"How are you today my darling?"
Pertanyaan Dato' Zahari dibiarkan sahaja. Takde mood nak jawab. Tangganya memotong timun seperti yang Mak Pah minta. Dato Zahari yang saja mengada-ngada di dapur buat dia rimas. Dia pun tak tahu kenapa dia rimas. Biasanya boleh juga dia layan perangai tak betul Dato' Zahari.
"Darling..darling... Kang ada yang kena gulai dengan Datin Khyra. Siap-siap lah Dato nanti hantu Safiah masak gulai kacau Dato."
"She is my lovely wife. You're my darling. Beloved carry daughter." Dato Zahari sengih. Susah pula nak tangkap senyum tawa gadis tomboy ni hari ni.
"Belajar jauh-jauh sampai England tapi bahasa inggeris failed. Gagal. Kosong markah." Safiah menunjukkan isyarat ibu jari ke bawah. Tanda tak bagus.
"Saje je nak tengok kamu senyum. Hari ni rumah saya tak berseri macam biasa. Anak dara sorang ni bulan mengambang."
Safiah jeling Dato Zahari. Ada ke dia cakap bulan mengambang. Ada yang kena siku ni. Nasib baik suami boss. Tak baik nak siku-siku orang lebih tua. Berdosa besar. Tapi dia pun tak pasti kenapa mood dia kurang elok hari ini.
"Nasi Lemak Mak Pah... I love it. Rindu betul nak makan nasi lemak." Arman muncul. Hidungnya kembang kempis mencium bau aroma nasi lemak kukus Mak Pah. Memang kebetulan Mak Pah sendang menyenduk nasi lemak.
"Biar Man hantar depan Ye Mak Pah." Dengan cermat Arman membawa mangkuk berisi nasi lemak ke ruang makan. Mak Pah angguk sahaja.
"Pakwe sepuluh bintang lalu tak excited ke."
"Sang kumbang dah diikat bunga seksi dan cantik. Masakan mungkin bunga tak seksi nak masuk line. Tak sesuai langsung."
"Takkan putus asa kot."
"Mak Pah tengok Dato ni. Suka je usik orang." Safiah muncung sedepa. Hari ini en mood sudah menghilang entah ke mana.
"Dato dah bagi green light ngorat anak teruna dia. Kamu on ajelah" Mak Pah pun ikut sama berkomplot mengusik Safiah.
"Nak merajuklah kalau macam ni. Tak naklah kawan Dato dengan Mak Pah. Dua-dua tak boleh buat kawan..."
Safiah meninggalkan Dato Zahari dan Mak Pah yang kehairanan. Tak pernah pulak Safiah buat perangai macam ni. Walaupun dusik dan digasak dengan berbagai gurauan berbisa tapi tak pernah Safiah terasa hati dan merajuk.
Safiah menuju ke taman ros Datin Khyra. Entah kenapa hatinya tak tenang hari ini. Pertemuan dengan Syafiq semalam mengusik tangkai jiwanya. Sejak kecil dia membesar dengan Syafiq. Dia dan Syafiq memang rapat ibarat belangkas. Sehinggakan belajar pun mesti bersama-sama. Tan Sri Maaruf begitu baik hati membayarkan yuran pengajiannya untuk belajar bersama Syafiq di UK. Namun dia tak sangka ada udang di sebalik batu.
Ibunya sering menyuruh dia berdoa untuk arwah ayah. Kata ibu ayah hilang di laut. Kubur ayah seluas laut biru. Itu yang dia percaya dari kecil. Bila melihat Syafiq dengan Tan Sri Maaruf timbul rasa iri hati. Namun dia redha dengan takdir tuhan. Namun bila ibu mendesak dia membuat ujian sebagai penderma sum-sum tulang dia jadi penasaran. Ibunya begitu yakin dia boleh jadi penderma.
Safiah merenung deretan bunga ros yang ditanam oleh Datin Khyra. Memang cantik. Tambahan pula bunganya sedang berkembang mekar. Tanpa Safiah sedar airmatanya menitis perlahan. Dia rindukan saat-saat bersama Syafiq tapi dalam masa yang sama dia marah pada Tan Sri Maaruf. Marah kerana selama ini dia terpaksa hidup sebagai anak yatim sedangkan ayah kandungannya masih hidup dan ada di depan mata.
"Ibu. Kenapa buat Pia macam ni?" Sampai ke akhir hayat ibunya mempertahankan Tan Sri Maaruf. Ibunya yang mahu membesarkan Safiah secara rahsia. Memang sudah lama dia memaafkan Tan Sri Maaruf. Namun untuk kembali ke Villa Cahaya sebagai anak Tan Sri Maaruf dia belum bersedia.
"Kenapa dekat sangat awak merajuk. Larilah jauh-jauh biar papa saya tak dapat jumpa."
Safiah menoleh. Arman rupanya. Safiah mengesat air matanya. Senyuman diukir. Tak mahu Arman tahu dia menangis. Arman mendekati Safiah. Safiah pelik bila melihat pandangan Arman. Ada yang tak kena ke dengannya sampaikan Arman merenungnya.
"Encik Arman... Yuhu." Safiah panggil Arman. Safiah petik jari barulah Arman seakan tersedar. Dia tak perasan akan panggilan Safiah tadi.
"Maafkan saya. Ingatkan silap orang tadi. Bidadari manalah sesat kat sini. Hmmm... Rambut awak cantik. Lurus sangat."
Safiah menyentuh kepalanya. Dia tak perasan bila dia tanggalkan topinya. Patutlah Arman melihatnya semacam. Safiah sengih. Dia mencari-cari topinya namun tiada. Ke mana pulak topi hadiah Syafiq tu. Entah di mana pulak dia tercicirkan topi tu. Kalau Syafiq tau mesti dia marah.
"Papa suruh saya cari awak. Katanya awak marah dia. Betul ke?"
Dato Zahari memang dah terlebih. Bohong anak sendiri. Tak baik. Safiah senyum kurang ikhlas. Nasib baik yang datang memujuk lelaki idaman dia. Kalau Dato Zahari yang datang memang tidak le dia maafkan.
" Saya tak marah dia pun. Dato je yang pandai-pandai cakap saya merajuk." Safiah membetulkan rambutnya yang sedia lurus. Tak selesa pula membiarkan rambutnya jadi tatapan mata Arman.
"Saya rasa ni awak punya kan. Saya jumpa kat pintu dapur tadi..." Arman menunjukkan sesuatu. Topinya ada di tangan Arman.
"Terima kasih Encik..." Safiah senyum. Dia mengambil topi yang dihulurkan Arman.
"Bie!"
YOU ARE READING
KU INGIN CINTAMU
RomanceSafiah keluar dari rumah untuk lari dari masalah. Dia mahukan ketenangan. namun pertemuan dengan Arman menimbulkan cemburu Liyana hingga di fintah dan diaibkan. sekali lagi safiah lari.... kehilangan Safiah membuatkan Arman sedar yang dia inginkan c...