Lukisan Gadis Itu

1.5K 83 25
                                    

Ni cerita saya yang ke-4 jadi..... tak tau lah. Heheh. Bacalah.

Dijemput baca yeaw. Hahha

Danial ialah seorang pelajat cemerlang dan pelajar kebanggaan Institut Kesenian Cambodia. Dia bukan sahaja juara dalam Petandingan Kesenian Belia Rusia, malah turut bergiat dalam pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa juga pernah mendapat pengiktirafan dalam pertandingan di Perancis dan United Kingdom.

Kebelakangan ini, Danial mendapatI seorang pelajar perempuan yang satu kelas dengannya dapat menghasilkan lukisan yang lebih hebat.

Pelajar itu menpunyai rambut yang panjang sehingga paras lutut dan berbadan kurus. Dia tidak pernah bertegur sapa dengan orang lain, malah selalu berseorangan dan melukis secara senyap-senyap di dalam kelas.

Pada mulanya, Danial tertarik dengan paletnya yang menpunyai warna merah muda.

Sehingga suatu hari, Danial ternampak lukisannya dari sudut sisi secara tidak sengaja. Walaupun tidak dapat melihat dengan jelas, dia amat tertarik dengan lukisan itu.

"Aku teringin melihat karya-karyanya"

Rasa ingin tahu Danial terhadap pelajar itu semakin kuat sehingga dia asyik mengintainya. Lebih-lebih lagi, Danial berasa bahawa gadis itu sangat jelita.

Suatu ketika, pandangan mereka bertentangan. Gadis itu menjadi malu. Pipinya kemerahan.

"Comelnya rupa dia apabila malu" terdetik di hati Danial.

Akhirnya, Danial memberanikan diri untuk bercakap dengannya. Apabila gadis itu ternampak Danial menghampirinya, dia segera mengemaskan alatan melukisnya dan meninggalkan kelas itu dengan cepat. Reaksinya membuatkan Danial tertanya-tanya.

Selepas beberapa hari, apabila Danial ingin cuba mencakap dengan gadis itu lagi, dia dihalang oleh kawannya Alif. Alif menarik Danial ke kafetetia.

"Danial, jangan dekati gadis itu. Aku terdengar banyak khabar angin tentang dia." ujar Alif.

Danial berasa tidak sedap hati apabila mendengar kawannya mengata gadis itu sedemikian.

"Aku juga pernah mendengar khabar angin tentangnya juga, tapi itu cuma tanggapan orang. Adakah kau mempercayai kata-kata yang tak berasas itu?" kata Danial dengan suara yang marah.

"Ada orang pernah ternampak lukisannya. Kata mereka, lukisannya amat mengerikan. Itulah sebabnya semua orang menjauhkan diri darinya." kata Alif lagi.

"Setiap pelukis ada gaya yang tersendiri. Orang itu pasti iri hati terhadapnya lalu menyebarkan fitnah dengan kata-kata begitu. Aku tak benarkan kau memburuk-burukkan gadis itu lagi. Kalau tak, kau bukan lagi kawan aku."

Danial kembali ke kelas selepas habis berbicara. Namun, gadis itu sudah tiada apabila dia tiba di kelas. Danial memutuskan bahawa dia mesti berkenalan dengannya pada esok hari.

Pada keesokan paginya, dia dipanggil oleh Alif sebaik-baik sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam kelas.

"Danial..... Gadis itu...... Lukisannya...." Alif bercakap tergagap-gagap membuatkan Danial hilang sabar.

"Mengapakah dengan lukisannya? Apakah perkara buruk yang kau ingin katakan lagi kali ini?" Danial tak membenarkan Alif menghabiskan kata-katanya.

"Tak kira macam mana pun, aku mesti berkenalan dengannya dan melihat lukisannya hari ini juga."

Selepas habis berkata, Danial terus masuk ke dalam kelas. Gadis itu duduk bersendirian di dalam kelas. Seperti biasa, dia sedang melukis di suatu sudut. Pada waktu itu, kelas masih kosong.

Apabila ternampak Danial dia terus meletakkan berus lukisannya dan memandang Danial.

"Hai, saya Danial." Danial membahasakan dirinya 'saya'.

"Hai, saya Yuni. Tak sangka awak sudi bercakap dengan saya." gadis itu tiba-tiba menjadi malu lalu menutup mukanya dengan tangan.

"Saya selalu melihat palet awak mempunyai warna merah. Apakah yang awak lukis."

Gadis itu segera sembunyikan lukisan itu di belakangnya. Perlakuannya itu menyebabkan Danial berasa hairan.

"Lukisan saya belum siap lagi." kata Yuni.

"Tidak mengapa, kita boleh bertukar-tukar pendapat."

Gadis itu mengerakkan badannya secara perlahan-lahan supaya Danial dapat melihat lukisannya. Danial terpaku melihat lukisan itu lalu terduduk di atas lantai.

Gadis itu melukis dirinya, yang berlumuran darah!!!

Pada saat itu, telefon Danial berdering dan kedengaran suara Alif.

"Danial, aku terdengar bahawa gadis itu menyukai kau!! Dia akan melukis orang yang dia sukai. Namun, orang yang dilukisnya akan mati!!" kata Alif dalam keadaan cemas.

Danial terperanjat sehingga tidak tahu hendak buat apa.

"DANIAL, TINGGAL SATU LANGKAH SAJA LAGI LUKISAN SAYA AKAN SIAP TETAPI SAYA KEKURANGAN PEWARNA MERAH. BOLEHKAH AWAK PINJAMKAN SAYA PEWARNA MERAH???"

Perlahan- lahan gadis itu mendekati Danial memegang pisau di tangan.

Gadis itu mengukir senyuman lebar yang menyeramkan. Apabila tiba di hadapan Danial gadis itu mengangkat pisaunya, menghayunkannya ke arah Danial dan........

"Tsuk!!!"

................

Gadis itu sedang mewarnakan lukisannya, iaitu gambar Danial dengan pewarna merah.

Di sisinya, terdapat tubuh Danial yang kaku berlumuran darah.

Gadis itu mengukir senyuman yang mengerikan seorang diri.

Habissss.... Saya pun suka jugak lukis gambar yang seram- seram tapi tak la sampai..." tsuk!!!" hehehe...

Gambar yg saya lukis pun gambar anime seram tu je. Hehrhe

Kisah SeramWhere stories live. Discover now