"Apa you buat dengan perempuan tu. You ada hati nak curang dengan I ke?" Liyana menyinga. Melihat tunang tersayang dengan perempuan lain membuatkan dia tak senang duduk. Apa lagi kalau perempuan tu memang lebih cantik dari dia.
"Liya... I takde apa-apa hubungan pun dengan dia. Dia cuma driver mama je..." Arman memberi alasan. Dia tau bila Liyana mula marah letaklah apa alasan sekalipun tak mungkin Liyana percayakannya.
"Driver? Atau bakal menantu mama you." Sindir Liyana. Dia belum buta untuk melihat gadis secantik itu hanyalah seorang pemandu. Pasti Datin Khyra punya agenda lain. Bukan dia tak tahu Datin Khyra menentang keras penyertaannya dalam pertandingan Dewi Impian. Kononnya Datin Khyra tak mahu menantu yang sentiasa sibuk dengan aktiviti luar. Bukan setakat Datin Khyra, mama pun sama tak membenarkan dia menyertai paertandiangan tu. Semua orang tak faham impian dan cita-citanya.
"Liya... you dah tak percayakan I lagi ke? Atau you dah hilang yakin kat cinta kita. I sayangkan you Liya. Tapi you terus cemburu buta macam ni I sendiri yang akan tinggalkan you." Gertak Arman. geram betul dengan sikap cemburu buta Liyana. Dia baru sahaja pulang dari luar negeri. Baru beberapa kali bersua muka dengan Safiyah. Bagaimana mungkin dia ada hubungan dengan gadis itu. Lagipun Safiah langsung tak menepati ciri-ciri wanita idaman dia.
"Tapi you kena janji tak akan jumpa dia lagi. Kalau boleh suruh je mama you pecat dia." Liyana tak habis-habis dengan permitaan mengarut dia. Mama sayang sangat dengan Safiah, tak mungkinlah mama suka-suka nak pecat driver kesayangan dia.
"You ni mengarut ajelah. You memang nak cari pasal dengan mama I kan."
"Mama you tak sukakan I. Mana tau esok lusa dia berkenan kat perempuan tu I pulak yang melepas nanti."
"Please Liyana. Stop this nonsense. I yang nak kahwin bukan mama atau papa I. Jangan buat perangai tak matang you kat sini. Ingat pesan I jangan sampai I sendiri yang tinggl"Arman geram. Tak suka dengan kegilaan Liyana sekarang. Begitu fobia pada mamanya. Bila ajak kahwin laju je menolak. Nak kembangkan karier dulu. Nasib baiklah dia memang cinta mati pada Liyana.
Sekarang sudah pandai cemburu buta. Safiah memang cantik dia tak nafikan hakikat itu. Namun hatinya milik Liyana sejak dulu lagi.Bukan setahun dua dia menyulam cinta dengan Liyana. Kenapa Liyana meragui cintanya sekarang.
"Sudahlah I dah penat nak gaduh dengan you ni. Jom kita masuk dalam breakfast." Arman tak mahu memanjangkan pergaduhan mereka. Biarlah Liyana dengan cemburunya.
"I nak ajak you breakfast kat luar. I tak makan lah lemak-lemak ni. Takut gemuk."
"Tak nak breakfast sudah. You duduk je ruang tamu tu. I nak makan nasi lemak." Arman malas nak melayan Liyana. Dia tahu perutnya sudah berlagu minta di isi. Arman membiarkan Liyana seorang diri di taman. Dah besar pandai-pandailah bawak diri. Liyana bengang. Susah payah dia bangun pagi semata-mata nak ajak Arman keluar. Ini pulak yang dia dapat.
"Liyana mana? Tak makan sekali ke?"
Arman serba salah mahu menjawab soalan mamanya. Kalau dia berterus terang gerenti mama meletup. Kalau dia menipu berdosa pula pada mama. Arman jeling Safiah. Safiah selamba je bergurau dengan papanya. Kata mama Safiah ibarat anak perempuan papa.
"Dia diet. Tak makan nasi." Jawab Arman.
"Badan macam rangka pun nak diet jugak. Perempuan kalau kurus sangat tak cantik. Betul tak carry daughter." Dato Zahari sengaja memancing perhatian Safiah yang sibuk mengunyah.
Safiah tersedak. Selamba pulak Dato Zahari ni kaitkan dia. Dato ni tak tau ke yang bakal menantu dia dah lancarkan kempen membenci Safiah. Kempen singkirkan Safiah dari rumah ni. Kalau dia komen mau tak timbul masalah lain.
"Tak nak jawab. Takde hadiah."jawab Safiah selamba. Arman pula yang terbatuk. Berani betul Safiah jawab macam tu. Papa pulak boleh buat muka okey saja
"Mata duitan betul."
"Tau takpe. Lain kali tak payah tanya. Saya tak terlibat dalam hal ni. Saya dah habis makan dan saya nak minta diri nak panaskan enjin kereta." Safiah bangun. Pinggan yang sudah licin di bawa ke dapur. Seperti biasa dia akan basuh sendiri pinggan makannya. Setelah selesai mencuci pinggan Safiah mengambil kunci dan menuju ke garaj.
"Hey perempuan tak guna. Aku tau apa niat engkau masuk dalam famili ni. Engkau nak harta kan. Kau nak perangkap Arman lepas tu Arman akan kahwin dengan kau dan hidup senang lenang betul tak." Selamba betul Liyana menuduh Safiah. Dah la tak bagi Salam. Boleh pula Safiah menahannya semata-mata untuk melemparkan tuduhan palsu.
"Maaf Cik Liyana tak baik fitnah orang. Dosa tau. Saya ni cari rezeki yang halal. Tak pernah terniat pun nak buat macam Cik Liyana cakap. Tapi kalau memang jodoh saya dengan Encik Arman kira rezeki sayalah." Safiah sengih. Seronok pulak sekali sekala berloyar buruk dengan artis terkenal.
"Aku bagi amaran jangan cuba nak rampas tunang aku." Muka Liyana yang putih melepak bertukar merah.
"Maaf Cik Liyana, rasanya tak ada sesiapa pun tahu Encik Arman ni tunang orang atau lebih tepat lagi tunang Cik Liyana. Bukan ke Cik Liyana single lagi." Safiah sindir Liyana. Sukarnya hati dia bila lihat muka Liyana bertambah merah.
"Kurang ajar punya perempuan." Liyana cuba menarik rambut Safiah. Safiah berjaya mengelak. Macam ni rupanya perempuan meroyan. Dah macam nenek lampir pulak tengok Liyana marah.
Arman datang setelah mendengar kecoh-kecoh. Jeritan Liyana mampu didengar hingga ke rumah sebelah. Arman lihat Liyana cuba mengejar Safiah. Sementara Safiah berlari-lari dan mengelak.
"Liyana. Kenapa ni."
"Budak ni kurang ajar. Ada hati nak rampas you dari I. Entah-entah kerja kat sini ada udang di sebalik batu." Liyana mengadu kepada Arman. Dia berharap Arman akan menyebelahinya.
"Cik Liyana ni takut tak bertempat. Kalau risau sangat kenapa tak kahwin je. Duit bukannya tak cukup nak tangguh kahwin. Muka bajet hensem macam Encik Arman ni mesti ramai yang minat. Lagipun dia kan solo lagi." Safiah sengaja membakar perasaan Liyana. Sengaja dia tekankan perkataan solo tu. Liyana lupa agaknya yang dia tak pernah umumkan status Arman sebagai tunangnya.
"Lagipun Cik Liyana. Harta paling berharga dalam hidup manusia adalah kegembiraan. Banyak duit kalau tak happy pun susah."
"Safiah sudah. Boleh tak jangan cari gaduh kat sini." Arman memarahi Safiah.
"Encik Arman kena jaga sikit tunang tu. Dah macam mafia tahan orang tengah jalan. Nak buat kerja pun susah. Ingat Cik Liyana jangan kacau kerja saya lagi atau tuduh saya bukan-bukan. Jangan sampai saya betul-betul rampai tunang Cik Liyana." Safiah pulak ugut Cik Liyana. Ingat dia sorang boleh main ugut-ugut. Arman pula diam tak berkata-kata. Ugutan Safiah memang menakutkan dia. Tak mungkinlah dia akan hidup dengan perempuan ganas macam Safiah tu.
YOU ARE READING
KU INGIN CINTAMU
RomanceSafiah keluar dari rumah untuk lari dari masalah. Dia mahukan ketenangan. namun pertemuan dengan Arman menimbulkan cemburu Liyana hingga di fintah dan diaibkan. sekali lagi safiah lari.... kehilangan Safiah membuatkan Arman sedar yang dia inginkan c...