Darkness

230 13 2
                                    

Dari:
Lysethia
Planet yang terletak sejauh 9.5 tahun cahaya

Setelah berabad-abad planet aku hidup dalam keadaan aman dan tenteram. Sehinggalah suatu hari.

Suatu makhluk hitam yang sebesar bangunan mendarat di planet kami dan bertukar menjadi seperti bayang-bayang.

Semakin lama, semua benda yang ada di pekan ini tidak kelihatan lagi apabila              makhluk hitam itu makin lama makin membesar mengelapkan suasana petang itu, seperti malam sudah melabuhkan tirai.

Makhluk itu yang sudah bertukar menjadi bayang-bayang itu semakin membesar dan merebak. Makhluk itu mahu mengaburi seluruh dunia agar dunia akan gelap dan kelam selamanya.

Tiada lagi siaran televisyen, radio mahupun sistem perhubungan yang boleh digunakan untuk berhubung dengan mereka yang tiada bersama waktu ini. Bekalan elektrik juga lenyap.

Dunia bagaikan sudah kehilangan matahari yang selalunya muncul apabila tiba waktunya.

Mulai sekarang, dunia kami mula kucar-kacir. Kerana dunia kian gelap-gelita.

Dari kegelapan itu, aku yang mempunyai kuasa dapat melihat di dalam gelap, menyaksikan makhluk-makhluk hitam yang aneh, kelihatan seperti serigala yang sangat hodoh sedang menerkam penduduk-penduduk Lysethia dan memakan mereka.

Aku sempat menyorok di dalam bilik kebal ayahku di tingkat bawah tanah sambil memerhati melalui teropong khas yang membolehkan ku melihat suasana di luar.

Mayat-mayat bergelimpangan dengan darah di merata-rata tempat.

Selepas selama 5 tahun mereka menjadikan planet kami sebagai sumber makanan mereka, mereka pun meninggalkan planet kami. Planet kami kembali cerah dengan kehadiran cahaya mentari, tetapi tetap kelam dengan kematian di setiap pelosok planet kami.

Hanya mereka yang bernasib baik dan sempat menyorok terselamat. Aku salah satunya yang terselamat. Yang lainnya menjadi korban.

Bagaimanakah hidup anda semua apabila dunia kamu semua menjadi seperti dunia kami?

Kerana walaupun makhluk itu telahpun meninggalkan planet kami, tetapi mereka sedang mencari planet baru untuk mencari makanan.

Adakah planet kamu planet yang seterusnya?

Aku hanya memberi pesanan amaran kepada kamu semua yang tinggal di Bumi, berhati-hati. Kerana di planet aku, setakat hanya aku seorang sahaja yang hidup setakat ini. Mungkin.

Aku menghantar amaran ini kerana aku tak mahu ada planet lain yang terima nasib seperti planet aku. Jadi, bersiap-sedialah kamu semua makhluk Bumi.

Hidup ini tak semudah yang kamu sangka.

Kepada:
Makhluk Bumi
Jagalah planet kamu sebaik mungkin.
🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘🆘❎❎❎❎❎❎❎❎❎❎❎❎❎❎❎❎❎🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🌍🔫🌎🔫🌏🔫🌏🔫🌎🔫🌍🔫🌏🔫🌏🔫🌎

Hyee guys, sorry, lma dah Sya x update kan? Gomen, gomen. Sya busy sangat la, maklumlah dah form 4 (Sya dh tua 😢).
Lagipun korang nak tau x? Result PT3 Sya elok 😍 Alhamudulillah, Sya nk thanks kt sume yang dh doakan yg terbaik untuk Sya (Kalau nk thu pm tau 😚). Hahaha. Ok2, mcm2 pulak. Btw, please comment n jgn lupa vote (batak la kau 😒) tau.

😂😂😂😂

Oklah, bye. Syg korang reader's 😍

Sat2, story kali ni pelik nk mampus kan😓😓😓 Sbb Sya x da idea. 😭 Maafkan Sya tau klau dh kecewakan korang 😢😢

Kisah SeramWhere stories live. Discover now