Kehadiran

628 40 7
                                    

Di dalam bilik yang gelap aku hanya melihat dia bermain dengan telefon bimbitnya.

Walaupun ibu bapanya sudah menyuruhnya untuk tidur, tetapi dia hanya mengiyakannya tetapi tetap tidak mengikut arahan mereka.

Tap... Tap... Tap..

Seperti bunyi tapak kaki sedang berjalan, bukan, sedang merangkak.

Budak itu hanya berhenti seketika untuk mendengar dengan jelas, tetapi tetap meneruskan bermain telefon bimbitnya.

Tap...Tap... Tap...

Aku melihat budak perempuan itu gelisah. Mukanya dibasahi peluh. Dia mula menutup telefonnya.

Dia mengambil selimut lalu menyelubungi dirinya. Dia sedang mengiring ke kanan.

Tap... Tap... Tap...

Bunyi itu kedengaran lagi. Perempuan itu menggigil. Mungkin kerana dia tahu bahawa semua ahli keluarganya telah nyenyak dibuai mimpi ketika ini. Tidak mungkin mereka.

Tap... Tap... Tap...

Dia mengiring ke kiri pula. Telefon dipegang erat di tangannya. Peluh sejuk membasahi dirinya yang ketakutan tambahan pula selimut yang dipakainya terlalu tebal.

Tap... Tap... Tap...

Beberapa ketika, bunyi itu hilang. Budak perempuan itu kelihatan lega. Dia membuka selimutnya dan membiarkan badannya sejuk semula disapa angin kipas dan penyaman udara.

Tika dia kembali ke posisinya semula iaitu berbaring menghadap siling rumah, dia terkedu. Matanya terbeliak. Dia berpeluh kembali.

Matanya tertacap pada siling.

Nampaknya dia sudah mengesan kehadiranku yang merangkak di siling biliknya.

................

Hanya bunyi jeritan yang kedengaran di kawasan kejiranan di malam yang dipenuhi kabus, angin yang sepoi-sepoi, kedinginan malam yang mampu menaikkan rasa seram sejuk, takut dalam diri sesiapa sahaja.

Ok, dh habis chap ni. Korang, sori3 sangat2.. Lama x update. Busy sangat. Well, kerja byk. Kerja khusus la, program la n mcm2 lagi la. Nnty sye update secepat mungkin. Ok la. Jangan lupa comment tau. Sye ternanti2 comment para reader. N sori kalau cite kali ni hambar...

Kisah SeramWhere stories live. Discover now