Wajahku

1.2K 84 5
                                    

Sori la friends. Lama x update coz tahun ni aq nk PT3, so x dak masa nk buat. Sori sangat2 ye. Ni baru ada masa. Hehe.

Kelihatan seorang gadis yang cantik, tinggi dan ramping sedang berdiri di hadapan sebuah kedai. Alisa sedang berjalan-jalan di tengah bandar setelah penat mengemas rumah yang baru dibelinya bulan lepas. Dia baru berpindah masuk ke rumah itu hari ini, jadi untuk lepaskan penat, dia pun bersiar-siar.

Ketika sedang berjalan-jalan di tepi kedai-kedai yang terdapat di lorong itu, Alisa terserempak dengan seorang lelaki yang memakai topi, tetapi matanya tidak dapat dilihat kerana dilindung oleh topi itu.

Lelaki itu sedang duduk di atas kerusi lipat. Di hadapannya, berdiri sebuah papan lukisan dan di tangannya ada berus lukisan dan pallet. Jelas menunjukkan yang dia seorang pelukis.

Alisa rasa tertarik dengan karyanya sehingga menghiraukan penampilan lelaki itu yang kelihatan mencurigakan. Alisa meminta lelaki itu melukis wajahnya. Lelaki itu pun mula melukis selepas memyuruh Alisa duduk di satu kerusi yang baru diletakkannya.

Setelah 30 minit berlalu

"Wah, cantiknya awak lukis!!" puji Alisa.

Lelaki itu hanya tersenyum dengan senyuman yang menampakkan sejuta maksud.

"Boleh tak kalau saya nak ambik lukisan ni?" tanya Alisa.

Lelaki itu tidak mahu Alisa mengambil lukisan itu.

Lelaki itu sedaya-upaya menolak tawaran Alisa yang juga bersungguh-sungguh hendak membeli lukisan tersebut.

Pada akhirnya, lelaki itu pun berputus asa lalu memberikan lukisan itu pada Alisa, tapi juga telah memberi amaran kepada Alisa iaitu "berhati-hati, lukisan ini bukan lukisan sebarangan", tetapi Alisa tidak menghiraukannya lalu terus membelek-belek lukisan wajahnya itu(perasan lawa la tu, diva sangat).

Sedang dia berlalu pergi, dia tidak perasan yang lelaki itu sedang senyum sinis kepadanya lalu lenyap.

Apabila sampai sahaja di rumah, dia terus menggantungkan lukisan itu di ruang tamu rumahnya, di mana gambar itu dapat dilihat dari pintu masuk.

Dia merenung lukisan itu dengan megahnya.

"Aku ingatkan luar je aku nampak cantik, rupanya dalam lukisan pun sama" katanya memuji diri sendiri dan tersenyum sendirian.

Lalu, dia terus ke bilik tidurnya untuk bersiap masuk tidur.

Tanpa disedarinya, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan tingkah-lakunya.

Keesokannya.......

Muka Alisa kelihatan tidak bermaya selepas dia bangun tidur pagi itu.

Alisa melihat lukisan yang dibelinya semalam. Gambar itu kelihatan lebih berseri dari wajahnya yang pucat pagi itu.

Disebabkan gambar itu, dia tidak menghiraukan dirinya kerana merasakan itu hanya perasaannya sahaja padahal dia tidak mahu menafikan bahawa mukanya memang pucat.

Pada petang itu, dia telah mengajak teman lelakinya datang ke rumahnya.

Apabila lelaki itu sampai, dia sungguh terkejut melihat keadaan diri teman wanitanya. Dirinya kelihatan sungguh tidak sihat dan terlalu pucat seperti mayat.

"Kenapa ni sayang? Tak sihat ke?"Eric bertanya dengan penuh kebimbangan.

" Tak adalah. I ok je ni." Alisa kata menafikan apa yang dapat dilihat dengan jelas.

Ketika itu, mata Eric tertacap pada lukisan wajah Alisa di dinding ruang tamu itu. Dia merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan lukisan itu, lalu bertanya pada Alisa.

Kisah SeramWhere stories live. Discover now