembali. 

Safiah pula yang bosan. Tak ada tempat lain ke nak gaduh. Gaduhlah kat taman ke atau kat dalam rumah ke. Ini kat depan gate jugak nak gaduh. Lepas tu libatkan dia yang tak berdosa. Kenapa Liayna ni fobia sangat dengan dia. Bukan dia cantik atau rupawan. 

"I bosan sebab you tu dah tak perdulikan I lagi. You lebih utamakan karier you dari hubungan kita. Mana pergi impian you nak jadi isteri I. Dah hilang ke." Arman pula meninggikan suara. Safiah terkejut. Tak pernah pula Arman marah sampai macam tu sekali.

"I rindukan Liyana yang lama. Liyana yang malu-malu yang sentiasa tersenyum manis untuk I..."

"Liyana yang tak sepadan dengan you... itu maksud you." bicara Arman di patahkan oleh Liyana.

Entah kenapa Safiah rasa Liayana sengaja nak pancing marah Arman. Mungkin ke ada kena mengena dengan gossip Liyana sedang hangat bercinta dengan kerabat diraja Brunei. Itu yang Qaseh beritahu pagi tadi sebelum bertolak ke tempat kerja. Takkan Liyana nak pancing marah Arman dan Arman mengaku dia ada perempuan lain. Kalau macam tu memang mudah untuk Liyana minta putus. Semua kesalahan terletak di bahu Arman. Kejamnya Liyana kalau tekaan Safiah ni betul.

"Kalau you tak sepadan dengan I dari awal lagi I tak akan suruh mama lamar you. I sayang you Liya. I tak nak hubungan kita terus macam ni." 

Suasana senyap seketika. Safiah toleh ke arah Arman dan Liyana. Kedua-duanya tunduk membisu. Mungkin sedang menimbang tara pasal perhubungan mereka. Entah kenapa hati Safiah terdetik sesuatu yang tak enak bila Liyana melayangkan jelingan tajam. Seakan ada sesuatu yang tak baik  terlintas dalam fikiran Liayana. Dan itu semua melibatkan dia. Ya Allah moga dijauhkan semua ni. Bisik Safiah.

"Kalau nak gaduh tolong gaduh dalam rumah. Tak elok gaduh kat luar ni. Kata takut wartawan kejar." Datin Khyra muncul dari dalam. Siap untuk ke pejabat. Safiah mendapatkan Datin Khyra dan mengambil fail dari tangan Datin Khyra. Safiah meletakkan fail di tempat duduk penumpang. Dia menghidupkan enjin kereta. Dan selepas itu dia membukakan pintu tempat duduk belakang untuk Datin Khyra.

"Apa pun selesaikan cara baik. Kalau boleh mama nak dengar berita gembira." ujar Datin Khyra lagi. Arman bersalam dan mencium tangan mamanya. Liyana juga melakukan perkara yang sama.

"Jom Safiah. Saya dah lambat ni...."

KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now