'Aku'

2.4K 86 7
                                    

Cerita ni saya reka je. Sbbnya..... x tau lah. Hehehe. Teringin buat kot. Hehe.

Aku menggigil ketakutan. Suara itu,suara yang sama itu masih lagi dapat ditangkap oleh telingaku. Suara itu selalu menggangguku.

Sejak pertama kali aku mendengar suara itu, aku sering kali memerapkan diri di dalam bilikku. Jarang sekali aku keluar. Ianya sejak suara itu ditangkap oleh telingaku.Aku masih ingat waktu itu. Waktu aku dengar suara itu di cuping telingaku.

Flashback

Tiga hari lepas apabila tamat waktu persekolahan.

Aku berjalan kaki berseorangan pulang ke rumah. Aku lalu di tepi kawasan hutan tebal kerana jalan yang biasa aku lalui ada kemalangan berlaku. Aku tidak suka akan bunyi yang bising jadi aku mengambil keputusan untuk mengambil jalan itu untuk pulang ke rumah.

Sedang aku asyik leka menyanyi lagu kegemaranku, aku terdengar seseorang memanggil namaku. Aku pun mencari dari mana datangnya suara itu, tetapi tidak dijumpai walau berapa lama pun masa yang aku ambil.

Jadi aku mengambil keputusan untuk buat tidak hirau. Tetapi, tanpa aku ketahui, mulai saat itu hidup aku dipenuhi dengan ketakutan.

End of flashback

Suara itu sering didengari oleh aku. Suara itu sering mengata sesuatu yang tidak aku fahami. Tiba-tiba suara itu berkata...

"CERMIN,"

Aku segera memandang ke arah cermin. Di dalam cermin itu, kelihatan suatu susuk tubuh seperti seorang lelaki, berambut pendek, di kawasan yang sepatutnya terletak mata pada mukanya itu, hanyalah ada lubang hitam dan di sedang tersenyum melihat diriku yang ketakutan.

"Kau nak apa dari aku?!?!"

Lembaga itu hanya senyum dan ketawa dengan suara yang menyeramkan. Aku rasa sungguh takut. Lembaga itu semakin kuat ketawanya melihatkan diriku yang menggigil ketakutan.

"Pergi!!! Jangan kacau aku!!!! Pergi!!"

Lembaga itu berhenti ketawa lalu secara perlahan-lahan hilang ditelan cermin.

Aku terduduk di lantai. Aku menangis meratapi apa yang berlaku pada diriku ini.

Keesokan harinya

Aku menjerit. Sudah tidak tahan dengan suara yang didengari. Suara itu tidak henti-henti mengganggu hidupku.

"Tingkap..."

Aku menoleh ke arah tingkap. Seperti tiada lagi udara disekelilingku, aku terpaku melihatnya. Di tingkap, kelihatan diriku, berbaju kotor berwarna merah, berseluar kotor juga berwarna hijau dan bermuka comot dilumuri arang. Pakaiannya sama seperti apa yang aku pakai sekarang ini tetapi aku pakaianku bersih. 'Aku' sedang tersenyum dengan menampakkan giginya yang hitam.

Aku berlari keluar ke bilik ayahku dan mengambil pistolnya. Kemudian berlari semula ke bilikku. 'Aku' masih lagi kelihatan di tingkap.

Aku menghalakan pistol kepadanya.

"Apa yang kau nak dari aku!?!?! Aku tak kacau kau pun!!!!"

'Aku' pun tersenyum lagi.

"MEMANG KAU TAK KACAU AKU. TAPI AKU SUKA KACAU ORANG"

"Tapi kenapa kau pilih aku?!?!" aku berkata dalam keadaan yang menggigil.

'Aku' ketawa.

"TIBA MASANYA"

Aku berasa sakit kepala. Tiba-tiba aku rebah ke lantai sambil memegang pistol. Perkara terakhir aku nampak ialah 'aku' sedang berjalan menghampiri aku.

...........

Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku berdiri. Aku terkejut. Barang-barang di dalam bilikku hangus. Hanya ada debu yang dapatku lihat. Ada senaskah surat khabar di atas lantai. Aku mengutipnya lalu dibaca tajuknya.

TIGA RUMAH TERBAKAR

Rumahku, rumah kawan baikku dan rumah teman wanitaku hangus dijilat api. Di dalam itu dinyatakan bahawa pihak polis sedang mencari aku. Aku adalah salah satu mangsa yang terselamat dari tragedi kebakaran itu.

Air mataku gugur membasahi lantai yang kehitam-hitaman dek dijilat api.
Jadi, hanya tinggal aku saja yang hidup. Aku sudah tidak ada apa-apa lagi. Hidupku musnah.

Aku menyeluk poket dan mendapati ada sebungkus mancis. Tiga daripadanya telah digunakan. Aku melemparkannya ke lantai. Aku ternampak pistol lalu mengambil dan memasukkannya ke dalam poket.

Aku kelihatan selekeh. Keadaanku sama dengan 'aku' , berbaju merah kotor, berseluar hijau pun kotor. Aku ketawa melihatkan keadaan diriku yang terlalu selekeh sambil mengenangkan nasibku.

Aku berjalan keluar dari bilikku dan terus menuju ke bumbung. Dari atas bumbung, aku dapat lihat rumah-rumah disekitarku.

Aku ketawa lagi dan berhenti selepas lama ketawa. Aku menangis meratapi diriku sendiri. Mengapa nasibku begini. Tiada makna lagi untuk aku teruskan hidup.

Aku teringat kata-kata ibuku.

"Nyanyilah lagu yang mengikut perasaan kamu ketika itu. Ianya akan membuatmu rasa sedikit lega. Saya selalu berbuat begitu."

Aku pun menyanyi.

"Mengapa semua ini terjadi?~~~"

"Tiada makna lagi bagiku...~~~"

Aku memacukan pistol ke arah kepalaku.

"Selamat tinggal~~~"

Bang!!!!

Cite ni tak tau la best ke. Saya buat je
apa yang saya dapat fikir. Hehehe.

Lagipun peperiksaan kat sekolah saya semakin lama semakin menghampiri, so cite ni je saya boleh buat.

Oklah. Bye!!! \(^0^)/

Kisah SeramWhere stories live. Discover now