KU INGIN CINTAMU 5

438 15 0
                                    

"Ayah macam mana hari ni." Seperti biasa rutin harian Syafiq melawat ayahnya di hospital. Syafiq bersalam dengan ibunya. Tak lupa di peluk tubuh ibunya yang semakin susut. Namun begitu ibunya masih boleh tersenyum walaupun penat dan lesu.

"Macam biasa Fiq." Sayu saja jawapan Puan Sri Syakila. Hampir enam bulan suaminya terlantar sakit. Bergantung kepada ubat sepenuhnya untuk mengurangkan sakit. Banyak masa suaminya dihabiskan dengan tidur. Untuk membuat pekerjaan lain memang tak mampu.

"Apa doktor cakap bu?"

"Macam biasa je Fiq. Takda apa perubahan pun." Puan Sri Syakila memerhatikan suaminya yang sedang nyenyak tidur.

Selama enam bulan suaminya dirawat di hospital Colombia Asia. Urusan syarikat di ambil alih sepenuhnya oleh Syafiq. Butik pula dijaga sepenuhnya oleh Laili anak buahnya. Kata doktor suaminya sudah tiada harapan untuk hidup kerana sel-sel kanser sedang merebak dengan cepat dan pantas. Mungkin hanya ada beberapa bulan lagi sahaja untuk hidup.

"Tadi Fiq jumpa Safiah bu. Dia dah berubah. Dah lain sangat Bu. Dia dah kahwin." Ujar Syafiq sayu. Dia rindukan Safiah sahabat baiknya itu.

Puan Sri Syakila tak terkejut mendengar Safiah berubah. Tapi tak mungkin Safiah berkahwin tanpa pengetahuan dia atau Mak Nab. Qaseh sering memberi khabar tentang Safiah.

"Kenapa ayah dengan Safiah bergaduh. Apa yang buatkan Safiah marah sangat kat ayah. Fiq dah lama nak tanya ibu tapi tak berani. Hari ni Fiq terasa sangat bila Safiah buat tak kenal Fiq."

Syafiq mengimbas kembali detik Safiah terlanggarkan dia di pasaraya tadi. Memang tabiat Safiah kalau terlambat suka berjalan Laju-laju tak tengok depan. Dia terkejut melihat Safiah. Dia ingin menegur Safiah dan memeluk Safiah seperti selalu kalau dia rindu. Namun Safiah hanya tegak berdiri tanpa sebarang suara. Tiba-tiba muncul pula seorang lelaki yang mengaku sebagai suami.

"Fiq rindukan Safiah ibu. Rindu sangat kat dia." Rintih Syafiq hiba.

"Syafiq cintakan dia ke? Tolong bagitau ibu yang Syafiq tak cintakan dia" Puan Sri Syakila risau. Syafiq dan Safiah tak boleh jatuh cinta.

"Kenapa tak boleh ibu? Sebab dia anak orang gaji ke? Dia tak setaraf dengan kita ibu tak suka dia." Bertalu-talu soalan dari Syafiq. Dia sebenarnya curiga bila tiba-tiba ibunya melarang dia bercinta dengan Safiah. Mungkin ibunya terlupa yang dia sebenarnya menaruh hati pada Qaseh bukan Safiah. Ibunya kelihatan sangat risau sebentar tadi.

"Siapa pun pilihan Syafiq ibu tak kisah. Ibu nak anak ibu bahagia. Tapi bukan dengan Safiah."

Kenapa Safiah tak boleh berkahwin dengan dia. Apa yang ibu risau atau takutkan kalau dia berkahwin dengan Safiah. Mesti ada hal lain yang ibunya sembunyikan. Baru dia perasan Safiah mula berubah selepas mendermakan sum-sum tulang kepada ayahnya. Safiah mempunyai padanan yang sangat sesuai dengan ayahnya berbanding dirinya sendiri. Setahun lalu Safiah menghilang selepas ibunya meninggal dunia.

"Ibu... Fiq sayangkan Safiah sangat-sangat. Fiq tetap dengan keputusan Fiq." Sengaja berkeras dengan ibunya. Dia pasti ada sesuatu yang dirahsiakan ibunya.

"Syafiq!"

"Kenapa ibu tak suka Safiah."

"Bukan tak suka tapi tak boleh Syafiq. Kamu berdua haram berkahwin."Puan Sri Syakila tegang. Dia agak marah kerana Syafiq melawan cakapnya.

"Apa maksud ibu kami haram berkahwin. Apa yang ibu dan ayah sembunyikan..."

Puan Sri Syakila mengeluh lemah. pandai Syafiq mengorek rahsia. Kalau boleh Biarlah suaminya sendiri yang bercerita. Syafiq tak mungkin puas hati dengan penjelasannya.

"Ibu lupa ke yang Syafiq dah mintak ibu lamar Qaseh untuk Syafiq. Macam mana pulak Syafiq nak bercinta dengan Safiah. Ibu kena jawab soalan ni kenapa Syafiq haram berkahwin dengan Safiah. Apa maksud ibu."

"Safiah adik kamu. Safiah anak kandung papa dengan Mak cik Tiara."

Puan Sri Syakila dan Syafiq menoleh serentak. Dengan susah payah Tan Sri Maaruf bersura.

"Adik?"

"Memang Safiah adik kamu Fiq. Sebab tu Syafiq dengan Safiah haram berkahwin." Puan Sri Syakila akhirnya membuka rahsia. Itupun selepas suaminya membuka mulut. Syafiq kelihatan bingung.

"Baru Syafiq faham kenapa papa tak pernah larang kami rapat. Papa tak pernah larang kalau Syafiq peluk Safiah. Syafiq pernah tidur sebilik dengan Safiah pun papa dan mama buat tak tahu. Safiah adik Syafiq rupanya." Syafiq terduduk. Satu kenyataan yang memang tak masuk akal.

Puan Sri Syakila membetulkan duduk suaminya. Banyak yang perlu diceritakan kepada Syafiq tapi suaminya sangat tak berdaya. Jadi dia yang akan menggalas tanggungjawab menceritakan hal sebenar kepada Syafiq. Hampir dua puluh tahun rahsia ini tersimpan rapi. Kini tiba masanya semuanya di bongkarkan.

"Safiah dah tau ke semua ni?"

Puan Sri Syakila angguk. Memang Safiah lari sebab terlalu marah. Marah kerana ditipu selama hampir dua puluh lima tahun.

KU INGIN CINTAMUWhere stories live. Discover now