Kawan

761 37 3
                                    

Lamanya x update. Rindulah. Hahaha.Btw enjoy.

Rajeev sedang bermain IPhone 5 nya di dalam biliknya seorang diri. Dia berseorangan di rumah kerana ibu bapanya ada tugas yg perlu dilaksanakannya di luar negeri.

Sedang dia permainan Clash Royale, dia teringat yg hari ini merupakan hari pertemuan dia dan sahabat barunya yg dijumpai di dalam salah satu aplikasi perbualan. Dia dan sahabatnya telah bercadang untuk bersua muka setelah sekian lama mereka hanya bersembang di alam maya.

Kawannya itu bernama Vishen. Dia berkenalan dengan Vishen 3 minggu yg lepas. Mereka bercadang untuk berjumpa di rumah Rajeev. Kebetulan, hari ini lah harinya.

Tinggg...

Satu pesanan ringkas masuk. Dia segera membacanya. Ianya pesanan daripada Vishen.

"Aku datang malam satgi dalam pukul 12:00 macam tu..."

"Awat tak datang awal sikit? Lambat sangat tu,,," balasnya

"Nanti ada org nampak. Bahayalah..."

"Kau dah macam pembunuh bersiri takut polis nampak pulak. Hahahaha...." balas Rajeev

".............."

Tiada lagi balasan pesanan daripada Vishen. Rajeev rasa sedikit takut kerana terfikir adakah benar Vishen pembunuh bersiri? Dia tidak pernah lihat muka Vishen jadi dia tidak tahu siapakah Vishen sebenarnya. Rajeev menarik nafas panjang lalu menghelakannya.

'Dia saja nak kenakan aku niiii' fikirnya.

'Seorang pembunuh telah terlepas daripada tahanan pihak polis sebentar tadi. Semua penduduk Beverlys Park sila kunci pintu rumah anda kerana pembunuh ini sangat berbahaya dan sedang berkeliaran di kawasan ini. Pihak polis mempercayai bahawa pembunuh ini sedang mencari seseorang. Nama pembunuh ini ialah Vishen. Berumur 15 tahun. Dia memghidap masalah pyscho kerana telah melihat ibu bapanya dibunuh ketika berumur 5 tahun, mentalnya telah rosak dan sehingga sekarang masih lagi membunuh orang. Ini adalah rupa pembunuh ini.'

Rajeev hanya mampu melihat televisyen yg menyiarkan berita itu dengan riak yg amat terkejut. Dia menggeletar ketakutan. Bermacam-macam perkara bermain di fikirannya.

" Adakah ini Vishen? Ke nama je sama?"

Sedang dia sedang mengelamun........

Ting tong!!!!!

Terdengar bunyi loceng pintu dibunyikan seseorang. Rajeev dengan berhati-hati melihat siapakah di pintu. Apabila dia melhat ke lubang yg terdapat di pintu.......

Vishen

Rajeev semakin takut kerana dia sudah mengetahui akan identiti sebenar Vishen. Adakah dia akan selamat berada di rumah? Dengan ketiadaan ahli keluarganya yg lain. Dia merasa semakin takut.

"Helo, ni Vishen. Bukalah pintu."

Dia segera lari ke tingkat atas. Wajah Vishen yg berlumuran darah dan kapak yg dipegangnya terbayang-bayang di matanya. Babak di pintu sebentar tadi menaikkan buli romanya. Dia masuk ke biliknya lalu menutup lampu. Dia segera berlari ke biliknya dan menyorak di bawah katil.

Terdengar bunyi pintu dibuka dengan kasarnya dapat didengari datang dari tingkat bawah di pintu utama. Rajeev semakin ketakutan. Terdengar bunyi tapak kaki semakin menghampiri. Tiba-tiba lampu biliknya terbuka lalu disusuli suara serak yg mengerikan.

"Aku tau kau tutup lampu dan menyorok bawah katil"

Dengan mata yg terkejut, Rajeev melihat kaki Vishen yg berlumuran darah dan kapak yg dipegangnya semakin menghampiri katil tempatnya bersembunyi........

Wei, sorry sangat2 korang. Tak de masa nk buat. Study for the upcoming exam nihh... Huhuhuhuhu. Minggu cuti nnty maybe kalau rajin boleh lah updatae... Okaylah bye. X tau dh nk ckp pe.... Hhahahaha

Kisah SeramWhere stories live. Discover now