Kewujudan

570 27 5
                                    

Seperti hari- hari biasa, Dina pergi ke sekolah pada waktu pagi kerana sebagai tingkatan 3, waktu persekolahan adalah pada waktu pagi.
Dina sampai di sekolah awal 30 minit sebelum perhimpunan bermula pada pukul 7:30 pagi.

Apabila Dina sampai di sekolah dan tiba dihadapan pintu kelasnya, kelas 3Z, Dia ingatkan dia akan ditegur oleh rakan- rakannya seperti setiap pagi hari- hari yang lain.

Tpi tidak.

Dina langsung tidak diabaikan mahupun ditegur. Mereka yang lalu di sekelilingnya seperti tidak nampak akan Dina.

Lansung tidak memandang wajahnya apatah lagi memberikan senyuman kepadanya.

Dina juga tidak dihiraukan oleh rakan-rakannya dari kelas yang lain. Kawan baiknya, Camelia atau boleh dipanggil 'best friend forever' dari kelas 3Y juga seperti tidak menyedari kehadirannya.

Camelia sedang berjalan untuk ke kelas matematik yang terletak di Blok Tiwa berdekatan dengan Blok Himawari.

Wajah Camelia kelihatan sugul dan murung malah pucat. Dia kelihatan seperti keletihan akibat daripada kekurangan tidur.

Dia tidak menghiraukan Dina apabila Dina bercakap dengannya, dia hanya meneruskan langkahnya.

Juga semua sahabat-sahabatku di sekolah.

Dina terasa dipulaukan. Dia terasa sungguh kecewa, marah juga sedih.

"Apa yang telah aku lakukan!!! Sehinggakan semua orang memulaukanku? Aku tak buat apa-apa salah pun!!! Kenapa??? KENAPA!!!?!!!" jeritnya.

"Kenapa!!! Kenapa!! Kenapa!!!" jeritnya lagi sambil menangis.

................

................

Ada sesuatu sebenarnya yang terjadi kepadanya. Samada di tidak tahu mahupun tidak ingat. Sebenarnya dia telah mati 3 minggu lalu akibat kemalangan jalan raya ketika mahu melancong yang melibatkan sebuah treler, 2 buah bas, 5 buah motosikal dan 10 buah kereta. Kemalangan itu telah meragut lebih kurang 20 orang mangsa.

---------------------------------------------------------

Okeyh, tamat. Sori la korang klau cite kali ni x best n x seperti yang korang semua harapkan sbb kebelakangan ni busy sangat coz', well, trial exam for PT3 dah makin dekat. Hmmm, maybe 21,22 n 23 Ogos nihh. Tpi yeay, ujian lisan is over for both subject. Hahaha. Tu lah busy sangat study. Hahahaha. Btw, nnty klau ad masa sye update lagi. Byk sgt masalah yang jadi kat sekolah kebelakangan ni. Isyyhh. It's gives me a very terrible headache. Okeyh, btw, please vote and comment k? See you soon in my next story!

Kisah SeramWhere stories live. Discover now