Book

444 22 0
                                    

Mily merupakan seorang pelajar yang suka sangat membaca. Ulat buku la katakan. Tidak kira apa pun bahan bacaan tersebut samada majalah, surat khabar, novel dan bemacam-macam lagilah. Lebih-lebih lagi kalau komik, lagilah sampai pukul 4.00 pagi tak tidur lagi jadi macam burung hantu pun ada.

Dia kalau membaca, dia lebih suka bahan bacaan yang ada gambar yang boleh membuatkan pembacaan tidaklah terlalu membosan mahupun mengantuk.

Di sekolah.....

"Mily, kau nak ikut aku tak pergi perpustakaan yang kat tengah bandar tu untuk cari buku rujukan sejarah" tegur Zila

"Boleh je, lagipun sana ada banyak buku baru tau,Miki kata lah"

"Ok, terus pergi perpustakaanlah, tak payah nak balik dulu" cadang Zila

"Aku ok je, takde hal." balas Mily.

Di perpustakaan.......

Mily sedang sibuk mencari buku yang dapat menarik minatnya di sudut paling sunyi di dalam perpustakaan tersebut manakala Zila sedang duduk menyiapkan tugasan RC yang diberikan oleh gurunya.

Sedang Mily asyik mencari buku, telinga menangkap bunyi seakan-akan menangis sambil meraung meminta pertolongan yang sayup-sayup kedengaran. Mily terkedu seketika. Dia mencari dari arah mana bunyi itu datang. Rupa-rupanya, bunyi itu datang dari suatu bilik yang terletak pada tepi rak buku yang tinggi mencecah siling bangunan perpustakaan yang sedikit tersembunyi di balik rak-rak tersebut.

Bunyi itu semakin kuat kedengaran. Basah peluh mula memenuhi dahinya. Perlahan-lahan tangannya diaangkat untuk memulas pintu tersebut tetapi belum pun sempat tangannya menyentuh tombol pintu itu, tombol itu dipulas dengan sendiri lalu pintu itu terbuka dengan luasnya.

'KREAK.....'

Kosong. Di dalam bilik itu di sudut matanya dia ternampak sebuah buku di atas lantai. Dia memberanikan dirinya untuk memasuki bilik itu untuk melihat buku itu. Dia mengambil buku itu lalu segera beredar dari situ tanpa menyedari ada sepasang mata berwarna merah yang sedang mengukir senyuman yang sungguh mengerikan kepadanya.

"71..." kata makhluk itu.

............

"Kau pergi mana? Lambat dah ni, nanti mak aku marah aku tak tentu pasal aku salahkan kau pulak. Buku apa tu?" marah Zila sambil bertanyakan tentang sebuah buku yang dipengang oleh Mily.

"Tak taulah, tapi macam best je, so aku nak pinjam kejap" balas Mily berpura-pura tenang tetapi sebenar perasaan takut berkecamuk di dalam hatinya

"Hmm, yelah, dah jom balik" balas Zila yang tiada tenaga untuk memarahi Mily lagi walaupun dialah yang paling suka membebel kat Mily

"Jom" balas Mily lemah

Mereka berdua berjalan pulang pada jam 6.00 petang. Cuaca pada petang itu agak mendung. Hari hendak hujan agaknya, sejuklah malam ni fikir Zila tanpa mengetahui apa yang terjadi kepada Mily sebentar tadi di perpustakaan.

Malam itu.....

Buku apa sebenarnya ni ya? fikir Mily lalu menyelak-yelak buku itu. Ternyata terdapat gmbar-gambar perempuan mahupun lelaki di dalam buku itu. Tetapi yang peliknya, ianya bukan buku peragaan pakaian ataupun katalog kerana riak-riak gambar itu semuanya terkejut.

Mily terketar-ketar memegang buku itu. Ada gambar perempuan yang sedang menangis sambil tangannya seperti tergapai-gapai hendak keluar dari buku, ada yang kelihatan sangat terkejut, tetapi yang pastinya mereka semua seperti hendak melarikan diri tetapi tidak berjaya.

'Entah-entah mereka semua nak larikan diri dari buku ni' fikirnya

"YA...."

Dia mencampakkan buku itu ke lantai setelah mendengar suara yang menjawab persoalannya. Dari halaman buku yang ada seorang perempuan berambut panjang menutupi muka keluar dari buku itu.

Mily terpaku melihat makhluk yang berdiri di hadapannya yang memakai baju serba putih, kuku tajam dipenuhi darah, muka yang hitam ditutupi rambut yang panjang hingga ke kaki.

"71....." kata makhluk itu sambil mendekati Mily

"Tak!!!!!!" jerit Mily

Esoknya......

"Mily, jom la pergi sarapan." Zila mengetuk pintu bilik Mily. Dia membuka pintu bilik Mily yang rupa-rupanya tidak berkunci.

"Mily, mana kau ni?" 

Zila ternampak sebuah buku di atas katil Mily lalu mengambil buku itu dan menyelak halaman buku itu. Matanya terbeliak melihat gambar- gambar orang-orang yang seperti ketakutan, lebih mengejutkan lagi di halaman buku itu ada gambar Mily yang sedang menangis sambil tangannya dijulurkan ke depan seperti terperangkap.

Pintu bilik tertutup rapat. Zila terkejut. Di belakang, pintu ada lembaga berambut panjang berjalan perlahan-lahan ke arahnya.

"72....."

........................

Pesanan: 

Hati-hati kalau jumpa buku yang mencurigakan di dalam perpustakaan lagi-lagi kalau buku tu takde tajuk mahupun lama. Jangan ambil, kalau kau nak ambil, ambillah, jangan kata aku tak beri nasihat. Hihihihihi

Ok, sorry guys sebab lama tak update tapi insyaallah start now Sya akan lebih rajin update. Tau kenapa? Sbb.... Jeng jeng jeng.... Hahaha, takdelah, just, PT3 Sya dah habis. Yeyyyyy. High five guys!!!! Sbb tu lah boleh dok update skang ni. Sorry lah kalau story kali ni hambar. Please jangan kecam.. Hahaha, oklah, just nak minta korang doakan agar result PT3 Sya for this year elok. Sya sangat hargai mereka yang mendoakan, semoga mendapat kejayaan. N lastly Sya nak bagitau, Sya sayang sangat semua readers yang sanggup habiskan masa, tenaga, internet, minyak kereta, mahupun minyak motor semata-mata nak baca story ni. TYSM!!!!! LYASM!!!

Kisah SeramWhere stories live. Discover now