TOK!TOK!TOK!
Kedengaran ketukan kasar di pintu. Syafiq yang sedang mengemas meja makan rasa terganggu. Siapa pula yang datang malam-malam buta ni. Sudahlah dia cuma seorang di rumah besar tu. Ibunya seperti biasa menemankan ayah di hospital. Pak Akob dengan Mak Nab dah balik ke rumah orang gaji.
Syafiq membuka pintu. Safiah berdiri di luar rumah dengan keadaan tak terurus. Safiah menangis teresak-esak. Safiah terus memeluk Syafiq. Syafiq rasa hairan namun membiarkan sahaja perlakuan Safiah. Qaseh yang mengekor di belakang hanya memandang dengan rasa cemburu.Syafiq faham kalau Qaseh cemburu namun dia harus tenangkan Safiah dulu.
"Safi kenapa ni?" tanya Syafiq. Tak ada tanda-tanda tagisan Safiah akan reda. Syafiq membawa Safiah duduk. Qaseh mengekori mereka.
"Qaseh... kenapa dengan Safi?" tanya syafiq kepada Safiah. Qaseh jongket bahu. Dia sendiri tak tau kenapa. Apa yang dia tahu Safiah menghubungi dia untuk terus ke sini. Dia terkejut bila tiba-tiba Safiah memeluk Syafiq.
"Safi... kalau kau terus menangis macam mana aku nak tolong..." ucap Syafiq lembut. Dia gosok belakang Safiah perlahan. Tangisan Safiah mula reda.
"Aku benci dia... dia tuduh aku perangkap dia." ujar Safi dengan suara tersekat-sekat. Dia melepaskan pelukannya.
"Siapa tuduh kau ni... suami kau tu ke?"
Safiah angguk.
"Dato'dengan Datin tangkap kami tidur berdua-duaan dalam bilik tak pakai apa-apa. Aku tak buat macam tu. Petang tu aku tidur kat ruang tamu bukan kat bilik." jelas Safiah lagi. Dia mengusap air matanya yang mengalir laju.
"Dia perangkap kau ke?"
"Bukan dia... dia pun terkejut jugak." Safiah imbas kembali kejadian tadi. Dia nampak Arman pun sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Nama Arman sudah terhapus dari orang yang dia syaki. Tapi siapa yang mahu menganiaya mereka.
"Habis tu kenapa kau nangis..."
"Dia tuduh aku sengaja nak perangkap dia. Dia tuduh aku nak kaya cepat dengan perangkap dia." ujar Safiah sayu. Dia faham kalau Arman hilang pertimbangan. Liyana dan keluarganya jadi saksi. Air mata mengalir lagi. Sedih bila Arman menuduhnya tanpa usul periksa. Bukankan sudah berkali-kali dia beritahu Arman dia bukan perempuan materialistik. Dia anak Tan Sri Maaruf seorang taikun dalam bidang hartanah dan pembinaan. Sudah tentu dia tak hairan dengan harta keluarga Arman.
"Mungkin ni balasan sebab aku tak dengar cakap ayah dengan mak aku. Aku berdosa Syafiq. Aku nak jumpa ayah malam ni nak mintak maaf." Safiah merayu Syafiq. Baru dia sedar dosanya sebagai anak. Selama ini dia tak pernah memaafkan ayahnya sendiri.
Syafiq jeling Qaseh yang sedang diam merenung lantai. Dia tahu Qaseh sedang menahan rasa cemburu. Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk membongkar segalanya.
"Safi... malam-malam macam ni ayah dah tidur. Ibu pun sama. Kita pergi esok je... Kau pun nampak teruk sangat. Pergi mandi dulu..."pujuk Syafiq. Safiah memang nampak tertekan sekarang. Syafiq mengesat air mata di pipi Safiah.
"Tapi..."
"Besok je. Ayah tengah berehat... besok kita jumpa ayah." Pujuk Syafiq lembut. Dia faham kalau Safiah sedang beremosi namun malam sudah larut dan kemungkinan ayah sudah pun tidur. Dia mahu Safiah berehat dan tenangkan fikiran. Safiah nampak beralah sedikit.
"Janji besok kita tengok ayah..."
"Janji. Sekarang naik bilik. Pergi tukar mandi tukar baju. Ni dah makan ke belum ni..."
"Belum makan lagi... lapar ni. Qaseh pun lapar. Kesian dia." Safiah terpandangkan Qaseh yang sedang tunduk merenung lantai. Menahan rasa cemburu barangkali. Tapi Qaseh dalam dunianya sendiri. Langsuang tak dengar apa yang Safiah katakan.
"Aku ada bilik ke?" tanya Safiah. Tba-tiba dia balik ke banglo ni takkan bilik dah siap kot. Dia kembali ke Safiah yang lama. Hal Arman di tolak ketepi dahulu. Dia akan siasat juga siapa dalang disebalik semua ni.
"Ada kat sebelah bilik aku. Mama dah siapkan lepas mak cik Tiara meninggal. Konon nak ajak kau tinggal kat sini. Tapi biasalah Safi dengan keras kepala degil dia. betul-betul anak ayah." Syafiq sengih. Ayah sendiri yang cakap perangai Safiah sama seperti ayah. Keras hati dan kuat merajuk. Tunggu sejuk sendiri tak perlu nak pujuk-pujuk.
"Aku nak pergi mandi. Kau jangan buat benda tak senonoh kat kawan aku ni."
"Pergi mandi... busuklah. Lepas ni kita keluar makan..." Syafiq mengahalau Safiah. Ada urusan yang lebih penting untuk diselesaikan. Pujaan hati di depan mata kena ikat cepat-cepat.
"Qaseh apa khabar... abang rindu Qaseh. Sampai hati Qaseh lari."
Qaseh angkat kepala. Kenapa tiba-tiba sebut rindu sedangkan tadi berpeluk sakan dengan Safiah. qaseh pusing kepala kiri dan kanan. Mana Safiah. Kenapa Safiah tinggalkan dia dengan Sayfiq di sini. Qaseh kecut perut. Macam mana kalau tiba-tiba kena tangkap basah.
"Abang tak sanggup nak kehilangan Qaseh lagi. Kalau abang lamar Qaseh macam mana?"
Qaseh diam. Dadanya berdegup kencang. Syafiq sedang melamar dia ke? betul ke semua ni atau hanya mimpi. Safiah macam mana. Takkan dah sentuh-sentuh macam tadi nak tinggal je.
"Safiah..."
"Kenapa fikir pasal Safiah. Ini soal hati kita bukan Safiah. Safi tak ada kene mengena dalam hal ni... Sekarang Qaseh nak terima lamaran abang atau tak. Kalau terima hujung bulan ni jugak kita nikah." jelas Syafiq lagi. Dia suka tengok muka Qaseh yang putih melepak bertukar kemerah-merahan.
Qaseh diam lagi. Kenapa Safiah tak ada kena mengena pulak. Dia kan kekasih hati Syafiq. Sejak dulu dia memendam rasa melihat hubungan antara Safiah dan Syafiq. Mereka sama-sama anak orang gaji tapi Syafiq nampak lebih rapat dengan Safiah. Syafiq pun macam tak pernah nak pandang dia.
"Setuju tak!" bentak Syafiq bila lihat Qaseh agak ragu-ragu. Dia tahu Qaseh seorang kelam kabut sedikit.
"Setuju. setuju. setuju...." jawab Qaseh. Syafiq sengih. Dia dah agak pasti Qaseh sudah bersetuju tapi mungkin sedang fikirkan Safiah.
"Alhamdulillah... nanti abang mintak ibu masuk meminang. Tak perlu nak bertunang kita langsung nikah aje ye. Sebelum datang gila Safiah bawak Qaseh lari lagi..."
"Tapi Safi macam mana...."
"Kan aku dah cakap aku akan satukan kau dengan Syafiq." Safiah senyum ke arah Qaseh. Syafiq angkat kening melihat Safiah yang tiba-tiba muncul. Mesti dia tukar baju je.
"Cepatnya... tak mandi ke?" soal Syafiq.
"Besoklah mandi. Bukan orang tau aku tak mandi. Ada banyak minyak wangi kat bilik tu pakai ajelah. Dalam bilik tu semua untuk aku eh..."
Syafiq angguk. Gembira bila lihat Safiah suka. Safiah melompat kegembiraan.
"Qaseh... selamat datang bakal kakak ipar ku." Safiah kenyit mata sambil peluk Qaseh.
"Kakak Ipar?" Qaseh bingung.
YOU ARE READING
KU INGIN CINTAMU
RomanceSafiah keluar dari rumah untuk lari dari masalah. Dia mahukan ketenangan. namun pertemuan dengan Arman menimbulkan cemburu Liyana hingga di fintah dan diaibkan. sekali lagi safiah lari.... kehilangan Safiah membuatkan Arman sedar yang dia inginkan c...