"Kenapa mesti nak menipu. Tak sukalah macam ni. Kalau Liyana The Diva tau bukan setakat asid dah silap-silap dah arwah saya ni jadi Safiah cincang." Safiah bengang. Kenapalah mamat sekor ni suka-suki mengaku dia isteri. Safiah risau kalau ada orang salah sangka. Tambah risau kalau tunang tersayang Arman tahu. Syafiq pun dah bulat mata. Dah sah dia marah dan salah sangka.
"Awak patut berterima kasih kat saya sebab selamatkan awak dari lelaki tu. Bukan awak tak takut ke dengan LIyana The Diva tu. Garang tipulah ni." Arman gelak. Entah kenapa dia rasakan comel sangat muka Safiah tengah bengang. Tapi dia sendiri pun tak tahu kenapa dia boleh mengaku suami Safiah. Kalau Liyana tahu boleh perang besar.
"Saya taknaklah tunang anak majikan saya jadi pembunuh. Kalau kena hukum gantung nanti Encik Arman jugak susah hati. Tak dapat nak kahwin dengan Cik Liyana." Safiah tambah bengang. Orang serius boleh pulak Arman berbintang-bintang ni gelak. Arman lupa kot macam mana muka Liyana marah pagi tadi. Tapi dia paling risau kalau Syafiq salah sangka. Walaupun dia masih belum boleh menerima Tan sri Maaruf tapi dia tahu hukum agama. Dia perlukan Tan Sri Maaruf atau Syafiq untuk jadi walinya.
"Bukan ke lelaki tu yang kita jumpa kat market hari tu? Awak kenal dia ke?"
"Dia anak majikan arwah mak saya. Mak saya pernah kerja dengan keluarga dia." Safiah memilih untuk tidak berterus terang.
"Pakwe?"
"Bukan. Tak hingin pun nak kahwin dengan dia"
"Semua orang sibuk nak kahwin dengan orang kaya. Lagi-lagi hensem macam tu. Dari kuli boleh jadi boss."
Safiah jeling Arman. Nasib baik Arman anak majikan dia. Kalau kawan mungkin dia dah stop kereta dan susruh Arman turun. Mulut cabul betul. Tak ada tapisan SIRIM langsung.
"Tak seronok pun kahwin dengan anak orang kaya ni. Sombong bongkak... kalau hensem jadi playboy. Suka-suka tukar awek macam tukar baju. Duit banyak boleh beli orang." Safiah pun apa lagi berdas-das peluru diledakkan. Sampaikan senyum manis Arman sudah bertukar jadi kelat.
"Saya pun anak orang kaya jugak. Kalau bercakap tu tengoklah kiri kanan."
"Encik Arman pun kalau cakap tengok kiri kanan. Jangan main sembur je. Saya bukanlah jenis gelap mata nak orang yang berharta. Saya nak seorang bakal suami yang sederhana je cukuplah. Apa yang penting dia sayang saya sepenuh hati."
Arman diam. Dia tersalah cakap rupanya. Patutlah angin semacam je driver mama ni. Apa yang terluah dari bibir merah Safiah menusuk tangkai hatinya. Liyana pernah mengucapkan kata-kata ini suatu ketika dulu. Sebelum Liyana tahu dia anak orang berada. Dia rindukan saat-saat ini. Saat Liyana menjadi dirinya sendiri. Bukan anak patung macam sekarang.
"Betul ke awak ada hati kat saya? Betul ke awak nak rampas saya dari Liyana?"
Safiah melopong. Apakah jenis soalan yang Arman tanyakan. Ini namanya soalan cari gaduh dan cari nahas. Ada hati memang betul tapi dah pudar siki-sikit perasaan tu. Sebab Arman dah ada cop nama Liyana dalam hati dia. Nak merampas Arman dari Liyana mungkin tidak. Dia bukan jahat nak rampas tunang orang. Lagipun tak ada masa nak fikir pasal pakwe sekarang ni masalah sendiri pun tak selesai lagi.
"Saya dah pangkah nama Encik Arman lepas tahu encik ni tunang orang. Bab rampas tu belum terfikir lagi. Tu acah-acah je nak bagi Cik Liyana takut. Kalau dia sayang Encik Arman mesti dia goyang. Saya saje-saje je cakap macam tu." Safiah harap jawapannya akan membuatkan Arman puas hati.
"Bagus jugak idea awak ni. Apa kata awak tolong saya buat dia cemburu. Kalau dia cemburu pasti dia nak kahwin cepat-cepat dengan saya."Arman terfikirkan sesuatu yang tak masuk akal. Dia sayangkan Liyana. Dia tak boleh biarkan Liyana hanyut lebih jauh.
"Tak naklah saya. Encik Arman punya cadangan ni semua yang menjerumuskan saya ke arah kena simbah asid atau kena cincang dengan Cik Liyana. Ini semua mengarut. Lagipun saya kan bukan taste Encik Arman. Betul KANNNN..."Safiah menjeling Arman dengan tajam. Tak mahu dia mengikut kemahuan gila si Arman ni. Nak berhadapan dengan Liyana satu hal. Menghadap Syafiq pun satu hal nanti. Masa jadi kawan pun Syafiq cukup melindungi dia, dah jadi abang tentu lagi teruk. Nanti Arman pulak kena belasah dengan Syafiq.
"Kalau awak pakai tudung, cakap lemah lembut dan malu-malu dah boleh masuk kategori wanita idaman saya. Kalau awak tak cantik takkan Liyana nak cemburu. Kalau awak nak goda saya awak kena tukar penampilan awak ni."
"Encik Arman cukup.... jangan nak usik saya lebih-lebih. Kang ada yang kena balik jalan kaki."
Arman gelak. Terubat sedikit sakit hatinya pada perangai Liyana pagi tadi. Walaupun dia terpaksa kansel tengok wayang sebab Safiah mengamuk tapi dia cukup seronok hari ni. Lepas ni boleh buli Safiah lagi. Suka dia tengok Safiah marah dan mengamuk. Nampak lain sangat. Nampak kemanjaan Safiah yang disembunyikan.
YOU ARE READING
KU INGIN CINTAMU
RomanceSafiah keluar dari rumah untuk lari dari masalah. Dia mahukan ketenangan. namun pertemuan dengan Arman menimbulkan cemburu Liyana hingga di fintah dan diaibkan. sekali lagi safiah lari.... kehilangan Safiah membuatkan Arman sedar yang dia inginkan c...