Murder

128 9 6
                                    

Pada satu hari yang aman, angin meniup sepoi- sepoi bahasa. Pelajar yang tinggal di asrama di sekolah Sri Kenanga pulang pada hari ni. Kecuali seorang pelajar, bernama Mina. Dia tidak pulang kerana sebab- sebab tertentu.

Dia seorang pelajar yang disukai ramai, lemah-lembut, baik hati dan juga pandai. Ramai orang suka akan sikapnya yang baik. Dia juga datang dari keluarga yang berada.

Tidak bagi seorang pengawal keselamatan ini. Dia tidak suka akan Mina, bukan sebab apa, sebab sebenarnya Mina di kurang ajar dengan dia. Buku rekod 'outing' selalu dilemparnya kepada dia. Dia geram dengan Mina. Mina memang selalu kurang ajar dengannya.

Pada hari itu, dia berseorangan di biliknya di asrama. Pengawal keselamatan itu datang ke bilik Mina lalu membunuhnya. Mayat Mina dipotongnya dadu, lalu dilemparkan satu persatu ke dalam tasik yang terletak di dalam kawasan sekolah itu untuk menunjukkan kepuasannya.

Sejak dari tu, pengawal keselamatan itu tidak lagi kelihatan. Ada yang kata dia nampak Mina hendak membunuhnya, lalu lari dan menjadi gila. Ada yang kata dia masih hidup tapi masih tak dapat dijumpai.

Roh Mina menjadi gangguan di asrama. Pelajar-pelajar ketakutan dengan gangguan yang menyeramkan. Guru-guru bertungkus-lumus mencari ustaz agar dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Akhirnya, roh Mina tidak lagi menjadi gangguan.

Tasik itu menjadi merah- kemerahan. Ketulan daging semuanya tenggelam ke dasar, meninggalkan darah-darah bercampuran dengan air. Pihak sekolah menimbus tasik itu dengan tujuh lapisan tanah. Tapi, tasik itu masih wujud sehingga kini di sekolah itu. Tasik itu kembali ke warna asalnya, iaitu warna jernih.

Beberapa tahun kemudian....

"Cepatlah wehh, lambat dah ni nak masuk 'prep'. kata Lisa yang memakai topi.

"Sabarlah wehh, buku banyak ni" balas Diha.

"Lambat sangat ni wehh, cepatlah." balas Lisa semula.

Mereka perlu melalui laluan di tepi tasik sekolah mereka untuk ke bilik 'prep'. Akan tetapi, tiba- tiba angin kuat menerpa mereka sehingga menyebabkan topi Lisa terjatuh ke dalam tasik.

Lisa berpandangan dengan Diha, dengan wajah ketakutan, Lisa cepat-cepat mengambil topinya lalu mereka berlari ke bilik 'prep' dengan segera.

XXX

Ok, done. Ok tak story ni? Ni based on true story tau. Yang tukar nama sekolah n nama pelajar- pelajar. Pernah masuk dalam kat newspaper tau kejadian ni. Tapi x tau thn bila. Kwn Sya kata cikgu dia ad keratan paper tu. Tpi tah la. Btw, 3 minggu ni Sya exam. Yey😒 Bm 2 dua paper dh lps, acc paper 2 n sejarah paper 3. Tu ja😄 At least dh kurangkan beban membaca kan3😂 Btw, jgn lupa comment or vote. Bye. Daa😘

Kisah SeramWhere stories live. Discover now