Kelas Tambahan

1.1K 59 7
                                    

Ni kawan aq punya idea hantu apa.Aq rasa x seram kot. Sebab ni cite biasa ja. Haha. Ok2. Anyways, enjoy please!!!

Malam itu, sungguh damai sekali. Angin meniup sepoi-sepoi bahasa menampar pipi. Pokok-pokok menari mengikut irama angin. Semak-semak samun juga menurut sama. Ombak-ombak beralun menghentam pantai.

Suasana pada malam itu sangat indah, tenang dan sesuai untuk belajar bagi remaja-remaja yang bergelar murid.

Ezyn memasuki bilik yang dimana sebentar lagi akan penuh dengan pelajar.

Mereka mengadakan kelas tambahan pada malam itu bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 bagi meningkatkan pengetahuan mereka demi memasuki dewan peperangan tidak lama lagi iaitu dewan berlangsungnya PT3.

Peperangan dengan kertas soalan ini tidaklah semudah yang kita sangka. Ianya memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi.

Ezyn adalah orang yang pertama masuk ke bilik itu pada malam itu. Selepas membuka suis lampu dan kipas, Ezyn mengambil tempat di barisan tengah di bahagian kedua belakang.

Dia menyediakan peralatan belajar seperti pen, correction tape dan lain-lain supaya pembelajaran lebih senang dijalankan. Ezyn menghela nafas.

"Mana semua orang ni?? Aq mai awal sangat ka? Kelas start pukul 9.00 kan?" rungutnya sambil mengerling jam tangannya.

"Ain yg bagitau tau aku ada kelas tambahan pun tak datang-datang awat ni?!?!?" rengusnya.

8.55

"Ha, wei, lagi 5 minit kot. Tak geti ke nak naik awai sikit tau. Aishh. " marah Ezyn sambil melempar-lemparkan pennya.

Ezyn mula terfikir untuk pergi memanggil rakan sekelas tambahannya.

Dan tiba-tiba dia terfikir..

'Sementara tunggu semua datang, baik aq duduk je lepak sini, suasana pun cun, bolehlah release tension.' fikirnya lalu terus melepaskan hasratnya sebelum itu.

Ezyn suka akan suasana tenang itu. Rasa amat indah dan bahagia ketika itu.

Lagipun sekolahnya itu terletak bersebelahan dengan pantai. Dan kelas yang sedang didudukinya sekarang ini di sebelah pantai. Dapat dilihat pembahagi antara kawasan sekolah dengan kawasan pantai.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti ada orang menangis di dalam kelas itu sedang dia leka dengan keasyikkan keindahan alam pada malam itu.

Hatinya tersentak.

Dia cuba mencari arah bunyi itu datang. Di mindanya terdetik untuk tidak cuba cari pasal, tetapi hatinya mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat kuat.

Sedang dia menuju ke pintu kelas, dia terasa ada sepasang tangan menarik kakinya lalu dia jatuh mencium simen lantai. Serentak dengan itu, suara itu hilang sekelip mata.

"Aduh.... Sakitlah!!!! Apa hal ni tarik-tarik kaki orang?!???" marahnya tanpa mengetahui identiti tangan yg memegang kakinya ketika itu.

Apabila dia tersedar bahawa sepasang tangan itu terlalu sejuk untuk dimiliki oleh orang yg masih hidup, dia mula menggigil ketakutan.

Perlahan-lahan dia menolehkan kepalanya ke arah kakinya dimana sentuhan sepasang tangan itu dirasakan.

Perlahan-lahan

Perlahan-lahan

Perlahan-lahan~~~

Tiada apa-apa. Dia terkedu. Kemudian dia ketawa.

"Hahaha, apalah. Aku mana takut hantu. Tengok. Hantu pun lari tengok aku. Takut ngan aku. Hahah." katanya dengan riak kemudian memalingkan mukanya menghadap pintu kelas.

.........................

Ketika itu, Ezyn hanya boleh kaku seperti patung di butik-butik baju. Dia kaku kerana terlalu takut. Kerana dia dihadapannya.

Dia sedang menghadap muka Ezyn. Sangat rapat. Jaraknya hanya setengah inci.

Ezyn dapat melihat dengan jelas mukanya. Berulat, hitam, berkudis, luka dan mengeluarkan bau yang teramat busuk. Dia sedang menyeringai ke arah Ezyn dengan giginya yg sungguh hitam, taring dan darah.

Ezyn terasa begitu takut hingga mengeluarkan air mata. Dia kuatkan dirinya untuk mengesot ke belakang perlahan-lahan.

"Bukkk!!"

Tiba-tiba dia terlanggar seseorang di belakangnya. Dia dengan wajah yg pucat menoleh ke belakang.

Sekali lagi dia dikejutkan dengan kejutan yg tidak disangka-sangka.

Kelihatan 'candy' di belakangnya sedang berdiri tegak, wajah melihat ke arah pintu.

Ezyn mula tercungap-cungap kerana terlalu takut, sebab telah berjumpa dua dalam masa yg sama. Satu di depan satu di belakang.

Tiba-tiba 'candy' memandangnya. Menundukkan kepalanya menghadap Ezyn. Mukanya yg berulat dan busuk, dia menyeringai menampakkan giginya yg tak boleh dibayangkan.

Mereka berdua semakin mendekati dia. Dia menggeletar. Dia menekupkan mukanya pada lututnya.

Tiba-tiba dia merasakan ada tangan di bahunya. Dia pun menjerit kerana terlalu takut.

"Ahhhhh!!!!!"

"Oyyy, kau ni dah kenapa? Menjerit tak tentu pasal?" tegur kawannya.

"Ain!!!!" dia terus memeluk kawannya itu.

"Ehh?? Kau ni dah buang tebiat ke? Lagi satu, apa kau buat kat sini malam-malam ni?" kata Ain.

"Kau kan yg kata ada kelas tambahan malam ni?" Ezyn berkata, pelik.

"Bila pulak aku kata?"

"Tadi masa naik tangga kau kata yg ada kelas tambahan pukul 9.00pm?"

"Bila pulak? Aku balik lambat la. Pukul 6.00pm. Kau balik pukul 3.00 kan?" kata Ain.

'Kalau bukan Ain, sape pulak yg aku jumpa?' detiknya dalam hati. Lalu dia teringatkan dua 'benda' tadi. Ida menggeletar.

"Pastu kau buat apa kat sini?" kata Ezyn.

"Aku tertinggal buku time ada kelas kat sini tadi." balas Ain.

"Ain, jomlah. Aku rasa betol la aku nmpk kau. Nanti aku bagitau kenapa aku menjerit tadi. Tapi sekarang ni lebih baik kita pergi balik bilik dulu ok?"

"Okay la. Jom" kata Ain.

Lalu mereka segera meninggalkan kelas itu selepas Ezyn mengemas dan mengambil barang-barangnya. Ain pun mengambil barangnya yg tertinggal. Mereka menutup suis.

Ketika mereka lalu di tepi kelas itu untuk ke bilik mereka, Ezyn dapat melihat di dalam kelas itu ada lembaga yg duduk di atas meja sambil melambai ke arahnya.

Dia mempercepatkan langkahnya sambil diikuti oleh Ain.

Dia dalam minda Ezyn terfikir, perkara yg terjadi malam itu akan dianggap kifarah kerana dia bercakap besar, tidak takut dengan mereka.

Dia sangat menyesal kerana berkata begitu. Hanya beberapa patah yg diucapkan oleh mulut ini, mata dapat melihat kehadiram mereka.

Okeyh. Dh habis. Nnty aq try buat lagi. N so sory, sbb lmbt sangat update. Insyaallah, rajin aq update. Thanks to anyone who read this. Arigato. Weyh, lagi satu please add kawan aq (wanihhx_) thanks. Dia buat cerita cinta n hantu.

Kisah SeramWhere stories live. Discover now